KUALA LUMPUR 6 April - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama dari kumpulan yang pro-Timbalan Presiden, Azmin Ali, ternyata mengamalkan budaya politik sempit sehingga gagal membezakan antara permusuhan politik dengan tugas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.
Terbaharu, Abdul Khalid 'diserang' secara sinikal oleh kumpulan pro-Azmin hanya kerana beliau selaku Menteri Besar Selangor menerima kunjungan hormat Media Prima diketuai Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Amrin Awaluddin sebelum memuat naik pertemuan itu di Twitternya.
Namun ternyata, pertemuan tersebut tidak disenangi musuh politiknya dalam PKR apabila mereka mempersoal nilai moral Abdul Khalid hanya kerana beliau menunjukkan jiwa besarnya selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor dengan menerima kunjungan Media Prima yang disifatkan lawannya sebagai 'musuh durjana'.
Antara pemimpin PKR yang paling awal tampil sinis terhadap Abdul Khalid ialah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya, apabila beliau menerusi laman Twitternya dipetik sebagai berkata: "Layan TV3. Hebat,".
ni edisi timbang tara ke ape nih?saya selaku penyokong tegar pakatan dan pergi mampos sama umno....saya ingin menyatakan yang kumpulan pro azmin boleh dikirakan sebagai bana pr di selangor .....azmin dengan bodo abadi agak rapat sket macam contoh aimar dibeli jdt....lebih kurang begitu.....
akughi posted on 7-4-2014 04:26 PM
aiiiii....tak suke azmin? azmin kan budak suruhan banduan tu.....
azmin ni kire tuan ko jugak ...
dah di herdik di sindir pulak kita....ni perangai macai ...sendiri bukak trit sendiri soh komen..bila org pakatan rakyat pergi mampos umno dah komen disindir2 pulak....ape motip bukak trit kita pun tahu....??
kepala bana akughi sihat tak ni??ke nak kena kanser bana pulak??pilih2
adik??pergi mampos....takat kau ni baya2 anak sedara aku je ni...nak sembang politik macam anjing....nak cerita umno tak tahu..jadi macai kosong mujur ada yang nak terima....
PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
FMT Reporters | August 14, 2015 PKR mengaku dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bukan bukti muktamad bahawa Khalid melakukan apa-apa perlakuan rasuah atau salah laku.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.
Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.
Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.
Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.
“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.
Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.
Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.
Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.