CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5572|Reply: 9

Siapa ada secret admirer?

[Copy link]
Post time 17-4-2014 12:08 PM | Show all posts |Read mode
  • Perhatikan Bahasa tubuhnya. Jika dia suka anda, anda mungkin melihat bahawa dia lebih cenderung untuk mendekati anda. Perhatikan jika dia cuba menonjolkan dirinya ketika anda ada.
  • Perhatikan 'eye contact' dia. Jika dia suka anda, anda akan perasan yang dia sering melihat anda. Kalau dalam cerita kartun, efek elektrik akan ditambah apabila mata anda bertentanagan. Tetapi, ini boleh mendatangkan rasa tidak selesa jika anda tidak menyukainya (atau sebaliknya). Perhatikan pula sama ada dia senyum, nampak gugup ataupun nampak benci pada anda.
  • Perhatikan sama ada dia cuba ikut apa yang anda minat. Perhatikan cara dia melayan anda - adakah dia seakan mengurat anda, hanya untuk mencuba dan mendapatkan perhatian anda? Ianya perkara biasa bagi seorang lelaki untuk menggoda perempuan ketika dia menyukai perempuan itu, tapi ingat, seseorang masih boleh menggoda seseorang, walaupun jika mereka tidak tertarik kepada mereka (seks). Tapi ingat, tidak semua lelaki mempunyai perangai nak mengurat. Ada sesetengah lelaki nampak cool je tapi dalam hati dia sayang anda.
  • Semak sama ada dia nampak gugup. Ketawa yang agak kekok, telapak tangan berpeluh, gelisah, cepat-cepat berpaling muka daripada kamu apabila anda perasan yang si dia sedang memerhatikan kamu. Itu semua adalah tanda-tanda dia syokkan anda. Juga perhatikan jika anda memanggil namanya, adakah dia terus berpaling atau berpaling secara bajet normal.
  • Senyum - Jika si dia nampak tersenyum lebar adalah petanda baik. Perhatikan juga adakah dia selalu cuba untuk berada dalam situasi bertemu 'face to face' untuk memberikan senyuman kepada anda.
  • Perhatikan rakan-rakannya. Jika kawan-kawan lelaki dia tahu dia tertarik pada anda, mereka mungkin akan memberitahu pada si dia akan kehadiran anda di situ. Mungkin juga mereka akan bagi isyarat bahawa dia sukakan anda. Adakah mereka tersenyum? Adakah mereka pandang si dia atau sengaja menyakat dia? Jika ada tanda sebegini, mungkin anda sedang mempunyai secret admirer.
  • Pasang perangkap. Anda cuba cari seseorang yang dia tidak kenal kemudian suruh 'mr. unknown' tu pergi kepada si dia dan tanya siapakah anda dimata dia. Paling tidak pun cari kawan dia dan mintak dia selidik sama ada dia minat anda atau tak.
  • Cuba berseorangan - Beri dia ruang untuk mendekati anda. Jika anda minat dia dan anda tahu dia minat anda tapi anda sendiri duduk berkepit dengan kawan-kawan 24 jam, macam mana nak bagi peluang pada si dia untuk meluahkan rasa hati jika tekaan anda itu tepat. Tapi hati-hati, jangan berseorangan di tempat yang tertutup. Ditangkap khalwat nanti!
  • Perhatikan tingkah lakunya dalam perbualan. Kadang-kadang, bagi lelaki biasa mengajukan soalan dan orang lain mencelah, dia hanya akan melupakannya. Tetapi jika anda melihat bahawa dia masih terus bertanya atau menukar subjek kembali kepada soalan sama sehingga anda menjawab, maka mungkin dia minat anda. Tetapi jika topik ini sesuatu yang serius, dia hanya mungkin ingin tahu kerana timbul perasaan curiga.







Perhatikan tanda-tanda ini juga:

  • Jika dia ingin berbual dengan anda sepanjang masa.
  • Jika dia mula menunjukkan perangai yang lebih baik ketika anda di sekitarnya.
  • Jika dia selalu mengatakan ya apabila anda meminta melakukan sesuatu.
  • Jika dia melayan anda berbeza dengan perempuan lain.
  • Jika dia sering anda ketika anda sedang tersenyum ataupun ketawa.
  • Jika dia bertindak seolah-olah 'ulat bulu'.
  • Jika dia nampaknya ingin selalu berada situasi bersama kamu.
  • Jika dia cuba rapat dengan anda.
  • Jika dia cuba untuk membuat anda tertawa.
  • Jika dia selalu berada ketika anda berada dalam kesusahan..
  • Jika dia sering mengajak anda keluar terutama majlis-majlis yang bermakna.
  • Jika anda dilihat mesra bersama kawannya dan nampak dia cemburu.
  • Jika dia sering bertanyakan khabar.
  • Jika dia cuba untuk rapat dengan kawan-kawan anda.
  • Jika dia sering bertanya tentang diri anda pada kawan anda.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 01:41 PM | Show all posts
wajib bookmark
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:20 PM | Show all posts
donut_1752 posted on 30-4-2014 01:41 PM
wajib bookmark
nice info

sedap plak klu dpt mkn donut ptg2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 05:52 PM | Show all posts
kegimaru posted on 30-4-2014 04:20 PM
sedap plak klu dpt mkn donut ptg2 ni

mkn donut smbil dok kt pangkin..angin sayu2 je
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 06:54 PM | Show all posts
Aku ade SA.. SA 2 pong ske aku gak.. Tp msg2 ego n malu.. Last week ade discussion just both of us.. Bapak kaku masing2+ego..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki yg admire aku smuanyer dari golongan yg dh berkahwin...stress aku..laki bujeng dh pupus kut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 09:28 PM | Show all posts
zaman muda dlu, zmn kegemilangan ada lah SA... skang apa pn xda
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 06:25 PM | Show all posts
Aku takde!! Hahahaha!!!! Kalau ada pon, aku tak tau..sebab aku ni anti-social skit n jenis malas nak cakap ngan orang..selective sikit nak meramahkan diri. keke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 07:07 PM | Show all posts
dolu2 mase skola, slalu dpt gula2, choc time valentine, friendship day
kenyang aku..
sket2 tulis secret admirer
aku x tau la btol ke admirer atau kawan2 aku nak kenakan aku
yang penting, aku kenyang sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 07:33 PM | Show all posts
secret admirer dgn stalker mmg same ker.?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038760 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list