View: 5549|Reply: 65
|
[Tempatan]
Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa
[Copy link]
|
|
MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa
SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM140 juta bagi menaikkan taraf Stadium Shah Alam supaya setanding dengan stadium antarbangsa.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata RM70 juta daripada peruntukan terbabit akan disalurkan melalui fasa pertama dan bakinya untuk fasa kedua.
“Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan fasa pertama RM70 juta dan bakinya bagi fas kedua dalam usaha menjadikan Stadium Shah Alam sebagai stadium yang mempunyai kelengkapan setaraf dengan stadium terkenal di dunia.
10“Kita berharap akan dapat menjadikan stadium ini tempat pertandingan membabitkan pasukan antarabangsa seperti Piala Asia dan pertandingan yang setaraf dengannya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan perkembangan kerja menaiktaraf Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, fasa pertama kerja menaik taraf itu membabitkan isu keselamatan stadium seperti semakan ke atas sistem paip, sistem wayar, paip bomba dan kamera litar tertutup, manakala fasa kedua terdiri daripada kerja mencantikkan antaranya menggantikan kerusi, warna serta reka bentuk bilik.
Abdul Khalid berkata, kerja menaik taraf itu juga membabitkan kerja melengkapkan padang stadium itu dengan sistem yang mampu menyerap kelembaban padang hanya dalam masa kurang satu jam jika berlaku hujan lebat dan membaiki bumbung stadium.
“Kita sudah membelanjakan lebih RM650 ribu untuk mengemaskini dan memperbaiki bilik persalinan pemain dan tandas awam. Kita juga sudah membetulkan bumbung stadium yang tidak lagi tahan sebab sudah terlalu lama,” katanya.
09“Fasa pertama kerja menaik taraf itu dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini sebelum fasa kedua boleh dimulakan. “Bagaimanapun, Stadium Shah Alam boleh mula digunakan pada hujung bulan ini dengan perlawanan pertama kita menjadi tuan rumah kepada pasukan Kelantan, pada 22 Mac ini,” katanya.
perhatian....
Last edited by slippergombak on 19-3-2014 01:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tengoklah cara orang execute projek. ada pemantauan, ada pengawasan... kalu BN... habis jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
taikor posted on 19-3-2014 01:04 AM
tengoklah cara orang execute projek. ada pemantauan, ada pengawasan... kalu BN... habis jahanam
tak semua...
pembinaan MRT tu masih lagik okay...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang stadium selayang pun dah naik taraf arituh sesuai untuk kejohanan match asia sementara stadium shah alam disiapkan....
pelik.... stadium bukit jalil tak siap2 ... |
|
|
|
|
|
|
|
mau jadi level international? kena adakan konsert cam woodstock....... pastu ada at least 20-30 org mati baru femes |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Beliau berkata, fasa pertama kerja menaik taraf itu membabitkan isu keselamatan stadium seperti semakan ke atas sistem paip, sistem wayar, paip bomba dan kamera litar tertutup, manakala fasa kedua terdiri daripada kerja mencantikkan antaranya menggantikan kerusi, warna serta reka bentuk bilik.[/quote]
sangat professional & systematic
nagi puak bala negara pulak, istilah upgrade bermaksud hanyalah pembaikan kosmetik semata
dah siap upgrade dengan harga berganda2 mark-up, akan kedengaran berita syiling runtuhlah, paip bocorlah macam kes bangunan parlimen tu |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kepada merancang. moga berjaya/sukses. |
|
|
|
|
|
|
|
Beza kerajaan yg ditadbir pakatan rakyat dengan bn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pengurusan sampah jugak abe Khalid.......... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau negeri bn yang buat mesti macai pr ratib membazir ranking bola 141 gigih nak bertaraf antarabangsa bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu ni lawan kelantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pedulik apa pasal stadium..aku nk air percuma 50m padu!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg iri hati nanti...kalau dah nama pembngkng tu keje nak membangkang je...mesti BN selangor bising2 kat tv3 ckp crony involve la, peruntukan patut salur ke masjid la anak yatim la... |
|
|
|
|
|
|
|
usaha yg baik tan sri khalid..
|
|
|
|
|
|
|
|
bfemmamaembong posted on 19-3-2014 07:19 AM
aku pedulik apa pasal stadium..aku nk air percuma 50m padu!!!!!!!!
tapi air tak bersih
kuning
aku sanggup bayar janji air bersih
|
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 19-3-2014 08:13 AM
tapi air tak bersih
kuning
aku sanggup bayar janji air bersih
aku duk KL...air kena bayar...ngarot laa kalo kata air berbayar ni konfom jernih suci & bersih
|
|
|
|
|
|
|
|
org Selangor dah lama tau MB khalid ni bagus...macai baru skg ni laaa terhegeh2 nak sapot khalid
|
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 19-3-2014 08:13 AM
tapi air tak bersih
kuning
aku sanggup bayar janji air bersih
hahaha..rumah orang lain air bersih je..rumah kau air kuning?? kesiannye wei |
|
|
|
|
|
|
| |
|