CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5922|Reply: 40

[Tempatan] KL dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 28-4-2014 11:07 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Trafik di Kuala Lumpur sesak petang ini kerana banjir kilat berikutan hujan lebat di beberapa kawasan sejak pukul 5.00 petang.
Kawasan-kawasan yang dinaiki air sehingga 0.6 meter termasuk Jalan Chan Sow Lin, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Kuching dan Jalan Maluri, menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur.
Katanya, walaupun hujan sudah berhenti, namun kesesakan masih berlaku akibat jumlah trafik yang meningkat kerana waktu puncak, dengan para pekerja pulang ke rumah.
Sehingga pukul 7.00 malam tadi, keadaan trafik di sekitar ibu kota dilaporkan masih sesak. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2014 11:27 PM | Show all posts
Dua kereta tenggelam ekoran banjir kilat



KUALA LUMPUR 28 April - Dua buah kereta jenis Toyota Estima dan Proton Iswara tenggelam ekoran banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin berdekatan pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad serta Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sini hari ini.

Hujan lebat selama satu jam yang turun sejak pukul 5 petang menimbulkan suasana kelam-kabut apabila laluan tersebut dinaiki air sedalam tujuh kaki di kedua-dua arah sehingga menyebabkan ia tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur memberitahu, sebanyak 10 anggota polis trafik termasuk skuad bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat laporan.

"Punca kejadian masih disiasat tetapi berdasarkan maklumat awal yang diterima, berkemungkinan berpunca daripada masalah sistem perparitan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, aliran trafik dari arah Jalan Chan Sow Lin terpaksa dialihkan oleh polis trafik ke Bulatan Sungai Besi berhampiran bangunan F&N.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:28 PM | Show all posts
pukol 7 mlm masih sesak tu perkara biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:33 PM | Show all posts
mujuq la minggu ni haku work from home.. sesapa yg sangkut tu, harap bertabahlah...tp ptg td mmg hujan lebat betoi...harap empangan kat selangor ni cpat sikit penuh.. kesian la sapa2 yg kena water rationing tu musti stress tgk hujan lebat hari2 tp kat umah takdak ayaq...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Brtabah laa..chan sow lin tu memang dari dolu lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:37 PM | Show all posts
tiap2 taun pon mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kl biasa lah. Hujan sejam je terus banjir. Tak hairan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:44 PM | Show all posts
nasaib obama x blk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 12:01 AM | Show all posts
kalau catu air lg mmg ada la yg dah berpantang berjimak mengamok
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:06 AM | Show all posts



apa kata @cmf_herrhughie  

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:15 AM | Show all posts
dh ada semak tunnel tu KL banjir kilat jugok.. ke aku yg x paham fungsi semak tunnel tu? atau semak tunnel nak kena extend lagi dgn kos rm100 juta per km?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:46 AM | Show all posts
bila buat langkah pencegahan dikutuk bila tak buat pun dikutuk. memang tak pernah puas. serba tak kena. Last edited by munchkin on 29-4-2014 01:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick posted on 29-4-2014 01:15 AM
dh ada semak tunnel tu KL banjir kilat jugok.. ke aku yg x paham fungsi semak tunnel tu? atau semak  ...

Bengong mu.. kalo udah parit longkang sumbat sana sini guaner air nk gi ke semak tunnel tu?? Gi salahkan mangkuk2 yg buang sampah ikut suka gigi die je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 02:57 AM | Show all posts
gambar tak ada ke? nak gambar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bnjir kilat sbb longkang penuh sampah n tikus...


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 04:51 AM | Show all posts
makanlah kuih lapis yang berlumpur-lumpur tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 05:56 AM | Show all posts
semalam i lalu terowong smart sebelum hujan lebat menggila...i bayangkan kalu terperangkap dalam tu dan air melimpah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sistem perparitan yang lomah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 06:41 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 29-4-2014 01:06 AM
apa kata @cmf_herrhughie

kuala lumpur darul sampah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 07:31 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 29-4-2014 02:00 AM
Bengong mu.. kalo udah parit longkang sumbat sana sini guaner air nk gi ke semak tunnel tu?? Gi sa ...

susah orang yg tak faham civil, construction and town planner ni
cakap dah mcm macai
semua benda be end buat salah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.100283 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list