CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6398|Reply: 50

[Tempatan] lagi kes lembu dipanah petir, kali ini bersama Tuan nya..

[Copy link]
Post time 4-5-2014 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Teluk Intan: Seorang pengembala lembu bersama seekor ternakannya, maut selepas dipanah petir ketika hujan lebat dalam kejadian di Tali Air 6, Chenderong Balai, Labu Kubong, dekat sini, petang tadi.


Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa Muhamad Ramli Rais, 59, dikatakan sedang membawa 20 lembu miliknya ke kandang, sebelum dipanah petir bersama seekor daripada terkanannya itu.

Seorang rakan mangsa, Amir Din, 46, ketika ditemui berkata, ketika kejadian hujan lebat dan arwah bersamanya sempat minum petang di sebuah warung.

"Saya bersama arwah sedang minum teh di sebuah warung berhampiran, sebelum arwah tiba-tiba beredar kerana mahu membawa pulang kesemua 20 lembunya ke kandang.

"Namun, tidak sampai beberapa minit selepas itu, seorang rakan lain datang memberitahu arwah dipanah petir dan saya segera ke tempat kejadian serta melihat tubuh arwah terbujur di atas tanah berhampiran parit, manakala lembunya yang turut mati berada kira-kira 10 meter dari arwah," katanya ketika di temui di tempat kejadian.

Sementara itu, anak mangsa, Muhamad Sazuan Ramli, 19, berkata sebelum ini ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau pun tingkah laku yang pelik.

Katanya, sebelum keluar rumah arwah tidak berkata apa-apa dan kami sekeluarga tahu arwah ke padang ragut berhampiran untuk membawa pulang kesemua 20 lembu peliharaannya.

"Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku dan bersedih atas permegiannya, namun walaupun kejadian ini begitu tragis dan menyayat hati kami sekeluarga reda serta menerima ketentuan tuhan," katanya sebak.

Ketua Polis daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarganya.

"Polis mengesahkan mangsa mati akibat dipanah petir dan mengklasifasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2014 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 12:51 PM | Show all posts
kawsan lapang gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 12:57 PM | Show all posts
kasihan.. takziah






Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan betol berita sikit kaitkan tingkah laku pelik ke ape nih. Takyah tokok tambah ayat camtu bole tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2014 01:18 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 4-5-2014 12:57 PM
kasihan.. takziah



Innalillah

lembu tu kalau sempat sembelih belum masuk kategori bangkai lagi

WALLAHU'ALAM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan lombu fidlot tadi.
Lupa plak, lombu dok kondo mana bleh kene panah dek petir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 01:24 PM | Show all posts
innalillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:26 PM | Show all posts
myoujin posted on 4-5-2014 01:13 PM
Bosan betol berita sikit kaitkan tingkah laku pelik ke ape nih. Takyah tokok tambah ayat camtu bole  ...

apa salahnya dia nak cerita perangai pelik arwah sebelum meninggal?...
sesat ke?.....khurafat ke?.... murtad ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesianya....takziah tuk keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:29 PM | Show all posts
nelayan posted on 4-5-2014 01:18 PM
Innalillah

lembu tu kalau sempat sembelih belum masuk kategori bangkai lagi

sabar....sabar......jgn sedih sgt iya......
pi beli daging lembu kotak je.....murah sikit.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:45 PM | Show all posts
jazaa posted on 4-5-2014 01:29 PM
sabar....sabar......jgn sedih sgt iya......
pi beli daging lembu kotak je.....murah sikit.....:fl ...





daging lembu kotak tak fresh

lagipun lebih baik kurangkan makan daging lembu

sedih ni, sbb kesiankan family tuan lembu tu

dgn tuannya sekali kena petir

lembu punya kes tuan kena petir

Inalillah




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:52 PM | Show all posts
nelayan posted on 4-5-2014 01:45 PM
daging lembu kotak tak fresh

lagipun lebih baik kurangkan makan daging lembu

nak buat mcmana dah tersurat takdir arwah meninggal dipanah petir masa ambik lembu...klu arwah dok minum lagi kat warung tu jugak, klu dah ditakdirkan arwah meninggal dipanah petir, blh je petir masuk warung tu & panah arwah......

bukan sebab lembu punnnn...... Last edited by jazaa on 4-5-2014 01:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah

Tajuk tak hengat
'Teh tarik terakhir'......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aku memang heran dengar orang yang langsung tak kisah dengan petir ni, nak tunjuk berani ke? nak tunjuk bagus? atau memang bodoh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 02:11 PM | Show all posts
al-asil posted on 4-5-2014 02:07 PM
aku memang heran dengar orang yang langsung tak kisah dengan petir ni, nak tunjuk berani ke? nak tun ...

mana lah dia nak jangka petir tu nak panah kat situ...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:15 PM | Show all posts
Takziah..hujan sekarang mesti diiring dengan petir...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:16 PM | Show all posts
Apa ke sial sangat lembu2 tu sis?
Haritu lembu jua yang di panah petir,
Hari ini tuannya sekali kena sebab bersama lembu.

Jangan lupa tabur garam dan mandikan lembu itu dengan air bunga sebelum tanam sis.
Buang sial dahulu. Janga lupa tabur cuka sekali siap taucu, buat laksa johor.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:34 PM | Show all posts
jazaa posted on 4-5-2014 01:52 PM
nak buat mcmana dah tersurat takdir arwah meninggal dipanah petir masa ambik lembu...klu arwah dok ...
nak buat mcmana dah tersurat takdir arwah meninggal dipanah petir masa ambik lembu...klu arwah dok minum lagi kat warung tu jugak, klu dah ditakdirkan arwah meninggal dipanah petir, blh je petir masuk warung tu & panah arwah......

bukan sebab lembu punnnn......
لا حول ولا قوة إلابالله

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.102885 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list