CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 18-3-2015 01:38 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 18-3-2015 01:35 PM
Sebaik sampai ke rumah dia masuk ke bilik untuk mandi dan solat. Doa di panjatkan agar di permudahka ...

Best... sbg lagi..
wanita yg baik utk lelaki yg baik.....
so bye bye muaz & qayyum....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 02:39 PM | Show all posts
ala tapi saya still prefer muaz
sebab muaz tengah nak menuju kebaikan
ehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 02:56 PM | Show all posts


single jelah dulu lea....takde pening...

cer test zhafran mcm mar test agus...7 kali pinang baru terima.....  


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 05:43 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 18-3-2015 12:49 PM
kena tulis camtu ke kat borang?
janda saja tak boleh?

ntah..xpasti plak..kat borang tu mmg ada JB..

janda , JB kan xsama tu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah...  Lea dh sambung pengajian kt London seperti yg dia impikan...  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 10:12 AM | Show all posts
awanjingga replied at 18-3-2015 05:43 PM
ntah..xpasti plak..kat borang tu mmg ada JB..

janda , JB kan xsama tu..


ooh..serious kena declare kalo mmg janda berhias?  

kalo dlm kes lea ni, dia mmg janda berhias, tp saja tulis status janda takleh ke?




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2015 03:14 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 18-3-2015 01:35 PM
Sebaik sampai ke rumah dia masuk ke bilik untuk mandi dan solat. Doa di panjatkan agar di permudahka ...

Talakkkkkkkkkkkkkk tiga.

Sob sob.


kenapa cheq tak boleh move on.


adakah lea akan ending dgn zafran  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 03:33 PM | Show all posts
Edited by awanjingga at 19-3-2015 03:35 PM
UsuFie replied at 19-3-2015 10:12 AM
ooh..serious kena declare kalo mmg janda berhias?  

kalo dlm kes lea ni, dia mmg janda berhia ...

ntah le usu..



tpi janda berhias ,  x ada tempoh iddah kan?..

jnda biasa kan ada tempoh iddah..sbb tu kena declare JB.. kalo lps kena cerai nk kawen dgn Zhaf.
kalo dh bertahun tu xtau le..sbb ada setengah negeri kalo jnda mas kawennya separuh kan..






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2015 02:07 PM | Show all posts
zhafran pn ok gak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin dgn zafran dulu..mesti zafran akan mati lps tu jumpa balik dgn muaz..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 06:42 PM | Show all posts
bila nak ada sambungannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 01:28 PM | Show all posts
tt bila nak sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:11 AM | Show all posts
freddianza replied at 19-3-2015 03:14 PM
Talakkkkkkkkkkkkkk tiga.

Sob sob.

tengok la camner
bergantung pada malas atau tidak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:22 AM | Show all posts
kakZue replied at 20-3-2015 04:11 PM
Kawin dgn zafran dulu..mesti zafran akan mati lps tu jumpa balik dgn muaz..

atau qayyum buat comeback
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:25 AM | Show all posts
Bab 26

“ Kenapa Papa kejam sangat? Why can’t you accept her? Zahira dah jadi isteri Muaz yang sah.”

“ Papa tak nak cakap pasal isteri Muaz. She is not important. Papa panggil Muaz sebab nak tahu pasal Villa Hammara. Bagaimana dengan pembinaan fasa kedua? "

“ It is progressing according to schedule. Tak ada apa masaalah. Construction team kali ini memang bagus. Insyaallah tiga bulan lagi semua siap dan dapat CF. ”

“ Papa nak Muaz pergi ke sana besok. Walaupun contractor bagus, Papa tak nak ada cost overrun.”

“ Okay. Er… Papa, malam ni kita keluar dinner bersama dengan Zahira….”

“ NO! Papa tak nak tengok perempuan itu sampai bila bila! Walaupun dia isteri kamu tapi Papa dan Mama tak terima dia sebagai ahli keluarga kami. ”


Perbualan bersama bapanya beberapa hari lalu masih terngiang ngiang di telinga. Kerasnya hati Papa dan Mama. Sudahlah mereka tidak membuat sebarang jamuan untuk menyambut menantu, Zahira langsung tidak pelawa datang ke rumah. Muaz tahu Zahira pasti rasa kecil hati walaupun tidak di tunjuk. Kasihan! Dia membelai rambut Zahira yang masih nyenyak di sisi.

