View: 2558|Reply: 17
|
[Tempatan]
Othman: Dia biadap!
[Copy link]
|
|
Teck Lee biadab
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 April 2014
KUALA TERENGGANU – Tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee menawarkan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai biadab dan kurang ajar.
Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Othman Endut berkata, Teck Lee tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tidak matang yang seolah-olah memperkecilkan kredibiliti menteri berikutan kes penculikan warga China dan Filipina di sebuah tempat peranginan di Sabah.
Menurutnya, kenyataan sedemikian langsung tidak membantu memberi sumbangan terhadap keselamatan negeri itu, di samping tidak membantu urusan kerajaan meningkatkan keselamatan negeri tersebut.
“Tidak sepatutnya isu penculikan ini dituding kepada satu pihak sahaja kerana ia adalah sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak jangka. Kalau tahu dari awal, sudah tentu pihak berkuasa akan berjaga-jaga.
“Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap pesawat MH370. Kalau tahu akan berlaku insiden sedemikian, sudah tentu semua penumpang tidak akan naik pesawat pada hari itu,” katanya, di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teck Lee yang menawarkan RM500 kepada mana-mana pihak dapat menampar Ahmad Zahid kerana gagal mengawal keselamatan berhubung insiden penculikan warga China dan Filipina di Semporna.
Teck Lee menerusi sebuah portal berita propembangkang turut menawarkan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mengusulkan pemotongan gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam perkembangan lain, Othman turut meminta kerajaan negeri berbuat sesuatu bagi menghidupkan Kompleks Usahawan Terengganu di Kubang Jela yang seolah-olah 'hidup segan mati tidak mahu' berikutan hanya dua lot kedai beroperasi di bangunan kompleks setinggi tiga tingkat itu.
“Kerajaan negeri perlu buat sesuatu untuk menghidupkan kompleks ini supaya tidak menjadi projek gajah putih kerana rugi apabila ada tempat, tetapi tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/othman-teck-lee-biadab-1.269903
Last edited by HUHA on 13-4-2014 03:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ciri-ciri pemimpin zaman sekarang. Carilah isu yang cerdik sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri fikirlah mana yang baik mana yang buruk............usah bertelagah...
|
|
|
|
|
|
|
|
500 jer??? mmg biadap.. bukan kerja senang .. kena tangkap nanti 500 tak cukup nak ikat jamin..
mmg biadap.. offer la sejuta ker ... baru la nampak serius ..
|
|
|
|
|
|
|
|
ini dah macam gaduh budak sekolah je. adoi |
|
|
|
|
|
|
|
sup@rm@n posted on 13-4-2014 08:22 PM
Dia: biadap othman!
Biadap: Othman dia!
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kes theresa tu mcmn
Bab tampar jg kn |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 14-4-2014 06:10 AM
Yg kes theresa tu mcmn
Bab tampar jg kn
yg tu tak biadap sebab tampar cina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam, Zahid dilaporkan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang pertama menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman, maka "tiada apa yang perlu disiasat kerana ia bukan satu ancaman".
-zahid sendiri kata okay je... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sikit tampar...tak paham aku....mcm mana aku belanja 1 bungkus nasik lemak utk tampor Nixar....hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
HUHA posted on 14-4-2014 05:00 AM
Biadap: Othman dia!
Othman biadap: Dia! |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 14-4-2014 07:05 AM
Semalam, Zahid dilaporkan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang pertama menampar Ahli ...
Aku setuju |
|
|
|
|
|
|
|
jom main bola tampar... |
|
|
|
|
|
|
|
best juga main bola tampar nih...jom ramai2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|