CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6469|Reply: 52

[Tempatan] {6} Pendaftaran plet kenderaan tanpa sempadan mulai 1 Mei 2014 !

[Copy link]
Post time 17-4-2014 07:01 AM | Show all posts |Read mode
17 April 2014

Melaka: Kerajaan dijangka melaksanakan sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, melalui sistem itu pembeli kenderaan boleh mendaftarkan nombor pendaftaran negeri yang dikehendaki di mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.


Katanya, sebagai contoh, pembeli kenderaan di Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor boleh memohon di pejabat JPJ Melaka tanpa sebarang bayaran.



“Pembeli kenderaan boleh memohon nombor pendaftaran kenderaan itu di mana-mana negeri dan kemudian mendaftarkannya di tempat pembeli.

“Sistem ini bagi menampung permintaan pelanggan yang meminati nombor pendaftaran tertentu.

Bagi memudahkan mereka, kerajaan melaksanakan sistem ini,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 di Akademi Pengangkutan Jalan di sini, semalam.

Seramai 249 pelatih mengikuti kursus berkenaan selama tiga bulan bermula 13 Januari lalu.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.
Abdul Aziz berkata, sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan berkenaan akan dibuat menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP yang kini semakin berfungsi dengan baik.

“Selepas sistem pengkomputeran mySIKAP berjalan lancar, kita boleh serapkan sistem pendaftaran tanpa sempadan kerana dijangkakan tidak banyak proses pendaftaran tanpa sempadan ini kerana masih ramai yang mendaftar mengikut negeri,” katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kaedah pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu sudah dimulakan pada 1 April lalu manakala bagi syarikat akan bermula 1 Jun ini bertujuan menangani isu pemalsuan dokumen.


“Ia terutamanya membabitkan transaksi tukar hak milik kenderaan tanpa persetujuan dan di luar pengetahuan pemilik asal selain menyelesaikan masalah berhubung pemilik baru yang enggan membuat proses pertukaran milik dan menggunakan kenderaan di atas nama pemilik asal,” katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai pemandu bas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, Sabtu lalu yang disahkan positif dadah, beliau berkata, syarikat bas perlu memantau rapi pemandu di bawah mereka.


“Ini kerana 80 peratus daripada kemalangan maut membabitkan kecuaian manusia atau pemandu.

Justeru, dalam konteks ini, syarikat bas perlu bertanggungjawab.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) disaran mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang mengabaikan pengurusan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.-myMetro

p/s aku nak amik no langkawi la...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelom nie x boleh ke...nape kawan aku boleh je beli plat KL walaupon dok penang
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
runner number plat nj cri mkn cm nelol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 07:28 AM | Show all posts
card_reader posted on 17-4-2014 07:03 AM
Sebelom nie x boleh ke...nape kawan aku boleh je beli plat KL walaupon dok penang

kereta Penang plet KL tapi urusan di JPJ KL kan...
yg nie mgkn urusan di mana-mana ibupjbt JPJ...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:56 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 17-4-2014 07:04 AM
runner number plat nj cri mkn cm nelol

hilang dah job runner number plet


lepas ni no plet perlis makin sendu la
semua bantai plet KL

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:04 AM | Show all posts
temasuk www 1 ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 08:04 AM | Show all posts
sure ramai fefeeling nak jadi org KL... hahahahahahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:09 AM | Show all posts
erkkk baru je bayar runner utk no plate W ____ W RM 400. tunggu sikit lg pun takpa, leh ambik no plate perlis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 08:12 AM | Show all posts
makn sendulah plet R dan D
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa xbest gler!! Ntah pape.. 1 sb kesian runner xde job da.. Pastu dah tntu2 semua nk pkai no kl.. No negeri lain sape yg nk wei?? Mcm ni buat je semua W
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:27 AM | Show all posts
yey, takyah susah2 lagi pasni, jimat duit bg runner.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa faedah dari perlaksanaan sistem tanpa sempadan ni... Makin cepat la nombor wilayah berjalan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 09:00 AM | Show all posts
kurang satu punca rezeki runner...
Runner byk kabel org dlm lebat hasil...
sekali hulur sebeban kat kaunter...
" nanti amiknye kak..."
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:07 AM | Show all posts
laku lah plet KL lepas ni
hari tu g Kedah pun org tanya
ni no plet baru ke?
cantiklah ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:18 AM | Show all posts
kenapa berebut nak pakai no.KL?nombor KL running laju dan kereta baru nampak dah lama sbb plat lama..pakai la plet perlis...berbulan nak naik satu abjad tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pelukis.plan posted on 17-4-2014 07:56 AM
hilang dah job runner number plet



org perlis pun bnyk pkai plat kedah.huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 09:31 AM | Show all posts
Pas nie nak beli kereta kat labuan pakai plat J, dh 5tahjn bwa balik semanjung org xthu tu kereta labuan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:40 AM | Show all posts
ah..kenapa baru nak buat sekarang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 10:41 AM | Show all posts
baby_pingu posted on 17-4-2014 09:40 AM
ah..kenapa baru nak buat sekarang?


abis...bila lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 10:44 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 17-4-2014 10:41 AM
abis...bila lagi?

kenapa tak buat last year?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.745876 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list