“ Baby, its time to wake up” bisiknya di telinga si isteri.

“Awal lagi ni. I mengantuk lah” Zahira menolak Muaz dan menekup muka dengan bantal

“ Bangun lah, Subuh dah nak habis.” Muaz mencuit hidung Zahira. Dia sendiri sudah solat di awal waktu. Zahira masih dengan tabiat lama, suka bangun ketika matahari sudah tinggi. Dulu sewaktu dia seorang pelakon alasannya ialah shooting sampai lewat malam. Kini alasan itu dah tak boleh pakai tapi dia tetap culas. Memandangkan Zahira masih lelap, Muaz tidak ada pilihan lain. Isterinya di geletek. Zahira gelak mengekek dan marah sekaligus.

“ STOP IT! Okay, okay, I bangun sekarang. Teruk lah you ni. Masa honeymoon pun nak kena bangun awal.” Baju tidur singkat bertali halus di betulkan.

“ Solat wajib hukumnya. Kalau uzur baru dapat honeymoon. “ Muaz menepuk peha Zahira yang gebu.

“ I tahu lah  Ustaz Muaz!  I dah belajar masa sekolah dulu ” rungut Zahira sebelum masuk ke bilik air. Muaz menelefon room service untuk memesan sarapan pagi walaupun stok makanan banyak di dapur villa mereka. Dia sudah tahu sejak awal dulu yang Zahira tak betah membuat kerja rumah, baik mengemas maupun memasak. Bila pulang ke KL nanti, mereka akan  tinggal di rumah lama di Bandar Utama dan pembantu rumah satu kemestian. Itu salah satu syarat yang di tetapkan oleh Zahira. Muaz sendiri pun tak sanggup kalau rumah bersepah macam kandang kerbau pendek.  

Sebaik sarapan sampai, Muaz mengisi perut tanpa menunggu Zahira yang masih melingkar dalam bilik. Dia rasa segar lepas meneguk Americano dan bergegas menyiapkan bilik mesyuarat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:28 AM | Show all posts
Zahira mengenakan baju mandi two piece warna biru. Tubuhnya memang sexy  dan dia memandang biasan di cermin dengan bangga, rugi lah di Villa Hammara tak ada kolam renang untuk semua pengunjung. Dia suka jadi pernatian lelaki lelaki yang mengamati tubuhnya dengan ghairah, dan perempuan yang memandang dengan iri.  Kenapa lah Villa Hammara ni Islamik sangat? Kata Ustaz Muaz, tubuh isteri cuma untuk tatapan suami saja. Humphhh… boring! Cinta nya hanya kepada Muaz seorang, tapi apa salahnya main main mata ?

“ Sayang, let’s have a morning swim” Zahira melingkarkan tangan di bahu Muaz yang sedang membaca suratkhabar. Muaz menoleh dan bersiul perlahan.

“ I am such a lucky guy. Tapi kali ini I terpaksa tolak. I ada discussion sekejap lagi”

Zahira mencebik. “ Dulu you bukan workaholic macam sekarang. I bosan lah, Langkawi bukannya best. Berapa hari lagi kita kena tinggal di sini?”

“ Dua hari lagi. Bila balik ke KL, kita redecorate rumah kita ya? Kalau you nak pakai ID pun boleh. I tak sabar nak bina family sendiri with little Muaz dengan little Zahira running around in our house. “

Zahira menarik kerusi dan duduk di sebelah Muaz. “Eh, tunggu kejap. Bila kita nak buat wedding reception? Lepas itu, I nak pergi honeymoon. Betul betul punya honeymoon, bukan setakat duduk free di hotel bapa you”

Muaz buntu. Dah tentu dia perlu membuat majlis kerana  wajib menghebahkan  tentang perkahwinan kedua nya.  Masaalahnya Papa, Mama dan ahli keluarga lain tentu tidak mahu terbabit. Kerja di pejabat pula makin banyak dan dia perlu melunaskan tanggungjawab yang Papa serahkan.

