CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2295|Reply: 0

K'jaan Selangor aniaya wanita tak bekerja & ibu tunggal mulai 2015.

[Copy link]
Post time 11-4-2014 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Salaam.







Skim Caruman Wanita Selangor
dijangka akan mula dilaksanakan mulai tahun hadapan selepas beberapa data dilengkapkan.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail
, berkata Kerajaan Negeri ketika ini masih dalam proses penyediaan maklumat dan melengkapkan beberapa data.

Katanya, hal itu termasuk penyediaan maklumat berhubung struktur mekanisme pembayaran, jumlah bayaran, peruntukan keseluruhan dan cara operasi perlaksanaan itu.

“Kita ingin sediakan satu jaringan sosial kepada keluarga dan satu dana kebajikan bagi membantu mereka khusus kepada kaum wanita tidak bekerja terutama ibu tunggal bagi memastikan nasib golongan berkenaan terbela.

“Terdapat empat modul yang akan kita kaji antaranya mereka akan dapat caruman seperti Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan boleh gunakan wang itu ketika usia emas,” katanya yang menjawab soalan daripada Haniza Talha (PKR-Taman Medan) di Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Skim caruman itu adalah salah satu perkara yang terkandung dalam Agenda Wanita Pakatan yang dijanjikan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu dan sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf wanita yang tidak mempunyai tempat bergantung.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.326872 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list