CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 10-3-2015 05:31 PM | Show all posts
tak di sangka buah cempedak jadi buah nangka. penat fikirrr. sambunglah cepattt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2015 03:34 PM | Show all posts
dah habis baca
dah syak qayyum adalah mastermindnya
wahahaha
please sambung lagi
best best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 04:34 PM | Show all posts
Genkidesuka replied at 6-3-2015 11:05 PM
Fuh.  Marathon dari 1st page.  

Assalammu'alaikum sang_arjuna, I'm your new fan.

waalaikumsalam....tenkiu sebab sudi baca

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 04:36 PM | Show all posts
UsuFie replied at 5-3-2015 10:24 AM
takan qayyum nak apa2kan lea...

errkk....

erkkk.... tak tau lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 04:37 PM | Show all posts
qimi08 replied at 5-3-2015 11:14 AM
memang dari mula quyyum ada hati dgn azalea... semua ni qayyum punyer plan.
surat ugutan pun sama j ...

muaz dah jumpa zahira
dah tak nak jadi hero
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 04:38 PM | Show all posts
kakZue replied at 7-3-2015 08:20 PM
Takkan lah Che mamat tak kenal itu qayyum..kalau betul la qayyum..

jauh benor kot
tak nampak betul betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2015 04:39 PM | Show all posts
greyiskelabu replied at 12-3-2015 03:34 PM
dah habis baca
dah syak qayyum adalah mastermindnya
wahahaha

10 markah utk grey



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 04:42 PM | Show all posts
Bab 24

Pipi Azalea di belai lembut. Tudung yang sudah senget di tanggalkan terus. Rambut Azalea yang panjang dan lembut di elus. Harum semerbak! Kucupan singgah di dahi dan pipi. Hati Qayyum sarat dengan rasa kasih. Azalea tidak berkutik, terbuai dalam tidur yang pulas.

Qayyum mendesah panjang. Kalau ikutkan nafsu, mahu saja dia mengambil kesempatan ketika itu. Tapi dia tak boleh gelojoh. Rugi! Pelan jangka masa panjang yang sudah di atur hampir sampai ke penghujung. Azalea akan jadi miliknya, itu dia pasti. Dia bangun dari katil dan membetulkan kain baju kurung Azalea yang terselak. Sempat dia mengelus betis kakak iparnya.  Sabar… Qai, sabar. Qayyum keluar dari bilik sebelum dia kalah dengan nafsu yang menggelojak. Pintu bilik di tutup rapat.

Rumah kosong di pinjam dari kawan se kolej, Azri dengan alasan dia dan beberapa orang saudara ingin tumpang semalam dua semasa perkahwinan sepupunya. Tanpa banyak soal bapa Azri, Uncle Bashir memberi kebenaran. Kedudukan Rumah Uncle Bashir di kawasan yang sunyi dan terpencil memudahkan perancangannya. Qayyum memeriksa seluruh rumah banglo setingkat itu. Bersih dan terjaga walaupun tidak berpenghuni.

Perutnya mula berkeroncong dan Qayyum mencapai kunci kereta. Kalau ikut percaturan, dia ada masa tiga jam kerana penangan ubat tidur yang di beri pada Azalea masih kuat. Bila Azalea bangun nanti, baru lah misi nya boleh di jalankan. Timing is very important. Modus operandinya kali ini mudah, tiru saja perangkap yang di buat Papa supaya Zahira terpaksa kahwin dengan Pak Lang dulu.  Kalau Muaz ada bersama, lagi lah mudah. Harap abang nya sempat di temui segera. Lelaki yang berakhlak seperti Muaz tidak layak menjadi suami pada gadis se baik Azalea. Biar saja Muaz bersama pasangan yang secocok seperti Zahira. They are made for each other.  Sudah lama Azalea menderita dan tidak mendapat kasih sayang dari seorang suami.  Muaz wajib lepaskan Azalea kepadanya. Qayyum yakin walaupun dia lebih muda tapi beza tiga tahun bukan hal besar. Dia akan jadi suami mithali,  Azalea akan di layan bak permaisuri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2015 04:50 PM | Show all posts
Tak jauh dari situ, Muaz dan Pakcik Leman bersedia untuk menunaikan solat Zohor. Makmum yang tak sampai 10 orang mengambil tempat di belakang Imam.  Muaz antara yang termuda di situ, selainnya warga emas yang terdiri dari penduduk kawasan berdekatan.  Selesai solat, Muaz  berzikir seketika. Segala masaalah bagaikan hilang waktu bertasbih. Dirinya tenang. Bila perutnya minta di isi, dia mencari Pakcik Leman. Lelaki tua itu sedang membaca Quran. Muaz menunggu hingga Pakcik Leman berhenti di hujung surah dan menyimpan mushaf di rak.

