View: 3812|Reply: 20
|
semua tercipta sempurna, tanda kewujudan tuhan?
[Copy link]
|
|
hai, salam sejahtera dan assalamualaikum kepada semua pembaca2 benang ni..
Saya seorang pemikiran atheist, tetapi saya masih menghormati seluruh manusia2 yg beragama. saya menilai sesuatu perkara berdasarkan penggunaan logik yang tinggi yg sehingga ke luar 'kotak'. saya cuba menjadi seorang manusia yang sangat matang.
Cara pemikiran saya berfikir membuatkan saya tidak mempercayai kewujudan tuhan, dan saya yakin bahawa segalanya terjadi dengan sendiri atas da
sar sains dan alam semulajadi.
Tetapi pada satu hari, entah mengapa saya andaikan bahawa manusia adalah sebuah 'robot' yg berteknologi tersangat canggih. saya andaikan bahawa wayar adalah urat, aliran elektrik yg mengalir pada wayar adalah aliran darah yg mengalir pada urat, kamera adalah mata, processor adalah otak, RAM adalah daya ingatan dan mental dan sebagainya.
Persamaan ini sekali lagi membuatkan saya berfikir bahawa manusia sebenarnya adalah sebuah robot yang sungguh canggih! teknologi yg digunakan untuk mencipta manusia begitu canggih! pada masa ini, saya tergamam dan kagum dengan sebuah robot yg begitu canggih teknologinya.
sekali lagi saya berfikir dan saya kagum besar buat kali kedua. Kerana jika diamati secara teliti dan dalam, seluruh komponen2 manusia sungguh sempurna dan tiada cacat celanya.
Jika manusia tercipta dengan sendiri, maka pastilah akan ada cacat celanya, tetapi ia sungguh sempurna contohnya ciptaan manusia ini tidak mempunyai mata, maka diciptanya mata untuk melihat, kemudian dilihat manusia tidak mampu mendengar, maka dikurniakan telinga, kemudian sesudah manusia tercipta mulut untuk makan, tetapi tidak mempunyai gigi, atas belas kasihan pencipta kita, maka dikurniakan gigi untuk mengunyah sesuatu yang keras, kemudian dilihat manusia tidak mampu untuk berkomunikasi sesama manusia, dikurniakan pula kotak suara dan sebagainya!!! lihatlah, betapa sempurna dan BESARNYA kebesaran pencipta kita! ini membuktikan bahawa sudah pasti manusia tidak tercipta dengan sendiri!
kemudahan2 dan kesempurnaan yang ada pada manusia seperti ciri2 di atas se-olah2 manusia adalah sebuah robot yang dirancang penciptaannya untuk menjadi sebuah robot yang sangat sempurna dan sungguh menakjubkan teknologinya.
Saya andaikan lagi bahawa, teknologi manusia masih ketinggalan jauh berbanding teknologi sang Pencipta manusia dan manusia adalah ciptaan yang paling sempurna yg pernah tercipta oleh Pencipta kerana dikurniakan kelebihan IQ yang tinggi jika dibandingkan dengan makhluk2 lain yg ada di bumi ini. Saya tak nak mengulas lebih jauh tentang hal yg ini, kerana bimbang tidak ada yang akan faham apa yg saya cuba jelaskan.
Malah kesempurnaannya bukan pada manusia sahaja, tetapi pada SELURUH alam semesta. bayangkanlah jika pencipta kita tidak mencipta oksigen, bagaimana manusia dan hidupan2 lain dapat hidup. Maka diciptanya oksigen untuk manusia hidup. Jika manusia mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat, apa gunanya mata? maka diciptanya cahaya. jika pula sudah mempunyai cahaya, tetapi bumi tidak mempunyai suhu dan sejuk beku, sudah pastilah manusia akan mati!!! maka diciptanya matahari dan bagi mengelakkan manusia di sesebuah negara dapat merasa sejuk dan dapat menghitung hari, bulan dan tahun, maka diciptanya bumi untuk berputar pada paksinya dengan tetap untuk kejadian malam! kemudian bagi mengelakkan sesuatu tempat menjadi kering kontang, maka diciptanya awan untuk menghantar air2 diseluruh pelusuk bumi.