“ Sayang, macam ni lah. You cari event planner untuk buat reception kita di hotel yang you suka. Pasal honeymoon, you book saja mana mana tempat yang you nak. Suruh my secretary tolong you. I ikut saja apa you plan.”

Zahira senyum lebar dan mencium pipi suaminya. “ Thanks, sayang! I love you so much! Nanti I call Jess, kawan lama I yang handle events masa I kerja dulu. I nak tema fairytale untuk our wedding reception. Lepas tu kita pergi honeymoon naik cruise ke Europe. Yeay!” Dia menepuk tangan kegirangan sebelum berlari anak meninggalkan bilik. Sejurus kemudian terdengar air di kolam berkocak.

Muaz menggaru kepala. Fairytale? Sesuai kah dengan status duda dan janda? Lainlah kalau aku retis.  Cruise ke Europe? Berapa lama tu? Mati lah aku kena maki dengan Papa kalau cuti panjang sekarang. Kena tunggu aku pencen baru boleh pergi agaknya. Namun dia tak berdaya menolak permintaan isterinya. Dia mengeluh sebelum kembali menyemak dokumen dokumen yang sudah di tandatangani oleh akitek menandakan tahap kerja yang sudah di selesaikan oleh pihak kontraktor adalah memuaskan. Perutnya tiba tiba memulas.
………………………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2015 10:32 AM | Show all posts
Zhafran menekan loceng pintu villa Muaz. Sudah lama dia tak bersua dengan Muaz sejak di tugaskan ke projek di Nusajaya. Menurut Ustaz Luthfi, Muaz juga lama tak menghadiri ceramah dan pengajian anjuran Yayasan Mahabbah. Dia faham yang Muaz mungkin terlalu sibuk dengan kerja. Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga usahawan, sudah menjadi tanggungjawab Muaz untuk memastikan bisnes keluarganya berkembang.

Zahira mendengar deringan loceng pintu dan dia sedar Muaz masih berada dalam bilik air. Tuala di capai dan dia mengeringkan tubuh ala kadar sebelum bergegas membuka pintu.

“ Assalamualaikum” Zhafran hampir tidak mampu bersuara. Aku tersilap villa ke? Dia beristighfar sambil menelan airliur.  Ini kali pertama dalam hidup dia berdepan dengan perempuan berbikini secara ‘ live’. Mana aku nak pandang? Atas bawah terdedah.

“ Waalaikumsalam” Zahira membalas. Handsome nya! puji Zahira dalam hati. Lelaki di depannya nampak kekok dan melarikan mata.

“ Er.. saya Zhafran, jurutera projek. Saya ada temujanji dengan Encik Muaz. Puan isteri dia kah?”

“ Ya, saya Zahira.  ” Tangan di hulurkan tapi Zhafran meletak tangan di dada dan menunduk hormat. Kenapa macam ni rupa isteri Muaz? Macam tak percaya  ini pilihan ibu bapanya. Western sungguh!

Ooo… mamat alim rupanya. Alim alim pun, kalau dah jantan tu tetap akan tergoda. Dia sengaja menguraikan rambut yang basah dengan senyuman.

“ Jemputlah masuk. Muaz dalam bilik air”

Zhafran tiada pilihan lain, tak kan nak tunggu di luar. Sebaik dia melangkah masuk, dia mula rasa tak selesa. Bukan tak selesa dengan isteri Muaz yang hampir boleng tapi ada aura negatif yang dia sendiri tak dapat jelaskan.
  
“ Puan Zahira, boleh saya tunggu di bilik mesyuarat? “

“ Tak nak minum kopi dulu?” pelawa Zahira

“ Saya dah minum di coffee house tadi. Terima kasih” balas Zhafran. Ketika itu Muaz keluar dari biliknya. Bahu Zhafran di tepuk sambil bersalaman.

“ Zhafran! Lama aku tak jumpa kau. How are you, bro?”

“ Assalamualaikum. I am fine but very busy. Sampai tak sempat nak bertanya khabar.”