“ Pakcik, boleh kita cari tempat makan? Saya lapar lah”

“ Jom.. jom, pakcik pun nak ajak kamu makan. Ada gerai makan kat tepi tu. Selalunya kalau lepas sembahyang zohor, pakcik dan kawan kawan pakcik makan di sana. Lagi senang, tak payah nak basuh pinggan kotor kalau makan kat rumah. Arif pun tak makan di rumah, dia baru telefon tadi kata dia balik lambat sikit.”

Dah pulak! Harapan Muaz merudum. Macam mana aku nak balik? Apapun, perut perlu di isi dulu. Kalau nasib baik ada teksi lalu di kawasan ini. Dia mengambil tempat duduk di meja panjang macam di kantin sekolah bersama dengan Pakcik Leman. Muaz di perkenalkan pada dua orang kawan senior citizennya, Haji Man dan Pak Zaki yang sudah mula menjamu selera.

“ Anak ni yang pengsan semalam kan? Dah sihat?” Haji Man yang berkopiah putih menegurnya

Muaz mengiakan dengan senyum sumbing. “ Alhamdulillah pakcik.”

“ Jaga jaga Muaz. Macam macam pe’el orang sekarang.  Orang moden pun ramai yang sanggup guna bomoh, kamu jangan tak percaya. Mereka tak sedar itu perbuatan syirik. Tak ingat Tuhan, tak ingat neraka! ” Beria ria Pak Zaki berkata kata hingga bersepai butir nasi dari mulut.

Macam konfiden saja aku kena buatan orang.  Tapi siapa nak kenakan aku? Kalau pasal harta , lebih baik bomohkan Papa. Aku ni setakat macai saja.

“ Muaz dah kawin? Anak berapa orang?“ tanya Haji Man.

“ Saya dah kawin tapi belum ada anak” Proses persenyawaan pun belum, sambungnya dalam hati.

“ Kadang kadang orang perempuan ni pun bukan boleh percaya. Takut sangat kalau laki dia tersangkut dengan perempuan lain. Nak tundukkan suami, macam macam dia sanggup buat” komen Pak Zaki dengan mulut terjuih, lagak Rosnah Mat Aris versi lelaki.

“ Eh, tak mungkin. Isteri saya bukan macam tu.” Tak masuk akal langsung kalau Azalea sanggup membomohkannya. Tapi aku makin suka kat dia, macam mana tu?

“ Nak makan apa Bang, Pakcik Leman?” Seorang gadis muda tampil di sebelah memegang buku nota kecil.
Muaz memesan nasi goreng sama seperti Pakcik Leman. Sebaik pesanannya sampai dia terus menyuap makanan ke mulut tapi  tangannya sempat di tepis.

“ Baca Bismillah dengan doa makan pun tidak. Patutlah senang benda nak masuk” selar Pakcik Leman. Muaz terkedu.  Malu weii kena tegur macam budak kecil.

Selesai membaca doa yang di ajar oleh Pakcik Leman barulah Muaz dapat makan dengan tenang. Topik perbualan menginjak pada rumah Cikgu Bashir.  Ingatkan kaum wanita saja yang ada mesyuarat tingkap tapi rupanya lelaki pun sama hebat. Mungkin niat mereka baik, tapi bagi Muaz ini sudah terlebih prihatin. Tak ada privasi langsung antara jiran. Kalau sorang kentut, satu kampung dah tahu.Choyyyyyy!

“ Aku cadang kita pergi tengok. Aku rasa bukan anak Bashir. Pelik juga kalau anak Bashir datang tapi tak bagi tahu aku. Selalunya dia telefon aku dulu sebab aku simpan surat surat dari posmen untuk Bashir” Pakcik Leman menggaru pelipis.