manusia merupakan ciptaan paling berjaya yg pernah tercipta diantara ciptaan2 lain yang pernah dicipta oleh pencipta kita. oleh kerana ciptaan manusia mempunyai IQ yang tinggi dan mampu berfikir, apa salahnya kita meng-hambakan diri kita padaNya atas kehebatan kuasaNya, atas belas kasihanNya, atas kebijaksaanNya.
jika pencipta kita mampu mencipta sesuatu perkara, maka tidak mustahil juga syurga dan neraka itu wujud! tapi di mana? tiada siapa yang tahu. barangkali di penghujung angkasa lepas? kerana tiada siapa tahu apakah pengujung angkasa hanya gelap gelita dan tidak terkira kilometernya oleh IQ yg dikurniakan manusia!
Ini membuatkan saya ingin mencari, agama manakah yang haq. saya ingin mendalami ilmu2 setiap agama dan mencari kebenaran. Kerana saya sungguh bersyukur dengan setiap kurniaan yg diberikan dan ingin menyembah pencipta saya yang sebenar-benarnya.
Mungkin saya perlukan ustaz dan saya dapati sesetengah ustaz yang begitu alim juga berfikiran seperti saya iaitu berfikir sesuatu secara begitu mendalam, cuma mungkin corak kehidupan saya berbeza dengan mereka dan jika mereka boleh menjadi seorang ustaz, kenapa tidak saya. cuma mungkin saya terpesong akibat kurang berminat dengan perkara2 melibatkan agama dan lebih kagum dengan teknologi dan sains.
Hingga sekarang, saya masih mencari-cari siapakah pencipta saya. saya ingin menyembah pencipta saya untuk mengucapkan tanda syukur tak terkira saya kepadaNya, dan bukannya daripada agama2 yg dicipta oleh manusia berdasarkan mitos. Mungkin dengan pembukaan topik atau benang ini mampu membuka hati saya sedikit untuk mendalami agama islam.
mungkin penulisan saya agak panjang, tetapi kerana ia panjang, maka saya gunakan ayat2 yang sangat2 umum agar sungguh mudah difahami setiap orang dengan sekali baca sahaja.
salam hormat dari saya kepada anda semua.
Last edited by abcd on 21-3-2014 04:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamu se orang athies??? bermakna ko tak percaya AlQuran,
tak pe, tapi cuba fahami ayat Quran ini dulu
"Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." Ar Ra'd 16
"Bertanyalah (wahai Muhammad): Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah: (Semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman." Al An'am 12
"Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu) untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)." Hud 07
dan
"Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?" Yunus 31
|
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya anda dalam pencarian....
golongan aties nih tak percaya dengan kewujudan tuhan(Pencipta Alam)...
jika anda mula percaya tentang wujudnya tuhan di sebalik alam ini,, maka anda sudah mula meninggalkan fahaman aties anda itu..
INFO PASAL TUHAN ITU WUJUD ATAU TIDAK?
kalau nak memgukuhkan tentang kepercayaan tentang kewujudan Tuhan disebalik alam ini yang bersifat sains.. anda boleh baca karya Harun Yahya..google je pasti jumpa...
Setelah anda benar2 yakin tentang di sebalik alam ini benar2 wujud Pencipta, barulah anda teruskan mencari/mengkaji agama(kepercayaan).
1.kaji tentang konsep agama itu..
2.kaji dari mana sumber datangnya agama itu..apakan sumbernya masih asli atau sudah berubah.
3.kaji siapa yang membawa agama itu..
4.kaji kaji kaji sampai anda menemui KEBENARAN..