“ You have met my wife, Zahira?” Muaz meneleng ke arah Zahira yang sedang berjalan ke arah kolam renang. Gayanya tak ubah seperti artis majalah Mangga namun Muaz nampak bangga. Zhafran mengangguk dengan senyum  segaris. Dia menjinjit beg komputer dan mengikut Muaz ke bilik mesyuarat. Laptop segera di pasang.

“ Projek ni nampaknya berjalan lancar. Alhamdulillah.”

“ Betul tu. I harap kita boleh bekerjasama lagi lepas ni. I ada projek baru, kampus Universiti Herriot Watt Malaysia . Interested?”  

“ Thanks for the offer tapi  I terpaksa tolak. Sebenarnya I dah terima tawaran untuk bekerja di Qatar selama dua tahun. Bulan depan I kena report for duty kat sana. Itulah yang I sibuk nak siapkan semua kerja sebelum pergi. “

“ Congratulations! You made the right choice. Tak mengapa, lepas dua tahun you balik sini join company family aku. Aku offer kau jawatan GM.”

“ Lama lagi tu. Insyaallah kalau ada rezeki”

Pengurus Besar Villa Hammara Tuan Syed  Tawfiq  dan kontraktor projek Mr Boon tiba untuk menyertai mereka dan perbincangan  pun bermula. Lebih sejam mereka berdiskusi dan menyemak semula semua dokumen dan pelan projek. Walaupun semua berjalan lancar tapi Tuan Syed Tawfiq bimbang kalau CF lambat di keluarkan sebab projek di lereng bukit dan pinggir hutan seperti ini memerlukan kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

“ Itu bukan masaalah besar. Kita dah guna khidmat environmental engineer dari awal dan dia dah bagi kelulusan.  Tak ada sebab Jabatan Alam Sekitar nak hold back CF. “ jelas  Zhafran.

“ Harap harap macam itulah. Kadang kadang…well, I do not want to say this but ada yang cari pasal sebab nak under table money”

“ Ini lah masaalahnya! Tak amanah punya orang. Sampai bila pegawai kerajaan asyik nak di suap? Kita tak boleh galakkan rasuah!” Muaz meninggikan suara.

“ Sabar Encik Muaz, saya bukan kata mereka dah minta. Saya cuma nak bagi worse- case scenario saja.” Tuan Syed Tawfiq membela diri.

“  If anyone tries to be funny, let me know. Biar saya selesaikan”tegas Muaz. “  Pukul 2 nanti, kita pergi tengok chalet chalet baru dan jumpa Interior designer. Okay, let’s go for lunch.“

Mr Boon meminta maaf kerana ada conference call dengan pelanggan di KL sementara Tuan Syed Tawfiq ingin menjenguk isterinya yang sarat mengandung di rumah.

“ Kalau macam tu, kita makan berdua saja lah” Muaz memandang Zhafran. Banyak cerita yang ingin di kongsikan dengan Zhafran.

“ Your wife? Mesti dia nak lunch dengan you. I tak nak lah kacau”

“ Zahira baru text kata dia kat spa, tak payah tunggu dia. Jom kita makan, perut aku dah lapar”  Zhafran membontoti Muaz dengan lega. Selamat mata aku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:38 AM | Show all posts
Edited by sang_arjuna at 25-3-2015 10:39 AM

Zhafran menikmati roast beef yang di ambil dari meja buffet. Sedap! Restoran hampir penuh, kebanyakan pengunjungnya dari Timur Tengah. Kaum wanita rata rata berjubah hitam dan berniqab walaupun yang lelaki ada yang berseluar pendek. Muaz kembali ke meja dengan pinggan berisi nasi dan lauk pauk.

“ Apa cerita kau sekarang? Dah kawin?” Muaz berseloroh

“ Belum lagi. Kalau kawin mestilah I jemput.” Bila lah Azalea nak bagi jawapan? Harap harap positif lah hasil solat istikharahnya. Apa pun Zhafran berserah pada Allah, semoga ada jodohnya dengan permaisuri hati.

“Nampak nya you dah bahagia dengan isteri pilihan ibubapa. Alhamdulillah” sambung Zhafran.

“ Mana ada? Yang kau jumpa tadi Zahira, my girlfriend yang hilang dulu. Kita baru kahwin dua minggu lepas.”