“ Mana tahu kot Bashir bagi saudara atau kawan tumpang? Nanti orang kata kita menyibuk” Muaz mencelah

“ Apa pulak? Bukannya kita menceroboh. Kita ketuk pintu , bagi salam, perkenalkan diri. Mana tahu kalau ada apa apa kita boleh tolong.”

“ Betul tu Aji.” Pakcik Leman terangguk angguk.

Muaz menghabiskan nasi goreng dan meneguk sirap limau. Badannya rasa bertenaga semula. Tentu tak ada masaalah menapak satu kilometer ke Hyatt untuk mengambil kereta.

“ Pakcik Leman, saya rasa saya dah boleh jalan  ke hotel. Kereta saya ada kat sana. Tak payah lah saya susahkan anak pakcik”

“ Sabar lah, panas terik ni. Tak pasal pasal kamu demam pula. Tunggu lah sampai redup sikit. Lagi pun baju dan seluar kamu ada kat rumah pakcik. Kalau kamu nak sedekahkan baju mahal tu pun bukan pakcik boleh pakai. Nanti ramai pula nak mengorat pakcik.  ” Pakcik Leman berlelucon. Bersahut sahutan tawa gang dia.

“ Ha.. jomlah kita balik. Nanti kita calling calling bila nak pergi rumah Bashir” cadang Pak Zaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:00 PM | Show all posts

Sebaik matanya celik, jantung Azalea menderas. Di mana aku? Kenapa? Bagaimana? Seribu satu persoalan berlegar di minda. Matanya masih berat tapi nalurinya berkata dia dalam bahaya. Aku kena lawan rasa mengantuk. Dia bangun dan masuk ke bilik air. Mukanya di bilas berkali kali.

Azalea di landa cemas sebaik saja dia sedar dia keseorangan dalam sebuah rumah kosong. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.30 petang. Masya Allah! Sudah 3 jam dia tertidur.  Apa yang berlaku selama aku tak sedar? Siapa lah punya angkara ni? Sudah jelas sekarang dia tidak boleh percayakan sesiapa  waima si Qayyum pun. Qayyum orang terakhir bersamanya sebelum dia tertidur. Pada siapa aku nak minta tolong? Ya Allah! Selamatkan lah aku dari segala musibah. Dia membuka almari dan ternampak telekung tergantung. Dengan panduan apps Ipray dari telefon bimbit dia mencari kiblat. Tiada siapa lagi yang dapat membantunya selain Allah.

Selesai solat , telefon bimbit di capai dan dia menekan nombor ibunya.
“ Lea, apa khabar? Seronok kenduri di sana?” Suara Datin Azwa serak. Azalea tahu ibunya kurang sihat tapi dia tak ada pilihan.

“ Maaakkkk, Lea dalam bahaya. Ada orang kurung Lea dalam rumah kosong. Lea takut” Airmatanya gugur.

“ Lea, cakap betul betul. Lea kat mana? Macam mana Lea boleh sampai situ?  Muaz mana?” Datin Azwa mula panik. Puteri tunggalnya seorang yang cekal dan tidak mudah mengalirkan airmata. Dia dan suami sememangnya risau tentang keselamatan Azalea sejak kes cubaan menculik dulu.

Azalea menceritakan segala yang berlaku sejak sampai ke Kuantan. Kehilangan Muaz, kehadiran Zahira, nota yang di jumpa, semuanya berkait menjadi misteri. Datin Azwa mula menyesali keputusan dia dan suaminya memaksa Azalea berkahwin dengan Muaz. Bertali arus dugaan menimpa Azalea. Anaknya tak pernah mengecap bahagia setelah berkahwin. Kalau lah  boleh putarkan masa , tentu sekali mereka akan menolak lamaran Datuk Zaki dan Datin Sakinah. Datin Azwa menyeka airmata.

“ Lea kena telefon polis. Bagi tahu yang Lea kena culik”

“ Mak, Lea tak tahu di mana Lea sekarang. Apa Lea nak cakap kalau polis tanya alamat? Mungkin Lea dah ada di Trengganu atau dah sampai KL. Tiga jam Lea tidur, tak sedar langsung.” Sekurangnya aku tidak di cabul atau di rogol macam dalam telenovela. Pakaiannya masih rapi dan tubuhnya tiada tanda “ di cerobohi”

“ Ya Allah! Macam mana ni Lea? Biar Mak telefon Mama atau Papa kamu dan bagi tahu mereka”

“ Jangan! Lea tak nak mereka tahu.”

