|
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama)-- Gara-gara mengintai seorang perempuan di dalam tandas, seorang jurujual lelaki Jumaat didenda RM2,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Abu Bakar Sadiq Syed Salleh, 23, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam tandas perempuan tingkat 5, Bangunan Pavilion, Jalan Bukit Bintang di sini, pada 15 April lepas, pukul 8.40 malam.
Syed Abu Bakar Sadiq, yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya dan mengikut fakta kes, tertuduh berada di dalam bilik tandas bersebelahan ketika kejadian itu berlaku.-myMetro
p/s kat Pavillion tuh...
Last edited by tongkatwaran75 on 19-4-2014 01:14 AM
|
|