CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 4-5-2015 06:03 PM | Show all posts
Welcome back Muaz

Tp rs sian plk kt zhafran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 10:28 AM | Show all posts
ala tetap nak sokong muaz
sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 10:45 AM | Show all posts
muaz blh welcome back tp...jgn la pisahkan zhafran...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:16 AM | Show all posts
sang_arjuna replied at 3-5-2015 01:57 PM
Sebaik saja Azalea selesai memberi taklimat dan tugasan pada pelajarnya, Kerina mengheret Azalea m ...

muaz is back
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 11:59 AM | Show all posts
welcome to Muaz ?  


Smiley, pls remember ye!   
Memang tajuk Cik Yah & Che Mamat...
TAPI cakap orang melayu Jangan Tengok Isi Kandung Buku Melalui Tajuk..??


Ohhh plssss...jangan pisahkan Lea dgn Zhafran ye!  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
I think muaz is meant to be with azalea
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-5-2015 11:34 AM | Show all posts
Tenkiu semua yg membaca dan memberi komen, kaka sgt hargai

Bab 32

Azalea menyemak  survey yang sudah siap dan memberi komen pada pelajarnya. Rata rata dia berpuas hati dengan kerja mereka. Nasib baik dia dapat kumpulan yang rajin dan boleh bekerjasama. Ramai juga pelajar jurusan komunikasi yang gila glamor dan kaki bangkang. Buat pensyarah pening dan naik angin!

“ Nelly, bagi satu borang survey. Biar saya tolong temuduga jiran jiran di sini”  

Nelly  senyum lebar “ Terimakasih Puan. Ringan sikit kerja kita orang. Puan nak  survey pemilik homestay atau bukan pemilik?”

“ Bukan pemilik.” Setahunya Budin ada kedai runcit dan stesen minyak. Mengikut cerita Mak Yan dan Pak Ali, Budin  orang berada  di Kampung Api Api. Tanpa lengah Azalea mengambil  borang dan bergerak ke arah rumah batu yang mengadap jalan raya. Ada debaran di dada nya yang tak dapat di jelaskan. Aku ni berharap sangat kah yang lelaki itu Muaz? Oh.. tidak! Bukan mendatangkan apa apa faedah bagi aku pun.  Azalea terbayang wajah ibubapa Muaz. Tentu nya  kenduri kambing golek 10 hari 10 malam kalau anak kesayangan di temui.

“ Apasal kau nampak nervous?” soal Kerina. Dia mempercepatkan langkah agar bersaing dengan Azalea. Macam nak ke medan perang kawan aku ni.

“ Nervous ke? Aku risau juga kalau klon Muaz tu mengamuk. Cara Mak Yan cerita macam dia tak berapa betul”

“ Kau ingat dia akan mengamuk ke? Kalau macam tu aku takut nak pergi. Tak pasal pasal aku tak sempat nikah nanti”

“ Keri, kau tak payah ikut. Aku pun tak nak apa apa jadi kat kau. Don’t worry, I can handle it myself”  Azalea menepuk bahu Kerina. Kerina nampak serba salah, takut memang takut. Tapi kalau tak ikut, tak dapat lah cerita secara “live”. Cerita versi Azalea nanti tentu kena edit.

“ Ah,  dah  nak sampai pun. Let’s go!” putus Kerina. Dari luar, rumah Budin kelihatan cantik dan moden berbanding rumah rumah lain di situ.

“ Bismillahirrohmanirrohim” Ucap Azalea. Dia menarik nafas dan mengetuk pintu depan. Tak lama kemudian pintu di buka oleh seorang wanita separuh baya. Gelang tangan bersusun dan rantai leher mas pukal tebal macam tali ikat kerbau!

“ Cari siapa?” Nada suaranya keras. Sesuai dengan riak muka nya yang sombong. Macamlah kita datang nak minta derma, desis Azalea dalam hati.

“ Assalamualaikum Puan. Saya Azalea pensyarah dari Universiti Putra dan ini kawan saya Kerina. Saya di tugaskan oleh Datuk Saberi Sapian untuk buat survey tentang homestay di sini. Boleh saya temubual Puan dan suami Puan?” Orang bajet hebat ni kena sebut nama Datuk Tan Sri baru nak layan kita.

