Soseh Soseh: Kalau kritik cepat jawab
Ramai artis di negara ini aktif menggunakan laman sosial untuk berinteraksi serta berkongsi aktiviti seharian mereka dengan peminat.Kini dengan kewujudan pelbagai aplikasi sosial menarik dalam telefon pintar seperti Instagram menjadi pilihan utama artis untuk berkongsi gambar mereka bersama peminat.
Pemerhatian SS mendapati ada artis memanfaatkan aplikasi itu untuk tujuan baik namun ada yang menggunakannya untuk menyindir pihak tertentu.
Ada pula yang terlalu kerap muat naik gambar ‘selfie’ dan kekasih beberapa kali sehari sehingga pengikut mereka naik muak. Sama ada subjek dalam gambar yang dikongsi itu menarik, cantik, menyampah atau menimbulkan sensitiviti pasti mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut.
Bagaimanapun, SS perhatikan sering kali ada pengikut bertanyakan sesuatu positif mengenai gambar yang dikongsi di akaun artis pujaan namun tidak dibalas pun oleh artis berkenaan.
SS hairan kerana pertanyaan serta komen pengikut kerap diabaikan, malah satu patah ucapan terima kasih pun tiada. Kalau malas, lebih baik tutup akaun laman sosial.
Kita faham kadang-kadang artis ada ribuan pengikut jadi mustahil dapat menjawab semua komen.
Namun peliknya artis ini cepat pula membalas sekiranya komen dilemparkan pengikut terhadap gambar dikongsi adalah negatif sehingga tercetus peperangan mulut. Maknanya mereka membaca.
Bukan itu saja, ada artis cepat menyebarkan khabar angin yang tidak sahih tanpa memikirkan perasan pihak lain.
SS berharap artis yang memiliki laman sosial mengambil sedikit masa untuk berusaha membalas pertanyaan pengikut mereka. Tanpa sokongan peminat pasti mereka tidak mencapai kejayaan pada hari ini. Jangan hanya kemaruk 'likes'!
SS: Bosan tengok ‘selfie’ yang berlebihan.
** nak speku ND boleh??? (tp reputs berani ke?)
Last edited by immaryjane on 26-3-2014 09:43 AM
|