|
FUTURE Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) barangkali bukan asing lagi bagi peminat muzik. Bahkan festival ini turut mendapat sambutan dari peminat-peminat muzik seluruh dunia.
Namun malam kedua konsert tersebut berakhir dengan tragedi apabila enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar, yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu.
Biarpun festival tersebut diadakan secara tertutup dari 13 Mac hingga 15 Mac dengan membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, namun berita kematian tersebut bagai 'membuka' segala isi berkaitan konsert tersebut.
Ia juga menjadi satu isu besar di kala hampir seluruh dunia bersimpati dengan kehilangan pesawat MH370 sejak seminggu lalu.
Oleh itu, bagi mengelakkan perkara sama berulang, bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia, yang juga Pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan berkata, pihak berwajib seharusnya melibatkan AADK dalam setiap konsert terutamanya melibatkan golongan remaja.
Katanya, masalah penyalahgunaan dadah dan juga alkohol di kalangan remaja hari ini sememangnya bukan perkara baharu. Justeru sekiranya AADK diberi peranan untuk terlibat dalam konsert yang melibatkan banyak remaja berkumpul, masalah seperti ini barangkali dapat di atasi.
"Sebenarnya tidak salah jika kita nak layan muzik, tapi biarlah dengan cara yang betul. Bagi sesetengah remaja, mereka rasa lebih seronok jika layan muzik dengan meminum arak, mengambil dadah dan sebagainya.
"Bagi mereka cara ini telah lama diamalkan di barat. Tapi mereka kena sedar, kita berada di Malaysia dan budaya kita berbeza dengan budaya barat.
"Ada sesetengahnya pula tidak tahu bahaya dan kesan jika mengambil dadah dan bercampur dengan minuman seperti alkohol sehinggalah ia mendatangkan mudarat kepada diri mereka sendiri," katanya kepada Zass.
Zed berkata, biarpun kempen kesedaran mengenai dadah telah di buat sejak mereka masih bersekolah lagi, namun kerana pengaruh rakan sebaya, ada ketikanya mereka tidak mengambil berat mengenai perkara ini.
"Selain melibatkan AADK dalam konsert di mana membantu untuk memantau penonton yang hadir, kempen kesedaran pula perlu diadakan sehingga ke peringkat universiti.
"Bagaimanapun dengan terjadi perkara yang tidak dijangka seperti ini (kematian enam orang serentak akibat dadah), dapat memberi kesedaran kepada semua remaja agar tidak cuba-cuba mendekati najis dadah," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|