CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10909|Reply: 52

[Tempatan] Filem The Raid 2 diharamkan kerana adegan ganas

[Copy link]
Post time 7-4-2014 04:23 PM | Show all posts |Read mode
filem2 malaysia yang byk unsur2 khurafat, lawak tak kelakar, rebut harta,hantu2 takmo haramkan ke

KUALA LUMPUR: Filem The Raid 2: Berandal garapan sutradara Gareth Evans diharamkan penayangannya kerana terlalu banyak adegan ganas yang ditunjukkan di dalam filem berkenaan.

Demikian menurut Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Dato’ Abdul Halim Abdul Hamid ketika dihubungi Astro AWANI.

“LPF mengharamkan tayangan The Raid 2 kerana terlalu banyak adegan ganas ditunjukkan di dalam filem berkenaan yang tidak sesuai untuk diluluskan.

Kita sudah melihat filem berkenaan bersama dua komuniti LPF dan laporan mengenai pengharaman filem berkenaan sudahpun diberikan kepada pengedarnya di Malaysia. Mereka (pengedar) ada laporan kita” kata Abdul Halim.

Sebelum itu, The Jakarta Globe melaporkan bahawa tiada sebab diberikan oleh pihak di Malaysia mengapa filem berkenaan diharamkan.

Calon Presiden Parti Demokratik, Pramono Edhie Wibowo meminta agar Malaysia memberikan penjelasan mengapa filem ini diharamkan penayangannya.

“Ini adalah berita yang mengejutkan, kerajaan Malaysia mengharamkan filem ini tanpa memberi apa-apa alasan.

"Saya juga menuntut Kementerian Luar Negeri secara aktif melaksanakan fungsi pengantaraanya dengan kerajaan Malaysia" kata Pramono kepada The Jakarta Globe.

Sementara itu, jurucakap pengedar filem The Raid 2, Nusantara Edaran Filem yang dihubungi Astro AWANI memberitahu bahawa berita pengharamannya sudahpun dimaklumkan kepada penerbit filem berkenaan di Indonesia sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dari LPF.

“Kami sudah maklumkan kepada penerbit The Raid 2 mengenai laporan LPF dan pihak penerbit di sana mahu kami mencuba sedaya upaya supaya filem itu tidak diharamkan.

“Kami masih cuba merayu kepada LPF agar meneliti sekali lagi kandungan filem berkenaan” jelasnya.

Menurut jurucakapnya lagi, laporan pengharaman dari LPF telah diterima oleh pihak mereka seminggu sebelum tarikh penayangannya di Malaysia.

“LPF telah membuat rebiu sebanyak dua kali ke atas filem berkenaan, dan ianya diharamkan untuk ditayangkan di sini kerana ada adegan ganas yang tidak sesuai dan berdurasi panjang” katanya.

Filem The Raid 2: Berandal sepatutnya ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 27 Mac yang lalu.

The Raid 2 adalah filem aksi seni mempertahankan diri yang merupakan sekuel kepada filem The Raid: Redemption.

Filem ini dibintangi oleh nama yang tidak asing lagi seperti  Iko Uwais, Yayan Ruhian dan Arifin Putra.

Ia berkisarkan Iko sebagai Rama, seorang pegawai polis SWAT yang menyamar dalam misi mendedahkan kes rasuah di dalam pasukan polis.

Sekuel pertama, The Raid: Redemption sebelum ini telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I watched it at Indonesia. Takdelah ganas sgtpun. Mcm cerita ong bak jer
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:25 PM | Show all posts
macam poyo pulak LPF ni....filem luar ko haram filem laga tu ko lepas....
LPF ni ibarat nak buat iklan fair n lovely tapi amek model macam efFa owOna......sudah nye tgok tb nampak tirai je la
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:27 PM | Show all posts
saya bersetuju dengan tindakan malaysia kerana ini dapat membantu malaysia menuju ke arah negara konservatif
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:29 PM | Show all posts
Aku nak terangkan panjang lebar pasal ni,  tapi bimbang orang tak faham ...







Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:32 PM | Show all posts
nk tgk???
beli je CD...
ade dijual dipasaran kn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2014 04:38 PM | Show all posts
Pailang posted on 7-4-2014 04:29 PM
Aku nak terangkan panjang lebar pasal ni,  tapi bimbang orang tak faham ...

try me
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:38 PM | Show all posts
Kalau tunjuk kat TV Malaysia, haruslah dilabel 18 jawapannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 04:42 PM | Show all posts
--kalau haram filem melayu nanti kata tindas melayuuu. susah jadi LPF ni, haram filem A, org question kenapa tak haram filem B, haram filem A dan B org kata macam taliban


Last edited by stania83 on 7-4-2014 04:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:45 PM | Show all posts
comic 8 pun link download jenuh cari xda lg,aduh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:48 PM | Show all posts
takpe nnt kuar la kt ganool.com
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:51 PM | Show all posts
amiraira posted on 7-4-2014 04:32 PM
nk tgk???
beli je CD...
ade dijual dipasaran kn

xleh, cepat kantoi dan ade bukti fizikal hakcipta.. better muat turun je kt pc/lptop rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:02 PM | Show all posts
stania83 posted on 7-4-2014 04:42 PM
--kalau haram filem melayu nanti kata tindas melayuuu. susah jadi LPF ni, haram filem A, org questio ...

teringat sharifah amani sound double standard finas & lpf bilamana filem dia (psiko pencuri hati) kena 18, filem usop terselam boleh lepas U padahal babak2 yang lagi over & bahasa yang ya ampun.... boleh lepas U.... semua tahu terselam family pentingkan keuntungan..so kalau 18, filem dia xkan dpt kutip jota-jota.... Allah maha besar, filem kl gangster 2 tu x cecah 5 juta pun, x sampai 1/2 dr kutipan filem KL gangster 1





Last edited by sokmogitu on 7-4-2014 05:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:05 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 7-4-2014 04:51 PM
xleh, cepat kantoi dan ade bukti fizikal hakcipta.. better muat turun je kt pc/lptop rumah..

amboiii...
advance
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:07 PM | Show all posts
filem the raid ni good effort dr omputeh collaborate dgn indon sana angkat martabat silat... silat akan ganti kung fu di hollywood kalau kena cara promosi...filem2 jackie chan, jet li semua dah makin lemau skrg...patutnya malysia dan indon sama2 create market baru utk filem silat...

aku sebetulnya x faham dgn kerajaan malaysia, filem2 bagus yg ada propaganda budaya dr indonesia semua x lepas (contoh: laskar pelangi, ayat2 cinta, negeri 5 menara, the raid, garuda etc). tp filem2 seram lucah indon banjir je kt panggung2...contohnya pontianak kesurupan, air terjun pengantin, kembalinya nenek gayung dan filem2 jupe depe bagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:10 PM | Show all posts
tu namanya dabel stendet

cite sampah bagi jalan,
cite berkualiti pi halang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 05:10 PM | Show all posts
amiraira posted on 7-4-2014 05:05 PM
amboiii...
advance

mestila advance, dr mmbazir beli dvd, baik muat turun, ape guna byr tiap2 bulan internet kan
tp klau xde internet terpksa la beli cd =='
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:17 PM | Show all posts
spoiler


Last edited by Vympel77 on 7-4-2014 05:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:21 PM | Show all posts
beli cd je lahhh...rm5 je
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:22 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 7-4-2014 05:07 PM
filem the raid ni good effort dr omputeh collaborate dgn indon sana angkat martabat silat... silat a ...

pontianak kesurupan, air terjun pengantin, kembalinya nenek gayung dan filem2 jupe depe bagai  


sungguh pprt tajuk2nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.605270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list