View: 12446|Reply: 33
|
[Tempatan]
{4} Ikan darat & laut mati berjemaah di Muara Sungai Melaka! pic
[Copy link]
|
|
24 April 2014
Melaka: Ratusan ikan laut dan air tawar daripada pelbagai spesies ditemui mati di muara Sungai Melaka berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di sini.
Difahamkan, kejadian yang berlaku sejak semalam membabitkan ikan seperti ikan bawal, kitang, belanak dan keli.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka Abd Hapiz Abd Samad berkata, pihaknya sudah melakukan pengukuran kualiti air di sungai terbabit dan mendapati kejadian itu bukan disebabkan pencemaran.
“Kita sudah melakukan uji kaji pada air berkenaan dan ikan mati bukan akibat pencemaran air oleh toksik dari kilang berhampiran, sebaliknya kandungan oksigen terlarut dalam air dilaporkan berkurangan.
“Ini mungkin disebabkan hujan lebat Isnin lalu menyebabkan air dari hulu Sungai Melaka yang melalui kawasan bandar membawa bahan organik iaitu pelepasan daripada sisa dapur rumah dan restoran,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Abd Hapiz berkata, empangan muara sungai berkenaan yang tertutup menyebabkan ia mereput dan mengeluarkan kandungan karbon dioksida yang tinggi.
“Ikan-ikan yang ditemui mati disebabkan kadar kemasinan air di situ rendah iaitu pada bacaan tujuh. Ikan-ikan laut itu mungkin termasuk ke sungai terbabit ketika air pasang dan terperangkap selepas empangan di muara berkenaan ditutup lalu berlakunya perubahan habitat yang menyebabkan ikan itu tidak dapat hidup lama,” katanya.-myMetro
p/s ikan bawal kat muara ker?
Last edited by tongkatwaran75 on 24-4-2014 04:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
IKAN yang mati termasuk ikan bawal, kitang, belanak dan keli. FOTO Nor Shafinaz Sari |
|
|
|
|
|
|
|
ikan berdemo dekat kastam |
|
|
|
|
|
|
|
xtercemar, boleh makan lah ek. xde pulak gambo orang berebut2 kutip ikan macam lori bawak minyak masak terbalik |
|
|
|
|
|
|
|
besarnya keli tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ambik makan tak ikan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 24-4-2014 10:59 AM
besarnya keli tuuuu
Itu keli laut
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan tu kalo baru mati, atau ada yg masih nyawa2 ikan, mungkin org berebut la ambik. Itu dah lama mati, msti sudah bau maa....sudah busuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
hari kiamat bagi ikan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenarikelabu posted on 24-4-2014 11:21 AM
Ikan tu kalo baru mati, atau ada yg masih nyawa2 ikan, mungkin org berebut la ambik. Itu dah lama ma ...
Dophins kat laut Penang...............dok seronok berenang renang ke hulu ke hilir.
Camana Khalifah Islam Melaka jaga ayaq sungai depa berbanding dgn Khalifah Penang yg kapiaq tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
ini keli ke?
bapak besoo
mcm baung jee Last edited by wak_karman on 24-4-2014 11:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ikan mati berjemaah...
nasib baik bukan pencemaran air... |
|
|
|
|
|
|
|
RE: {4} Ikan darat & laut mati berjemaah di Muara Sungai Melaka! pic
“Ini mungkin disebabkan hujan lebat Isnin lalu menyebabkan air dari hulu Sungai Melaka yang melalui kawasan bandar membawa bahan organik iaitu pelepasan daripada sisa dapur rumah dan restoran,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
orang melaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 24-4-2014 11:10 AM
Itu keli laut
ooo.. ada jugak keli kat laut ye? biasa tengok cekeding-cekeding je keli
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa bukan keli kot....
tapi ikan semilang.....
Last edited by ctaz on 24-4-2014 11:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 24-4-2014 11:38 AM
ooo.. ada jugak keli kat laut ye? biasa tengok cekeding-cekeding je keli
Pernah jumpa ikan mcm tu kt sebuah pasar di melaka, pasar tu jual ikan air masin jer
nanti ai tanya dia ikan apa ... Last edited by vespa_oren on 24-4-2014 11:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|