View: 4179|Reply: 37
|
[Tempatan]
Exco air hujan selangor tak nak dedah laporan air lombong sebab rakyat bodoh
[Copy link]
|
|
mungkin exco air hujan selangor rasa rakyat negeri bodoh bodoh belaka takkan faham hasil laporan
jadi dia tak nak dedahkan
tak boleh didik rakyat bagi faham?
Dr Tharmaseelan berkata MMA terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, dipetik sebagai berkata bahawa air yang disalurkan dari kolam lombong untuk bekalan air ke rumah-rumah telah diuji untuk oksigen dan pH.
"Sesiapa pun boleh beritahu anda bahawa air dari kolam lombong mengandungi bahan berasaskan logam yang berbahaya. Apa yang menarik, hasil ujian berkenaan tidak boleh didedahkan untuk mengelak rakyat daripada keliru.
"Sepatutnya, mereka mendidik orang ranai selain membentangkan fakta dalam cara yang mudah difahami," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Negeri Selangor Digesa Dedah Hasil Kajian Air Lombong - Pakar
Beberapa pakar penyelidik air menggesa kerajaan negeri Selangor mendedahkan status kandungan ion logam berat dalam air lombong yang dipam ke Sungai Selangor untuk kegunaan penduduk di Lembah Klang.
Pada masa yang sama, mereka turut mendesak kerajaan negeri untuk membuktikan sebarang kelulusan daripada Kementerian Kesihatan berhubung tahap keselamatan air lombong yang dibekalkan kepada pengguna.
Ketua Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Yang Farina Abdul Aziz berkata beliau memandang serius perkara ini kerana kandungan air lombong berkemungkinan boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Dr Yang Farina berkata, walaupun pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan kandungan itu selamat setelah dikaji namun status itu perlu mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan.
"Air lombong memang ada ion logam berat, jadi sekarang saya sebagai orang ramai saya nak tahu air yang saya guna ini selamat atau tidak.
"Jadi kalau nak tahu selamat atau tidak seharusnya kena ada analisis yang terperinci oleh Jabatan Kimia dan pihak Kementerian Kesihatan dan bukannya daripada LUAS," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Yang Farina dalam pada itu turut menegaskan bahawa rawatan serta teknologi menapis air yang digunakan dalam loji rawatan air tidak berupaya untuk mengasingkan ion logam yang terkandung di dalamnya.
"Teknologi tapisan air yang dimiliki sekarang tidak sesuai untuk menapis logam berat, ia hanya sesuai digunakan untuk sumber air biasa," katanya.
Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff menjelaskan kandungan ion berat bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan malah ia juga boleh membawa maut, jika ia digunakan untuk satu tempoh yang berpanjangan.
Katanya, sekiranya terdapat kandungan ion logam berat yang berbahaya seperti plumbum' atau arsenik, ia boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
"Sekiranya kepekatan plumbum dan arsenik melebihi 0.01 miligram (mg), mengikut kajian, pengguna boleh terdedah kepada penyakit kanser," katanya.
Dalam pada itu Abdull Rahim turut menjelaskan antara kesan-kesan lain termasuklah merosakkan organ-organ penting seperti hati dan buah pinggang, di samping sistem saraf.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak turut berpendapat kerajaan negeri perlu mendedahkan terlebih dahulu kandungan ion logam berat dari lombong yang digunakan.
Beliau, yang merupakan seorang pakar dalam penyelidikan air lombong, turut berkongsi hasil penyelidikan beliau mengenai ikan-ikan yang dipancing di dalam bekas lombong.
Katanya hasil keputusan kajian itu, mendapati ikan-ikan yang dipancing di dalam bekas lombong mengandungi ion logam berat seperti plumbum dengan kadmium yang boleh menyebabkan keracunan kronik kepada mereka yang memakan ikan itu.
"Pada 2001, saya ada buat kajian mengenai lombong-lombong di sekitar Batu Caves dan hasilnya cukup mengejutkan apabila terdapat ion logam berat seperti plumbum dan kadmium.
"Sekiranya mereka yang memakan ikan tersebut dalam tempoh yang panjang, berkemungkinan mereka boleh mengalami kerosakan organ dalaman," katanya.
