BUKIT MERTAJAM 6 Mei - Semua Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disyaratkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu syarat dalam jadual pematuhan 2014 bagi menaik taraf kem berkenaan di seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, setiap pengusaha kem perlu menaik taraf kem masing-masing yang diwajibkan bermula dari Januari lalu hingga Jun 2015. Beliau berkata, kegagalan pengusaha menambah baik kemudahan di kem masing-masing akan menyebabkan kontrak mereka dibatalkan. "Pengusaha kem PLKN perlu mengeluarkan peruntukan sendiri untuk tujuan itu kerana kerajaan tidak akan menanggung kos menaik taraf kem," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
|