3 Apr – Pelakon Zul Huzaimy tampil menafikan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan dengan wanita berstatus isteri orang. "Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wanita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar," ujar Zul kepada sebuah portal hiburan tempatan. Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki berkata, dia enggan mengulas lanjut dan memanjangkan isu berkenaan kerana menyifatkan ia sebagai perkara yang remeh. "Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu." Dalam pada itu, Zul, 36, memberitahu dia mula menjalin hubungan dengan wanita tersebut sejak setahun lalu, bagaimanapun belum memikirkan lagi untuk ke fasa perkahwinan buat masa ini. Sebelum ini Zul pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad pada tahun 2005, namun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka bercera dengan talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
|