ARTIKAL BERKAITAN - siapo kono skolah neh
Paras air Empangan Gemencheh kritikal
Zefry Dahalan June 5, 2014
SEREMBAN: Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan untuk 45 hari lagi sebelum mencapai paras minimum. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata paras air Empangan Gemencheh kini kritikal kerana tiada hujan di kawasan tadahan air. Mohamad juga berkata dua anak sungai yang membekalkan air ke Empangan Gemencheh kini sudah kering. “Walaubagaimanapaun setakat ini tiada cadangan mengadakan catuan air kerana keadaan masih lagi terkawal. “Namun saya harap pengguna menggunakan bekalan air dengan berhemah. “Sekiranya tiada bekalan air dalam tempoh 14 hari, paras empangan akan menyusut tapi kita tetap akan memastikan pengguna mendapat bekalan air secara berterusan,” katanya. Empangan Gemencheh membekalkan 28.4 juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di daerah Tampin dan Rembau. http://www.freemalaysiatoday.com/
|