5.mintak petunjuk kepada TUHAN YANG MENCIPTA ALAM SEMESTER ini, ketika anda yakin wujudnya PENCIPTA ALAM...
Mudah-mudahan anda memenemui KEBENARAN..
Last edited by habakuk on 21-3-2014 08:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hingga sekarang, saya masih mencari-cari siapakah pencipta saya. saya ingin menyembah pencipta saya untuk mengucapkan tanda syukur tak terkira saya kepadaNya, dan bukannya daripada agama2 yg dicipta oleh manusia berdasarkan mitos. Mungkin dengan pembukaan topik atau benang ini mampu membuka hati saya sedikit untuk mendalami agama islam.
berdasarkan ayat anda ini, rasanya sumber yang paling asli yang tidak bercampur mitos, yang anda harus kaji adalah SUMBER UTAMA AJARAN ISLAM iaitu kitab Al-Quran.. di dalamnya terdapat kalamullah(kata2 Allah - Tuhan Pencipta Alam yang sedang kita tinggal ini). tak faham bahasa arab tak mengapa, boleh baca terjemahannya.. sekiranya anda tidak mengerti atau keliru, carilah Ustaz untuk menerangkannya.
Mudah-mudahan anda menenui KEBENARAN... |
|
|
|
|
|
|
|
wah. kamu hebat. walaupun atheis tapi memahami hakikat kewujudan tuhan. berbanding dengan sesetengah orang walaupun ada agama tapi cara hidup dan pemikiran macam takde tuhan. beribadat hanya ritual takde jiwa mengingati tuhan..sedih
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam sendiri pun ada je org islam yg masih mempersoalkan samada tuhan tu betul2 wujud atau tak..teringat member aku time kat U dulu..dia pnah kata kat aku camni 'aku slalu terpikir, betul ke tuhan tu wujud'..tu org islam sendiri yg tanya soalan camtu..
tuhan, surga, neraka, pahala, dosa, malaikat, syaitan adalah perkara2 ghaib yg kita tak nampak..sbb tu kdg2 ramai org susah nak percaya..kita mmg tak nampak tuhan, tapi bukti kewujduan tuhan ada di sekeliling kita..walau canggih mana sekali pun teknologi manusia, tapi smp skang masih byk penyakit yg tak dpt diubati..contohnya kanser..smp masa DIA jemput kita, kita kena pergi juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullah Tuan abcd..
Sebenarnya Tuan, biarlah Uncle dedahkan RAHSIA PERTANYAAN Tuan..
yg mana..
Ia sebenarnya SATU RAHMAT BESAR dariada Allah S.W.T
yg sangat mahal harganya...
Ada org yg, mengkaji , belajar hingga Phd ..tapi..masih teraba raba dlm kegelapan mencari ALLAH...
ada org yg pandang enteng...dgn Iman warisan..
TAPI..
Ada org YG SEPERTI TUAN...disentap hatinya..
OLEH ALLAH!
Supaya segera mencari NYA!
Seorang Ulama yg amat amat hebat dlm sejarah Islam.
Imam Jaafar As Sadiq pernah ditanya...
(& memang pada Uncle, soalan ni munkin hanya layak utk dia & bebrapa insan hebat sja..)
Ditanya kpd Imam Jaafar As Sadiq R.A...."ADAKAH TUAN MELIHAT ALLAH S.W.T? "
Bagi Uncle..amat tak patut soalan begini kan...
kerana setiap hari kita hidup, tidak pernah dan tidak akan pernah atas mukabumi ni bersoalan begitu!
Tapi jawaban Imam Jaafar As Sadiq...
" BAGAIMANA AKU MENYEMBAH ALLAH KALAU AKU TIDAK MELIHAT ALLAH! "
Uncle melihat soalan Tuan abcd yg "mencari Allah"...releven dgn kata kata Imam Jaafar!
