CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2449|Reply: 3

[Tempatan] Pengusaha ikan curi air, tipu meter PLAK dah!

 Close [Copy link]
Post time 25-4-2014 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Pengusaha ikan curi air, tipu meter




Lokasi premis yang menjalankan kegiatan curi air bagi disalurkan untuk proses penternakan ikan koi.

PETALING JAYA - Kegiatan pengusaha kolam ternakan ikan koi mencuri air dan menggunakan meter palsu dikesan di salah sebuah kawasan landskap dan nurseri di sekitar Tropicana Selatan, semalam.

Ia dikesan hasil serbuan mengejut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Pengarah Eksekutif Projek dan Bahagian Kehilangan Air Tanpa Hasil (NRW) Syabas, Yusof Badawi berkata, hasil pemeriksaan, terdapat tetiang meter di hadapan premis jualan ikan koi dan semakan lanjut di dalam sistem menunjukkan pihak berkenaan turut menggunakan
meter yang tidak berdaftar dengan Syabas.

Pengusaha turut menggunakan pam yang berfungsi untuk mengepam dan membekalkan air ke kawasan kolam bagi tujuan perusahaan.

“Selain mencuri air, mereka juga buat pemasangan meter palsu bagi mengelak kegiatan mereka dihidu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Syabas menganggarkan kerugian air terawat yang digunakan secara tidak sah premis itu berjumlah kira-kira 33,600 meter padu (m3) dengan nilai anggaran RM80,000.

Menurut Yusof, Syabas mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan bagi membuat tuntutan ganti rugi kehilangan air.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati membuat sambungan ke suatu salur utama atau paip air perkhidmatan secara tidak sah akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006(Akta 655) dan boleh didenda tidak
melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu kata Yusof, dari 1 Januari hingga 22 April lalu, Syabas telah merekodkan sebanyak 1,056 aduan kes curi air atau penyambungan bekalan air secara tidak sah.

Sebanyak 73 kes diklasifikasikan sahih dan Syabas telah mengambil tindakan terhadap semua kes dilaporkan.

“Anggaran kehilangan air daripada kes-kes tersebut adalah sebanyak 1,650,000m3 dengan nilai anggaran lebih kurang RM3,800,000,” katanya.

Mengulas lanjut,  tindakan mencuri air dari paip-paip Syabas hanya memburukkan lagi keadaan memandangkan ia dapat menyebabkan tekanan air rendah sekali gus menjadi penyumbang kepada masalah gangguan air.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 04:25 PM | Show all posts
Dekat jer dgn ofis gua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 04:32 PM | Show all posts
Cine mana tokey dia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 03:11 PM | Show all posts
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http://dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.527956 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list