CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Catuan air berakhir 30 April update #54

[Copy link]
Post time 22-4-2014 04:14 PM | Show all posts
shamsadis posted on 22-4-2014 02:12 PM
sebenarnya...sebab pemberian air percuma menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mengambil kesempatan m ...

dol, selama nie kuota aku guna tak pernah habis.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 04:40 PM | Show all posts
Acong posted on 22-4-2014 04:14 PM
dol, selama nie kuota aku guna tak pernah habis.....

owhh yeaker...so kuota ko baper ringgit kerajaan negeri tanggung ...tu ko sorang...kalo satu negeri ada beza antara ahli politik dengan ahli pengurusan, ahli politik dia tak heran asal matlamat sampai, pengurusan dia berdasarkan fakta, so bila lagi lama catu lagi jimat kerajaan negeri. bila dah lama pegang pengurusan baru nak sedar...so kena terima lah





Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:42 PM | Show all posts
shamsadis posted on 22-4-2014 04:40 PM
owhh yeaker...so kuota ko baper ringgit kerajaan negeri tanggung ...tu ko sorang...kalo satu neger ...

astaga........... ko punya otak dari rumput?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 05:09 PM | Show all posts
ok la..dari dua hari ada dua hari tak ada maybe boleh buat selang sehari?
hmmm..utk ramadhan dan raya tak yah catu2..
pas tu sambung boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 05:19 PM | Show all posts


org pahang rilek je 50 tahun takde air..org Selangor baru sebulan dah menggelupo
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 05:23 PM | Show all posts
Alhamdulillah.

Di setengah2 kawasan seperti di kawasan perumahan auntie, dah lebih 3 minggu, kami menikmati bekalan air tanpa catuan.

Harap2 pihak yg berkuasa yg bersangkut-paut dgn pembekalan air sedang gigih memikirkan cara2/alternatif2/usaha2 utk memastikan bekalan air mencukupi semasa musim kemarau yg telah dijangkakan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2014 05:29 PM | Show all posts
auntieagony posted on 22-4-2014 05:23 PM
Alhamdulillah.

Di setengah2 kawasan seperti di kawasan perumahan auntie, dah lebih 3 minggu, kami ...

MB: Usaha dipergiat naikkan paras simpanan air mentah
Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 22 APRIL: Kerajaan Selangor giat menaikkan paras simpanan air mentah terutama di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang.
Ia sebagai sebagai persediaan menghadapi musim kering dijangka lebih teruk pada Mei hingga akhir September tahun ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang meneroka kolam bekas lombong di kawasan Lembangan Sungai Selangor.
Ia bertujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.
Setakat 20 April 2014, paras Empangan Sungai Selangor terus menurun hingga ke bawah 40 peratus dengan simpanan air mentah di empangan itu sebanyak 89.29 Juta Meter Padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 Juta Meter Padu jika empangan penuh 100 peratus.
“Dengan cara ini, pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.
Abdul Khalid berkata, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam sekitar Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.
“Kita mengenal pasti untuk membeli pam berkeupayaan melakukan kerja ini berbanding menyewa pam daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan,” kata Abdul Khalid.
http://bm.selangorku.com/49428/mb-usaha-dipergiat-naikkan-paras-simpanan-air-mentah-2/




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 06:40 PM | Show all posts
kecimpret posted on 22-4-2014 05:29 PM
MB: Usaha dipergiat naikkan paras simpanan air mentahOleh: Mohd Ezli MashutSHAH ALAM 22 APRIL: Ker ...

Terima kasih kerana memberi informasi.

Semoga usaha ini akan mendatangkan hasil yg diharapkan. Insya Allah & ameen.

Sekarang dah hampir penghujung bulan April. Musim panas dijangka pd bulan Mei ke Sept 2014 (5 bulan). Berharap agar inisiatif yg dirancangkan itu akan menampung bekalan air selama 5 bulan itu. Jika tidak, apakah pelan B yg seterusnya?

Pengguna air mmg risau ttg bekalan air terutama semasa bulan Ramadhan & Syawal yg akan dtg - (akhir Jun- Aug).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 07:01 PM | Show all posts

Anwar Ibrahim: Dijemput Semua Datang Rumah [Alamat Disertakan]

sure ke catuan berakhir bulan ni?

MB: Only 29 days of water left in Selangor
Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued.
"For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.

"We really hope the rakyat understands this situation and supports our efforts to prepare for the dry season which is expected to be worse and prolonged.
"The state also hopes that no one will manipulate the situation as this is due to weather. There is still insufficient rain to raise the level (of water in the dam)."
As at April 20, the level at the Sungai Selangor dam, which supplies 60 percent of the Klang Valley, was below 40 percent or 89.29 million cubic metres.
To prepare for the dry season from May to September, he said the Selangor Water Management Council (Luas) and state-owned Kumpulan Semesta Sdn Bhd is pumping water from former mining ponds into Sungai Selangor.
Luas and the Drainage and Irrigation Department are also pumping water from parts of the river which received heavy rainfall into ponds, for use in the dry season.
"We have identified the pumps and will buy them as it is cheaper than renting them," he said.
Additionally, he said, the state is studying the use of underground water, which could supply up to 400 litres a day.
It has also been in touch with the Thai government to use new cloud seeding technology - dubbed the Royal Rainmaking Technology - to produce rain at least three times a week at the dam.
"We expect that all these efforts will produce at least 1,000 litres of water a day, and if all turns out well, we will be able to review water rationing again in a week's time," he added.


sumber: https://my.news.yahoo.com/mb-onl ... ngor-053535496.html Last edited by tupaiterbang on 22-4-2014 07:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:20 PM | Show all posts
kes catu2 ni..bil air pon naik mana xnye,strt air ade bukan blh guna...hitam berkarat...kena buang air tu dulu baru ade air bersih...huh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 11:53 PM | Show all posts

Catuan dihentikan bila air di Empangan Sungai Selangor naik 42 peratus - MB

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedia menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Beliau berkata, setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
Katanya, walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50 peratus namun empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada pengguna.


Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang.

"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata exco negeri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari kolam bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.

Katanya, sembilan buah pam berkeupayaan tinggi akan disediakan bagi mempastikan kerja-kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
Beliau berkata infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal.

Ini sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara Mei sehingga September ini, kata beliau.

"Kerja mengepam itu telah dimulakan sejak tiga hari lalu, melibatkan sembilan daripada lebih 26 bekas lombong bijih timah yang ada di negeri ini," kata Abdul Khalid.

Menurutnya, pam berkapasiti tinggi itu mampu mengepam air sebanyak 50 juta liter sehari.

"Jadi pengguna tidak perlu bimbang bila tiba musim kering nanti kerana kita sudah ada perancangan untuk enam bulan seterusnya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:01 AM | Show all posts
bila ye nak abis catuan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:17 AM | Show all posts
Naik lagi 4peratus aras air di empangan sg selangor berenti la catuan air, katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 01:18 AM | Show all posts
Mutakhir
Catuan air ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini - MB Selangor


KANGAR: Catuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan air secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.
"Kita lihat takungan dari sehari ke sehari kian meningkat... kita juga laksanakan usaha menambah air ke loji rawatan air dengan mengepam air dari sungai dan lombong.


"Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti," katanya kepada media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR di negeri ini, sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.524403 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list