Ya...fikiran Tuan abcd mencari cari..."untuk menyembah apanya kalau tak melihat NYA!? "
Kerana itu Uncle kata...apa yg berlaku kepada Tuan, adalah ANUGERAH BESAR drp Allah swt...satu "sentapan " untuk Tuan mencari cari..& berlari mendapatkan Allah swt!
Kita jangan ambil ringan kata kata Imam Jaafar As Sadiq....semata mata kerana, Imam Jaafar dianggap oleh kaum Shiah sebagai IMAM KE ENAM SHIAH. LANTAKLAH SHIAH DGN ANGGAP SESAT MEREKA!...
Imam Jaafar As Sadiq merupakan seorang Ulama Besar ISLAM! YG MENGIKUT SUNNAH WA JAMAAH (persetan dgn Shiah)
Imam Jaafar lah guru kepada Imam Abu Hanifah..yg dgn Ilmunya..terdirinya Mazhab Hanafi.
Imam Jaafar juga guru kpd Imam Malik..yg menjadi ikutan hingga terdiri Mazhab Maliki...
(imam Malik sendiri guru kpd Imam Syafie..)
Ibu Imam Jaafar adalah cicit kpd Syaidina Abu Bakar As Sidiq (Umm Farwah)
manakala Bapa Imam Jaafar pula adalah Cicit kpd Syaidina Ali Karamallahu wajhah..
JADI ..INI BUKAN CALANG CALANG ORANG!
Pakar SAINS! - Imam Jaafar bukan sja pakar Ilmu2 Islam...tapi..pakar Sains..hinggakan murid Imam Jaafar dlm bidang kimia...Jabir Ibn Hayyan ..digelar GEBER oleh org barat. ( great alchemist)..
..begitu juga Matemetik dsbnya!
JADI....Pemikiran, ilmu, otak Imam Jaafar As Sadiq ..ni pastinya melebihi Tuan abcd....Malahan soalan soalan yg difikir, yg ditanya Imam Jaafar As Sadiq pasti jauh lebih rumit drp soalan soalan Tuan abcd..
Lalu..Org Bertanya Imam Jaafar : ADAKAH KAMU MELIHAT ALLAH?
Jawab Imam Jaafar : "Bagaimana aku menyembah (solat) kalau aku tidak melihat ALLAh? ! "
Kita kena faham...."melihat Allah" adalah selari dgn Ayat Allah dlm surah Al Hajj ayat 22..
![](http://khalifahgayong.files.wordpress.com/2010/04/hajj46.jpg?w=500)
Sesungguhnya "BUTA" tu...bukannya tidak melihatnya MATA kepala.....TAPI YG BUTA itu adalah BUTA "al kulubullati fisuddur"..MATA HATI YG DUDUK DALAM DADA!
Bila kita mencari Allah.....JANGAN BUTA!
JANGAN BUTA...JANGAN BUTA MATA HATI!..& MATA HATI TU DUDUKNYA DI DALAM DADA!
& DENGAN MATA HATI ITULAH...ALLAH AKAN KITA LIHAT!...& barulah dapat kita menyambah!
You are very lucky Tuan abcd....Allah sentap hati tuan..Suruh cari Allah! .....Tak seperti ramainya org yg "mengaku slam"..take 4 granted..lahir Islam..Tapi BUTA!
Bagaiman menyembah bila buta???
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua.
Saya perjelaskan kefahaman saya berdasarkan ilmuNya meliputi keseluruhan makna kesempurnaan ciptaanNya.
Yg pertama, utk memahami makna ciptaan2 Allah adalah meliputi setiap makhluk ciptaanNya samaada makhluk itu dikatakan oleh manusia sebagai benda hidup atau benda bukan hidup.
Yg ke dua, utk melihat Allah di alam dunia adalah mustahil dan hanya boleh berlaku jika berada di alam yg sepatutnya dgn izin Allah mengikut undang2 dan ketetapanNya.
