View: 8757|Reply: 55
|
[Tempatan]
{12} Mati di lobi hotel ketika berbual ! pic & video
[Copy link]
|
|
18 April 2014
Melaka: Suasana lobi sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, bertukar pilu apabila sekumpulan warga Indonesia tidak dapat menahan kesedihan selepas seorang daripada rakan mereka meninggal dunia di lobi itu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa, Sukijo, 64, dari Taluk Kuantan, Jakarta Barat yang duduk di kerusi di lobi berkenaan rebah secara tiba-tiba ketika berbual dengan adik perempuannya Faridawati, 60.
Difahamkan, mangsa bersama 11 lagi rakan ke bandar raya itu bagi mendapatkan khidmat rawatan perbuatan di hospital swasta di negeri itu.
Menurut Faridawati, ketika kejadian, dia bersama suami dan abang duduk di kerusi itu menunggu rakan lain untuk keluar makan malam.
“Beliau ada menghidap penyakit jantung, malah pagi tadi (kelmarin) dia baru berjumpa doktor dan ketika duduk menunggu rakan lain mendiang tiba-tiba terduduk sebelum rebah.- myMetro
p/s Innalillah...dorang nih org kaya kot...dtg berubat kat sini....
|
|
|
|
|
|
|
|
belangsungkawa pakcik,dah ajal terima dengan terbuka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah pd keluarga mendiang.......
Aku fikir ada foto dia sedang duduk..... |
|
|
|
|
|
|
|
takziah |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dorang buat rawatan kat Mahkota Medical nih... kalo gi mahkota ni 80% memang set2 dorang yang ramai buat rawatan kat situ... taim bayar selamba aja 5,6 ribu guna cash... banyak duit tuh...sian pokcik nih... |
|
|
|
|
|
|
|
benda dah nak berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar peringatan untuk kita yang masih hidup:
Mungkin nanti kita berkata begini...
Ya Allah kembalikan kami ke dunia untuk beramal soleh walaupun sesaat. Amalan apa yang boleh kita lakukan dalam masa sesaat.?
“Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)
Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu".
"Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim."
"Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)
Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan".
Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)
Jadi itu lah antara kata-kata yang pasti akan diucapkan oleh orang-orang yang tidak beriman di dunia ini selepas kembalik ke kampung akhirat.
Jadi saya berpesan pada diri saya sendiri.. anggaplah yang kita sudah pun mengucapkan kata-kata itu di hadapan Allah, kita telah mati dan kini hidup kembali. serta Allah kembalikan kita di dunia untuk beramal soleh. Jadi kehidupan ini lah peluang yang kita minta kepada Allah. Persoalannya adakah kita mahu kembali kepada kekufuran, maksiat. Moga Allah kurniakan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
Tiada daya upayaku untuk melakukan ketaatan sekecil apapun dan menjauhi maksiat sekecil apapun melainkan dengan pertolongan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...semoga tenang di sana... |
|
|
|
|
|
|
|
dah sampai ajal....tajziah untuk waris manga |
|
|
|
|
|
|
|
ajal itu dtg tak lewat sedetik...dan tak pula cepat sedetik....
peringatan utk aku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa panggil mendiang? Bukan muslim?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|