Oleh itu, seharusnya kerajaan negeri Selangor melakukan pemeriksaan fizikal dan kimia jasad air, dan kepekatan ion logam berat daripada lombong tersebut dan mendedahkannya kepada pakar terlebih dahulu sebelum air berkenaan dipam ke sungai, katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Percayalah ia selamat untuk diminum |
|
|
|
|
|
|
|
ade tak gambar exco selangor ni mandi kt lombong? |
|
|
|
|
|
|
|
ala...kalau minum pun bkn mati itu jam |
|
|
|
|
|
|
|
xabis2 psal poblem Air nie, Cian Org2 Selangor.. beli jew le mineral water utk dimnum. Air dari lombong nie selamat utk wat cebuk berry2 or peepee tak Uolss?? huhu |
|
|
|
|
|
|
|
prettymanja posted on 10-5-2014 06:20 PM
xabis2 psal poblem Air nie, Cian Org2 Selangor.. beli jew le mineral water utk dimnum. Air dari lomb ...
Ada yg kata kalau amik air bahagian atas je tak sampai dasar lombong ok...entahla... |
|
|
|
|
|
|
|
pergi je kat lombong tasik biru muadzam shah.
ikan2 yang di campak dalam lombong tak sampai 30 saat akan mati.
sebab banyak kandungan logam. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 10-5-2014 06:50 PM
pergi je kat lombong tasik biru muadzam shah.
ikan2 yang di campak dalam lombong tak sampai 30 sa ...
Muadzam shah pahang kan...betul ke ikan mati 30 saat ...ai seram jugak sesikit ni...harap lps ni ada laporan yg lebih jelas utk kebaikan semua..kalau bahaya better catu air dari guna air lombong kan..susah sikit takpe asalkan tak sakit kemudian hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 10-5-2014 07:00 PM
dekat pahang. yup.
tasik tu mmg warna biru.
Wah cantiknya..boleh berkelah ni.:-) |
|
|
|
|
|
|
|
air lombong wat minum? tak masuk dek akal lah..klu ikut rasa hati tak lalu nak minum air lombong ni.
Last edited by shazman73 on 10-5-2014 09:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 10-5-2014 07:00 PM
dekat pahang. yup.
tasik tu mmg warna biru.
cantiknya.... fefeeling urban
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan LUAS dah bgtau ke 3 hari lepas???
===========================
Kolam-kolam sumber air alternatif telah pun dikenalpasti oleh LUAS sejak tahun 2009 lagi. Pihak LUAS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah menjalankan pensampelan air kolam alternatif semenjak tahun 2011. Analisis sampel-sampel air kolam alternatif dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
Keputusan analisis pensampelan yang dikeluarkan oleh JKM bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah mematuhi Kualiti Air Mentah Yang Disyorkan di dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pensampelan telah dijalankan pada 2 Mei 2014 yang lepas di 5 buah kolam iaitu Kolam Kambing Susu, Kolam KL-Larut, Kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Rasa dan satu sampel di Sungai Selangor. Sampel-sampel ini telah dihantar ke JKM dan makmal pihak ketiga yang mendapat akreditasi, iaitu ALS Tehnicam (M) Sdn Bhd.
Sebanyak 27 parameter telah diuji yang mana merangkumi kategori fizikal, logam dan logam berat. Hasil analisa menunjukkan parameter logam berat di dalam kolam tersebut mematuhi had piawaian yang ditetapkan oleh KKM. Terdapat beberapa parameter di dalam kumpulan logam yang melebihi piawaian namun dengan kuantiti yang sedikit dan boleh dirawat oleh loji pembersihan air (LPA).
Kajian yang telah dijalankan oleh perunding yang dilantik oleh LUAS pada tahun 2012 juga menunjukkan secara keseluruhannya parameter logam berat adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
Berdasarkan laporan kuaiti air mentah yang direkodkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) pada bulan Mac di mana pada waktu yang sama terdapat kerja-kerja pengepaman air dari kolam ke dalam Sungai Selangor, tiada sebarang perlanggaran direkodkan bagi parameter logam berat. Ini dibuktikan melalui laporan kualiti air terawat yang menunjukkan semua parameter adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
Dalam masa yang sama, pihak LUAS sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan kualiti air mentah adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan untuk dirawat oleh LPA dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai.
Pihak LUAS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja memberi gambaran yang salah terhadap kualiti air mentah dan air terawat.
TUAN HAJI MD KHAIRI BIN SELAMAT
Pengarah
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
7 Mei 2014 |
|
|
|
|
|
|
|
Minumi air lombong |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 10-5-2014 07:00 PM
dekat pahang. yup.
tasik tu mmg warna biru.
jernihnya...ke aku silap pandang..? asal nampak cam jernih...
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 10-5-2014 07:29 PM
cantiknya.... fefeeling urban
fefeeling kat oversea gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 10-5-2014 08:03 PM
bukan LUAS dah bgtau ke 3 hari lepas???
===========================
org tu mmg dah bgtau tp macai buat2 bodo..igt air lombong tu terus minum kot tak dirawat dulu...bongok gile
|
|
|
|
|
|
|
| |
|