“ Lea syak Papa dan Mama? Takkan lah mertua Lea nak buat jahat kat Lea?” Datin Azwa mengerutkan wajah.

“ Bukan Mama dan Papa tapi Lea tahu ada ahli keluarga yang terlibat. I don’t trust anybody. Lagipun Mama dan Papa mesti tengah sibuk dengan majlis anak Pak Lang.”

“ Mak tak peduli. Mak nak telefon Datin Sakinah.  Dia patut jaga kamu, menantu sama macam anak sendiri.”

“ Mak… Kalau sesuatu berlaku yang mengaibkan keluarga kita, Mak dan Ayah kena percaya ini semua bukan salah Lea. Kalau  umur Lea tak panjang, Mak sedekahkan duit dalam akaun bank Lea pada anak yatim. Lea minta maaf sebab Lea banyak buat salah, minta halalkan makan minum Lea. Cakap kat Ayah dan Abang, Lea sayang semua. Mak jaga diri baik baik, ya” Sayu suara Azalea. Dia terdengar bunyi pintu depan di buka dan nafasnya jadi gemuruh.

“ Lea…..” Belum sempat ibunya membalas, talian di matikan.  Datin Azwa terus menelefon besannya. Malangnya panggilan tidak di jawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:06 PM | Show all posts
Azalea mencari sesuatu yang boleh di gunakan untuk mempertahankan diri.  Jangan mudah mengalah, pantang tok nenek aku! Tapi, apa senjata yang ada?  Ya Allah, bantulah hamba Mu yang kerdil ini.

Qayyum menjinjit beberapa beg plastik. Pintu depan di biarkan terbuka untuk membiarkan udara segar masuk sekaligus memudahkan kerjanya. Sebaik masuk ke rumah dia sedar yang Azalea sudah terjaga. Cepat betul! Nasib baik dia sempat balik, kalau tidak  rosak lah rancangan yang di atur.  Beg plastik berisi makanan di letak di dapur dan dia menguak pintu bilik. Qayyum menangkap imbasan di cermin pintu almari. Azalea sedang bersembunyi di sebalik pintu memegang sebatang penyapu. Nak ketawa pun ada… macam filem Do Re Mi daaa..

“  Kak Lea.. Kak Lea! Jangan takut. Its me.” Lembut nada Qayyum.

Azalea melepaskan nafas dan keluar dari tempat persembunyian. Matanya yang merah membuat Qayyum rasa bersalah. Sungguh dia tidak berniat menyakiti orang yang dia cintai.

“ Kak Lea, are you okay? Sorry, Qai tak bagi tahu, Qai keluar tadi nak beli makanan. Sorry, ya “ Kedua bahu Azalea di pegang. Tangannya di tepis.

“ Apa sorry sorry? Kenapa tak hantar akak ke stesen? Apa pasal Qai bawa akak ke sini? Kita di mana ni?”

“ Kak Lea tidur nyenyak dalam kereta. Mungkin sebab telan Panadol. Takkan Qai nak tinggalkan akak  seorang diri di stesen bas dalam keadaan macam itu. Itu yang Qai bawa akak ke rumah kawan Qai. Kita rehat di sini sekejap. Kalau balik rumah Pak Lang atau rumah Tok Ibu mesti  kelamkabut sebab Zahira. ” Riak muka Qayyum polos dan matanya jujur. Nafas Azalea makin teratur. Tak mungkin Qayyum berniat jahat. Tapi aku perlu berhati hati, tiada siapa yang boleh di percayai 100% ketika ini.

“ Kenapa baju Kak Lea basah?”

“ Akak ambil wuduk tadi.”

Qayyum memberi beg plastic pada Azalea “ Ini ada baju kalau Kak Lea nak tukar pakaian. Tak selesa kalau Kak Lea pakai baju basah, nanti sakit pula"

Azalea mengeluarkan isi beg. Ada sehelai baju T dan sepasang seluar pendek atas lutut. Qayyum beli pakaian untuk berpiknik di tepi pantai ke? Well, apa pilihan yang aku ada. Hummph!

“ Apa tunggu lagi, keluarlah. Akak nak tukar baju.”