Yg ketiga, jika mahu menyembah Allah hanyalah dgn memahami makna iman iaitu mendengar dan mentaati perintah Allah.
Cukuplah secebis ringkasan kefahaman. Perumpamaan mencari jawapan atas maksud ciptaanNya adalah apa jua perkara yg dinyatakan olehNya di dlm Alquran itualah ciptaanNya yg paling sempurna. Mencari suatu method kefahaman yg sudah dinyatakan di dlm Alquran samaada berbentuk kejahatan atau ketaqwaan, semuanya diilhamkan olehNya kpd sesiapa jua yg diberikan akal olehNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah..
Tahniah saudara kerana berusaha mencari kebenaran..
Insyaallah.. Anda akn ketemui... Kebenaran yg pasti...
Tahniah.... Dan sy doakan anda berjaya temui kebenaran yg dicari...
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga tt dipermudahkan....cer baca buku tulisan Dr Danial Zainal Abidin...lupa tajuk buku ...dlm buku tu byk cerita psal Al Quran dan sains.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika betul2 mahukan jawapannya, kenalah ada usaha yang sangat gigih. Jika sudah bersedia, bolehlah lapangkan masa dan ikuti kuliah yang membahaskan ilmu tauhid melibatkan agama Islam dan banyak menyentuh tentang pegangan ateis, Hindu, Kristian unitary, Kristian trinity, Sunda Wiwitan, agama Batak, agama La Galogo, agama Mesir Kuno, agama Yunani dan sebagainya.
Semuanya ada dalam kuliah pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin. Rakamannya ada di Youtube. Semua yang di atas termasuklah penjelasan kepada golongan ateis boleh ditonton bermula fail ke-549 sampailah fail ke-616. Tuliskan di Youtube "syarah ihya 549" dan seterusnya.
Semoga bermanfaat buat semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
insyaALLAH...
ISLAM adalah sangat indah.
Kenali ISLAM sebelum Kenali PENGANUTNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
habakuk posted on 21-3-2014 08:30 PM ![](static/image/common/back.gif)
sesungguhnya anda dalam pencarian....
golongan aties nih tak percaya dengan kewujudan tuhan(Penci ...
1.kaji tentang konsep agama itu..
2.kaji dari mana sumber datangnya agama itu..apakan sumbernya masih asli atau sudah berubah.
3.kaji siapa yang membawa agama itu..
4.kaji kaji kaji sampai anda menemui KEBENARAN..
5.mintak petunjuk kepada TUHAN YANG MENCIPTA ALAM SEMESTER ini, ketika anda yakin wujudnya PENCIPTA ALAM... Ini satu cadangan yang teratur dan hebat. Tapi memerlukan masa dan usaha yg gigih. Saya akan ingat dan cuba apa yg habakuk cadangkan ni. tapi mungkin bukan dalam masa terdekat sebab memerlukan ketekunan dan usaha yang gigih.
apa2 pun, terima kasih atas kejujuran dan masa yang diluangkan habakuk untuk memberi pendapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
anwarnuwa posted on 22-3-2014 08:49 AM ![](static/image/common/back.gif)
wah. kamu hebat. walaupun atheis tapi memahami hakikat kewujudan tuhan. berbanding dengan sesetengah ...
ateis barat percaya bahawa segala yang terjadi adalah kerana evolusi berkaitan sains. mereka percaya bahawa Tuhan mereka (Jesus) telah mati ketika saat Dia disalibkan. Jadi, bagi mereka tiada sebab untuk mereka menganut agama kristian. Ini sekaligus telah menyebabkan penganut2 kristian tidak lagi berpaksi di landasan agama kristian dengan betul. mereka lebih parah dari islam.
kemudian, fikiran mereka sudah dicemari dengan pengikut2 dajjal illmuninati. pengikut2 dajjal ini kemudian menyebarkan ideologi dan budaya mereka. mereka sebarkan bahawa sesuatu yg terjadi adalah kerana evolusi.
