View: 6171|Reply: 60
|
[Tempatan]
{5} BRIM akan di bayar secara bulanan?
[Copy link]
|
|
16 Mac 2014
IPOH: Kerajaan sentiasa berusaha meringankan beban rakyat termasuk menambah baik mekanisme pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang antara lain mempertimbangkan pembayarannya dibuat mengikut suku tahun kewangan atau secara bulanan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mekanisme baharu itu dibawa untuk diputuskan oleh Kabinet.
"Kita belum buat keputusan tetapi perkara ini telah dibawa ke Kabinet. Besar kemungkinan kita akan beralih kepada sistem baharu tetapi keputusan hanya akan dibuat oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Radio PerakFM di sini, hari ini.
Katanya, langkah itu bagi membolehkan penerima BR1M menikmati bantuan secara berterusan sepanjang tahun.
"Kalau kita bagi sekali dia akan belanja habis. Tapi kalau kita bagi secara bulanan atau mengikut suku tahun, dia boleh belanja (lebih lama)," katanya.
Ahmad Husni berkata, BR1M diperkenalkan bagi membantu rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup.
"Kita buat kajian dan mendapati kedudukan fiskal kita boleh dikukuhkan. Itu dipanggil penyatuan fiskal. Untuk kita kukuhkan fiskal ini salah satu aspek yang kita lihat adalah berkenaan dengan subsidi," katanya.
Katanya, ketika ini subsidi dinikmati semua golongan termasuk mereka yang tidak memerlukan bantuan daripada kerajaan.
"Kalau kita boleh buat rasionalisasi subsidi, kita ada simpanan dan siapa yang patut dapat? Katakanlah orang yang berpendapatan RM4,000 ke bawah yang patut menikmati subsidi, jadi kita pindah kepada mereka. Sekarang ini kita jadikan BR1M sebagai instrumen itu.
"Rasionalisasi subsidi bagi RON95 kita tengah buat. Kita ada model dan kita akan bentangkan kepada jawatankuasa berhubung polisi fiskal dan kita akan buat keputusan berapa jumlah (subsidi) yang kita akan turunkan. Besar kemungkinan secara beransur-ansur, terus sahaja subsidi RON ini kita berhentikan," katanya.
Beliau berkata, menurut kajian, subsidi RON95 adalah sebanyak RM14 bilion dan jika rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan boleh menggunakan wang berkenaan untuk pelbagai tujuan termasuk pemberian BR1M dan pembangunan.
"Kita buat kajian subsidi RON95 adalah sebanyak RM14 bilion. Setelah kita bagi BR1M, kita masih ada kira-kira RM4 bilion yang kita boleh guna untuk pembangunan," katanya.
- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
menggalakkan rakyat menjadi pemalas!... brim brom xsudah2 |
|
|
|
|
|
|
|
naja sokong kasi bulanan
klu jadi kenyataan
PRU akan datang naja genti undi UMNO |
|
|
|
|
|
|
|
Brim rm650..tolak insurance rm600/12: rm50...
Klo byran per month nmpk sikit sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Usually the public don't see them shopping. At times like this, they are out shopping? While the rest of other countries try to gather their manpower to find the plane, what is this fella doing? Not helping by not providing information and turning down help from US interpol and FBI to speed up the recovery of the plane. Where is his priority? Send bomoh on his behalf. |
|
|
|
|
|
|
|
abih yg dapat RM300. RM450 haritu, bulan2 dapat berapa lah? |
|
|
|
|
|
|
|
PRK Kajang is just around the corner? i see... |
|
|
|
|
|
|
|
Gitewwwww
Gerenti undi bn katenye |
|
|
|
|
|
|
|
sayangi umno yakini merah jambu |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN posted on 16-3-2014 10:30 PM
abih yg dapat RM300. RM450 haritu, bulan2 dapat berapa lah?
yg dapat rm300 tuh... tiap2 hujung bulan beratur kat kaunter pejabat pos collect RM25 setiap bulan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit tu celah gigi kerajaan jer.... Buduh! Harga barang naik melambung, minyak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus juga...tapi ada yg terussss malas kerja.... |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo posted on 16-3-2014 09:08 PM
Brim rm650..tolak insurance rm600/12: rm50...
Klo byran per month nmpk sikit sgt... elok jugak dibayar bulanan masuk dalam akaun bank
masuk jugak RM50/bln,
janji kerajan nak naikkan sehingga RM100/bln = RM1200/thn dlm tempoh 5 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masuk bulan2? Macam bukan BR1M dah, lebih ke gaji bulanan. |
|
|
|
|
|
|
|
archaic_girl posted on 17-3-2014 02:55 PM
Masuk bulan2? Macam bukan BR1M dah, lebih ke gaji bulanan.
kearah negara berpendapatan tinggi.
selain dari gaji yg berpendapatan rendah, kerajaan bantu dengan BR1M sebagai pendapatan tambahan.
itu matlamat subsidi bersasar umtuk golongan berpendapatan rendah, selama ini subsidi dibayar secara pukal seperti subsidi barangan makanan dan minyak yg turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi atau golongan kaya dan warganegara asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
xperlu....kalo setahun skali baru teruja |
|
|
|
|
|
|
| |
|