CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3602|Reply: 5

Donovan Leitch, kekasih gelap Gwyneth Paltrow?

[Copy link]
Post time 3-4-2014 04:53 PM | Show all posts |Read mode
PANAS yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Itulah perumpamaan yang lebih dekat untuk menggambarkan kehidupan pasangan selebriti, Gwyneth Paltrow dan bekas suaminya, Chris Martin.




Selepas 10 tahun hidup bersama dengan kehadiran dua cahaya mata, Apple, 9, dan Moses, 7, mereka membuat keputusan untuk berpisah pada 25 Mac lalu.

Keputusan itu sememangnya memeranjatkan peminat kerana sebelum ini, mereka jarang dipalit dengan kontroversi rumah tangga.

Sepanjang tempoh 10 tahun bersama, hubungan kekeluargaan mereka berjalan baik dan turut dijadikan contoh buat pasangan selebriti lain.

Pun begitu, sejak berita perpisahan mereka mula tersebar, muncul pula khabar angin mengaitkan bintang filem The Avengers itu. Paltrow dikatakan telah curangi bekas suaminya dengan menjalin hubungan sulit bersama tiga lelaki lain termasuk bekas kekasihnya, Donovan Leitch.

Tidak kurang juga yang bertindak menyebarkan gambar Paltrow dan Leitch berciuman ketika menghadiri pertandingan besbol di Los Angeles, September tahun lalu.

Pantas menafikan khabar angin itu, Paltrow mengakui perpisahan itu tiada kaitan dengan orang ketiga.

"Tidak perlu membuat sebarang andaian dalam hubungan kami kerana hanya kami sahaja yang tahu masalah sebenar.

"Laporan itu (curang) sangat merepek dan saya bukan kaki penipu. Tiada sebarang hubungan sulit sepanjang perkahwinan kami.

"Apa sahaja kata-kata orang mengenai rumah tangga kami, saya tidak peduli. Yang penting, ia adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama," katanya.





Masih sayangkan Leitch?

Pernah bercinta dengan Leitch suatu ketika dahulu, Paltrow mengakui hubungan dengan bekas kekasihnya itu masih baik.

Menurut pelakon filem, Shakespeare in Love ini, walaupun hubungan mereka sudah lama berakhir, namun mereka masih mengekalkan nilai persahabatan.

"Khabar angin mengenai saya dan Leitch adalah sangat pelik. Kami bersahabat lebih 20 tahun.

"Kenapa sebelum perpisahan ini berlaku, tiada langsung berita mengaitkan dia (Leitch)? Ini ternyata omongan kosong!

"Kalau dinilai menerusi foto bercium itu, ia lebih kepada sapaan ketika bertemu. Kalau kami ada hubungan, kenapa saya membawa anak saya sekali ke pertandingan itu?," jelasnya.

Sebelum ini, Paltrow dan Leitch pernah bercinta pada tahun 1990 sebelum aktres ini menjalinkan hubungan dengan aktor kacak, Brad Pitt.


Dibantah ibu

Walaupun perpisahan ini dilakukan atas dasar suka sama suka dan perbincangan bersama, namun Paltrow tidak mampu menyembunyikan perasaan sedihnya.

Namun, aktres berusia 41 tahun ini mengakui, semangat dan dorongan yang diberikan peminat serta rakan terdekat sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan yang ditanggungnya.

"Saya berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan, bukan sahaja untuk saya, malah untuk Martin.

"Mungkin hanya orang yang mengerti sahaja faham bagaimana rasanya selepas melalui kehidupan yang berbeza tanpa sebuah keluarga yang lengkap.

"Namun, saya dan Martin sama-sama berjanji untuk membesarkan cahaya mata kami bersama dan yang berbeza hanyalah status kami," katanya yang turut mendapat sokongan daripada rakan baiknya, Cameron Diaz.

Pun begitu, ramai yang tidak bersetuju dengan perpisahan Paltrow dengan vokalis kumpulan Coldplay itu termasuk ibu Paltrow sendiri, Blythe Danner.

Menurut Danner, dia sendiri merasa kecewa dengan tindakan anaknya itu dan turut meminta agar kedua-duanya berbaik semula.

Saat mengetahui keputusan anaknya itu, Danner dikatakan sangat marah kerana dia menyukai keperibadian Martin.

"Martin adalah suami dan bapa yang baik. Rasanya, mereka tidak perlu bercerai kerana mereka sudah memiliki keluarga yang lengkap," katanya.


Kembali bersama?

Desakan demi desakan yang diterima termasuk ibu dan peminat, akhirnya pasangan ini kembali berbincang dalam satu makan malam di Bahama, Jumaat lalu.

Masing-masing membuktikan komitmen yang baik tanpa menggores hati kedua-dua cahaya mata mereka.

Dalam makan malam itu, ia berlangsung dengan lancar dan tiada unsur-unsur perseteruan antara mereka.

Paltrow kelihatan gembira dan ada ketika ketawa sehingga menangis ketika bekas suaminya berjenaka.

Menurut sumber yang turut berada di situ, kedua-duanya dilihat seperti bukan pasangan yang baru sahaja berpisah.

"Mereka nampak ceria dan ketawa sepanjang makan malam itu. Martin juga sempat bergurau dengan bekas isterinya.

"Alangkah bagusnya jika mereka kekal bersama kerana saya langsung tidak nampak sebarang masalah dalam hubungan mereka," kata sumber itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 05:57 PM | Show all posts
hensem gak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Cris martin mcm selekeh sket kan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 10:25 AM | Show all posts
im_cyclist posted on 4-4-2014 12:03 AM
Cris martin mcm selekeh sket kan..hehe

kann.cam nerd sket.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 03:18 PM | Show all posts
Auntie suka je chris martin....
tak silap dia ada degree in biochemistry/microbiology kan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 11:17 PM | Show all posts
knp.............
nmpak loving couple sblm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.245905 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list