Mereka juga percaya bahawa syaitan adalah lebih mulia dari Tuhan kerana bagi mereka, syaitan hanya akan mengorbankan seorang manusia yang tidak bersalah sebagai hukuman penebus dosa, tapi jika Tuhan, mereka terpaksa menerima hukuman yang 'lebih syaitan' yang tidak setimpal dengan kesalahan mereka.
penyebar2 illuminati ini juga menggunakan cara 'hipnosis' ketika menyebarkan sesuatu, iaitu dengan cara memanipulasi otak seseorang dengan menyangka bahawa apa yg dikatakan itu adalah benar.
Contoh, jika seseorang penganut agama mengatakan bahawa angin tidak boleh dilihat, manakala penyebar ideologi syaitan ini akan memanipulasikan ayat tersebut dengan mengatakan bahawa, angin BOLEH dilihat dengan cara melihat objek2 ringan berterbangan dan bergerak seperti kertas, rambut, debu, asap dan sebagainya. TETAPI pada hakikatnya, itu BUKAN melihat, sebaliknya MERASA.
lihat, betapa bijaknya pengikut2 dajjal ini bermain permainan yang halus.
mereka yang jadi mangsa sebegini biasanya hanya mendengar tanpa berfikir.
tetapi bagi saya, saya sangat susah mendengar tanpa berfikir. kerana antara hobi saya adalah berfikir. mungkin disebabkan inilah ideologi saya lain berbanding mereka yang tidak pernah berfikir dan hanya mengatakan "ya" pada sesuatu....
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 23-3-2014 06:32 PM ![](static/image/common/back.gif)
Assallamualaikum warahmatullah Tuan abcd..
saya bersyukur kerana ada orang seperti saudara burungantu di sini yang memberi komen2 cukup ilmiah. terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk menjawab pertanyaan saya...
Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara burungantu bahawa jika ingin mencari apa2 sahaja kebenaran, perkara pertama adalah tidak buta mata hati. kerana jika buta mata hati, saya pastilah tidak akan nampak perkara2 yg benar. maksudnya, jika saya sudah tahu sesuatu itu adalah benar, tetapi dikeranakan sifat2 seperti hipokrit (tidak mahu mengaku salah sendiri), ego, bodoh dan lain2nya menyebabkan saya tidak akan mampu mendapat kebenarannya.
memang sebenarnya saya sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yg menilai sesuatu menggunakan mata hati, kematangan, kebijaksanaan, logik dan pemikiran yg di luar jangkaan.
tetapi begitu banyak persoalan2 dari saya yang tidak dapat dijawab oleh manusia biasa... dan ini menyebabkan pencarian saya terhalang dengan sendirinya....
mungkinkah benar bahawa saya di 'bisikkan' untuk mencari Allah.... tetapi banyak soalan2 yg menyebabkan pencarian saya terhalang..
Last edited by abcd on 12-4-2014 10:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
pasarmalam posted on 29-3-2014 11:09 PM ![](static/image/common/back.gif)
Jika betul2 mahukan jawapannya, kenalah ada usaha yang sangat gigih. Jika sudah bersedia, bolehlah l ...
ikuti kuliah yang membahaskan ilmu tauhid melibatkan agama Islam dan banyak menyentuh tentang pegangan ateis, Hindu, Kristian unitary, Kristian trinity, Sunda Wiwitan, agama Batak, agama La Galogo, agama Mesir Kuno, agama Yunani dan sebagainya.
ini juga idea yg bagus... saya dapat rasa ini adalah antara idea yang effective untuk usaha saya meneruskan pencarian pencipta saya dan komen seperti inilah yang saya inginkan iaitu sentiasa memberi saya pelbagai jenis pilihan yg boleh dilakukan.
semoga dengan kepelbagaian pilihan2 yg diberikan oleh anda semua dapat mempermudahkan pencarian saya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|