“ Wah , hebat nya! You dah kahwin dua, I satu pun belum lagi. Susah tak nak berlaku adil? Ya lah, satu pilihan ibubapa, satu lagi pilihan sendiri”

“ Sebenarnya aku dah cerai dengan isteri pertama aku sebelum kahwin kali kedua. “

“ Oh, gitu. Akhirnya boss bertemu jodoh juga dengan pilihan hati. Tahniah!” Banyak betul cerita yang aku ketinggalan rupanya. Nak kata Muaz nampak lebih bahagia sekarang, tidak juga. Macam orang susah hati saja.

Muaz meletak sudu garfu dan menyilang jari. Wajahnya serius. “Bila aku bercerai dengan isteri pertama, aku rasa kehilangan walaupun aku tak mencintai dia. She is a sweet girl. Satu sen pun dia tak minta  dari aku, walaupun dia berhak. Aku doakan dia cepat bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. She deserves to be happy.”

“ Baguslah macam tu. No hard feelings. Tak perlu bermusuhan walaupun tak ada jodoh.”

“ Masaalahnya sekarang parents aku tak terima Zahira. Aku dah puas pujuk tapi mereka keras hati. Sebab Zahira tu janda dan bekas pelakun, mereka malu. Aku hairan. Apa nak malu? Aku pun duda. Dulu Zahira jadi pelakun sebab nak cari rezeki. Itu pun susah mereka nak faham. Pening kepala!”

“ Bagi lah masa. Banyak kan doa supaya mereka restui perkahwinan kali ini. Isteri boss pun kena pandai ambil hati mertua” Janganlah berpakaian macam pelakun Baywatch, mertua mana yang suka.

“ Susah! My parents tak nak jumpa dia langsung. Mereka dah memang prejudis dari dulu lagi….”
Zhafran mendengar luahan hati Muaz dengan sabar. Nak bagi nasihat pun aku tak pernah berada dalam situasi yang sama.

“ Apa kata boss jumpa Ustaz Lutfi dan minta nasihat dia. Dia banyak pengalaman.”

“ I  dah lama tak pergi ceramah Ustaz Lutfi. Asyik ada saja hal. Malu pula nak jumpa dia sebab ada masaalah”

“ Cuba lah pergi, banyak faedahnya kita hadir majlis ilmu. Ada hadith yang mengatakan duduk dalam majlis ilmu seperti berada di taman syurga. Lagi elok kalau bawa Zahira sekali. Banyak perkara yang kita tak tahu tentang tanggungjawab suami dan isteri.” Muka Muaz berubah. Dia sedar yang dia tidak membimbing isterinya dengan baik. Susah juga bila taksub dengan cinta hati, semua benda tentang Zahira nampak elok di mata.

“ Insyaallah, bila balik KL nanti aku call Ustaz Luthfi. Kau bila nak kahwin? Takut nanti kau terpikat dengan awek dari Qatar. Mas kahwin dia orang tinggi bukan main.” Muaz menukar topik

“ Sebenarnya mak I dah merisik seseorang tapi dia masih belum bagi jawapan. Doakan lah.  I harap sangat dia sudi jadi isteri I. “ Zhafran senyum membayangkan wajah Azalea. Dia  tidak pernah mengucap kata cinta dan  perkara perkara lagha seperti Skype berjam jam. Hanya kata kata perangsang dan petikan ilmu yang di titip pada Azalea melalui email. Memang tak romantis tapi sekurangnya dia menjaga adab. Sweet talk itu semua boleh tunggu hingga lepas nikah. Insyaallah.

“ Tengok muka pun dah tau kau tengah angau. I wish you all the best. Semoga dia terima pinangan. Nanti bila dah kahwin, aku sponsor honeymoon kau di sini,  three nights’ stay at the Honeymoon Villa. Makan minum semua on the house.”

“ Betul ke boss? Terima kasih banyak banyak. Rasa macam artis pula, belum lagi kahwin dah ada orang nak sponsor honeymoon. Cewahhh!” Mereka berdua ketawa besar.









Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 11:01 AM | Show all posts
Sian kat muaz..... harap dia dpt bentuk zahira jadi isteri yg soleh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 08:16 AM | Show all posts
sambung lagi kak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.160484 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list