“ Jemputlah masuk. Suami saya tengah solat. Saya  Salmi. Panggil Kak Sal.“  Betul pun tekaan Azalea. Wanita bergincu merah itu menghadiahkan senyuman manis. Dia dan Kerina melangkah masuk ke ruang tamu yang di penuhi perabut gaya Itali. Perhiasan kristal di setiap sudut bukan main berkilauan lagi.  Dia tercari cari kelibat Mat tapi hampa.

“Ha … itu dia suami saya Tuan Haji Shahbudin. “ Lelaki berbadan gempal itu menaikkan kening pada isterinya seolah bertanya siapa gerangan tetamu mereka. Azalea  bangun dari sofa empuk dan memperkenalkan diri mereka dan memberi kad nama.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2015 11:38 AM | Show all posts
“ Apa khabar Tuan Haji? Maaf lah kami menganggu. Kami datang untuk tanya pendapat Tuan Haji pasal kegiatan pelancongan  seperti homestay”

“ Panggil saja Pakcik Budin, tak payah  ber tuan haji. “ Budin melabuh duduk di sofa dan mengenakan cermin mata.

“ Kita tak buat homestay, tak suka lah orang luar keluar masuk rumah. Mana nak tahu orang tu jahat atau baik? Silap silap dapat penyamun. Rumah ni banyak barang mahal, takut pecah atau hilang. Barang ni semua bukan senang nak cari, banyak yang kita beli obersee.” Salmi bersuara panjang lebar sambil tangannya yang bergelang tebal menunjuk perhiasan dalam ruang tamu.

“ Saya faham kenapa Kak Sal tak buat homestay. Ya lah, rumah cantik macam ni susah juga nak jaga kan?” Azalea mengambil hati isteri orang kaya kampung.

“ Betul! Orang gaji pun Kak Sal tak percaya, apa lagi nak bagi orang yang kita tak kenal duduk sini. Lagipun duit kita dah cukup”

“Sal, buat lah air untuk budak budak ni” Budin memotong cakap isterinya. Si Salmi ni dah mula “over”. Riak dan takbur tak ingat Tuhan.

“ Mana si Mat? Keluar merayau lah tu. Humphh.. tak boleh harap!” dengus Salmi

“ Tak payah susah susah, kita dah minum” pintas Kerina.

“ Kamu ni Sal, takkan Mat nak buat air untuk tetamu? Lagipun Abang  suruh Mat ke kedai. Hari ni stok sampai dari gudang” Azalea dan Kerina bertukar pandang. Kecewa uols. Tak dapat lah nak tengok Mat.

“Hmm… Azalea nak tanya apa lagi pasal homestay? Rumah Pakcik ni bukan homestay tapi Pakcik sokong jiran jiran yang buat  homestay. Ramai orang luar datang ke sini, baru hidup kampung ni. Kalau tak sunyi sepi saja.”

“ Tapi  ada juga pelancong yang kurang ajar. Buat bising sampai tengah malam, pakai baju tak cukup kain, tayang kaki tayang dada. Yang tu saya tak suka. “ Salmi mencelah. Azalea mencatit semua poin di kertas survey. Dia terus bertanya beberapa soalan lain walaupun hatinya tergaru garu nak buka topik tentang klon Muaz.

“ Pakcik Budin dengan Kak Sal tinggal berdua saja di rumah ni?”

“ Anak kami seorang saja. Bila dah kahwin dia ikut suami dia ke KL.”

“ Mat tu siapa pula, Pakcik?”

“ Entah siapa  Pakcik ni pergi kutip. Dah lah kepala tak betul. Buat perabih beras saja” omel Salmi dengan mulut terjuih.

“ Sal! Tak baik cakap macam tu. Sejak Mat duduk dengan kita lah rezeki kita bertambah. Maaf ya, Azalea , Kerina. Sebenarnya Mat tu anak angkat Pakcik tapi bukanlah budak kecil lagi. Pakcik dah tua, mana nak larat jaga anak kecil. Mat tu dah besar panjang orangnya. Senang sikit kerja pakcik bila dia ada, banyak benda dia tolong buat.”

“ Macam mana Pakcik jumpa dia?”

" Satu hari tu, Pakcik pergi memancing naik bot dengan kawan kawan ke Pulau Tapai. Memancing tu hobi Pakcik. Kita orang terjumpa lelaki terdampar di pantai. Ingatkan dah arwah rupanya masih hidup. Pakcik pun bawa lah dia balik. Dia dah hilang ingatan, yang dia ingat nama dia Mat. Mykad pun dah hilang.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah muaz mengingati azalea?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2015 11:41 AM | Show all posts
Seolah di seru, lelaki bernama Mat menjenguk dari pintu dapur. Nafas Azalea terhenti. Memang sebijik rupa Muaz! Cuma bukanlah klon 100%…. Ini versi hero kampung. Spontan dia mencuit tangan Kerina.

“ Ha.. itu dia anak kesayangan Abang dah balik. Mat, apa jenguk jenguk tu? Tak pernah tengok perempuan? “ Mata Salmi mencerlung.

“ Mat… mari ke depan jumpa tetamu. Sal , kering dah tekak abang dengan tetamu kita. Pergilah buat air” Budin mula naik geram dengan Salmi yang celupar. Depan tetamu pun nak melaser saja kerjanya. Kasihan Mat! Salmi bingkas bangun dengan muka merah.

Langkah Mat perlahan dan sedikit canggung. Mungkin ada kecederaan di kakinya, teka Azalea.

“ Mat, duduk lah” Budin menepuk kerusi di sebelahnya. “ Ini Azalea dan Kerina dari Kuala Lumpur”

Azalea senyum segaris dan mengangguk. “ Apa khabar Mat?”.  Mata Mat tidak berkelip memandangnya.

“ Mat sihat. Tadi Mat makan KFC di pekan. Pakcik Aman belanja. Sedappp!” Matanya bercahaya kegirangan sambil menunjukkan ibu jari. Senyum lebarnya menampakkan gigi depan yang sudah rongak.  Lagak nya macam kanak kanak riang walaupun tuturkata nya sempurna.

Azalea rasa sayu sekali. Tubir matanya bertakung. Makin lama berdepan dengan Mat, dia makin yakin  yang Mat =Muaz.  Macam mana reaksi Datuk Zaki dan Datin Sakinah nanti kalau bertemu Mat? Harap mereka dapat menerima Mat seadanya. Lagipun tentu ada rawatan psikiatri yang boleh pulihkan lelaki ini.

“ Sedap ya? Nanti kita bawa Mat makan di sana lagi, nak?” Kerina mempelawa.

“ Nak. Tapi bukan hari ini lah. Mat kenyang lagi “ Mat masih memerhati Azalea yang terkedu tak terkata.

“ Okay, Mat. Malam ini Mak Yan nak bakar satay. Mat datang makan di rumah Mak Yan”

Senyuman Mat makin lebar. “ Boleh tak Abah? Mat suka Mak Yan. Dia pandai masak, dia baik. Tak macam mak kita, masak tak sedap.”

Jujur nya kau Mat. Azalea tersengih. Mata mereka bertembung. Mat menegakkan duduk tiba tiba.

“ Mat pernah jumpa kakak.. Kakak ni” Jari telunjuknya di tuju arah Azalea. Teruja sungguh gayanya.

“ Iya kah, Mat? Muka sama kot” Budin mengusap belakang Mat,  cuba menenangkan anak angkatnya. Risau juga kalau angin pus pus Mat datang depan tetamu.

“ Taaakkk, sumpah Mat kenal dia. Ini lah kawan Mat, nama dia Yah. Yeay yeay! Mat dah jumpa Yah!”



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2015 11:43 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-5-2015 11:39 AM
Adakah muaz mengingati azalea?

amboi.... cepatnya komen

jawapan ada di bawah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 01:38 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 10-5-2015 11:43 AM
amboi.... cepatnya komen

jawapan ada di bawah

kesian kat mat
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 04:06 PM | Show all posts
ye ye mat dah jumpa Yah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:55 AM | Show all posts

kesian mat...  

harap azalea cepat beritau datuk datin soh amek mat dari mak sal...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:12 AM | Show all posts
semakin takut dgn hubungan lea n zhafran....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 10:26 AM | Show all posts
che yah dan che mamat dah kembaliiiii.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 11:53 AM | Show all posts
apa jadi pada muaz?
hilang ingatan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:15 PM | Show all posts
mula2 tengok tajuk macam x best, tapi bila baca, terus jatuh cinta.....
Thanks kak Juna....sila sambung lg....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 11:02 PM | Show all posts
Huhu...sian muaz

Huhu...sian zhafran

Kaka...nak lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 03:11 PM | Show all posts
yes!
muaz is back!
#teammuaz

sambung kakkkkk pleaseeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.450608 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list