Qayyum tersengih sambil melangkah ke dapur. Makanan yang di beli tadi di hidangkan sementara menunggu Azalea. Tak sampai 5 minit Azalea sudah berada di sisi. Perutnya minta di isi dan bau enak dari dapur membuat dia tak sabar.

“ Jemput makan kak. Walaupun tak sama dengan nasi minyak Kak Syira tapi nasi beriani Restoran Mahbub ni famous. Qai selalu makan di restoran ini kalau datang ke Kuantan.”

Tanpa lengah Azalea menjamu selera. Aku perlu tenaga mental dan fizikal untuk menentang musuh. Bagus juga Qai belikan aku pakaian begini, senang aku nak ber taekwando.

“ Kenapa Kak Lea senyap saja? Marah lagi dengan Qai?”

“ Memang akak marah tapi tak baik marah depan rezeki. Tunggu habis makan” Azalea menegakkan jari telunjuk depan muka Qayyum. Qayyum ketawa.

“ Kak Lea jangan lah marah. Kali ini, Qai janji Kak Lea akan balik ke KL. Qai dah belikan tiket untuk bas ekspres pukul 5 petang nanti.  “ Melihat tiket bas  yang di keluarkan dari poket seluar, sejuk hati Azalea. Sekejap saja licin nasi dalam bekas syrofoam. Betul kata Qayyum, sedap! Qayyum masuk ke bilik sementara Azalea mengemas dapur. Semua bekas di letak kembali dalam beg plastic untuk di buang. Dia kemudian memasang television di ruang tamu. Masih ada dua jam lagi sebelum bas bertolak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:14 PM | Show all posts
“ ADUHHHH!”

Azalea tersentak mendengar jeritan Qayyum. Dia menjenguk dari  pintu dan ternampak Qayyum sedang menyeringai kesakitan sambil terbaring atas lantai bilik air.

“ Kenapa Qai?” Azalea cemas

“ Kak Lea, tolong! Qai terjatuh masa nak angkat baldi air. Sakitnya! “

“ Why are you so clumsy? Lain kali jaga jaga lah kalau nak angkat barang berat. Kalau tak boleh jalan nanti siapa yang susah? Nanti siapa nak drive akak ke stesen bas? “ bebel Azalea sambil membantu Qayyum yang cuma berseluar boxer untuk bangun.

“ Qai nak ke klinik?” Geleng.

“ I nak baring kejap. Aduh… aduh….”

Azalea memapahnya hingga ke katil dan membetulkan bantal supaya Qayyum selesa.

“ Biar akak cari ais untuk kurangkan bengkak. Jap, akak pergi ke rumah  jiran” Belum sempat Azalea bangun , lengannya di paut kemas. Dia hampir jatuh terbaring atas Qayyum kalau tidak mengimbangi badan dengan baik.

“ Jangan pergi mana mana Kak Lea. Tunggu sini. Qai rasa macam nak pitam”

Qayyum menutup mata tapi tangan Azalea tidak di lepaskan. Dia mendiamkan diri sambil memasang telinga. Mana orang yang di tunggu?

“ Qai, Qai… are you okay?” Azalea risau. Manalah tahu kalau kepalanya terhantuk teruk yang menyebabkan pendarahan otak. Dahi Qayyum di usap. Janganlah sesuatu yang buruk berlaku pada Qayyum. Hanya dia satu satu geng ketat aku dalam keluarga Muaz. Qayyum yang menyelamatkan aku dari penculik dulu. Dia tak pernah kecewakan aku.

“ ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM” Suara lelaki memeranjatkan Azalea. Belum sempat dia bertindak balas, tiga lelaki tua meluru masuk. Matanya membulat bila dia ternampak lelaki keempat. Azalea terus membatu.

Dada Muaz bergelora menyaksikan adegan di depan mata. Qayyum dengan mata stim dan cuma berboxer, Azalea membelai nya atas katil bersama. Budak darjah tiga pun boleh meneka dengan tepat apa yang sedang berlaku. Tangan di hayun.

“ PANGGGGG!” Penampar hinggap ke pipi Azalea.

“ Azalea, aku ceraikan engkau dengan talak tiga.” Suara Muaz bergetar. Entah berapa lama aku di dayuskan oleh betina dan jantan sial ini. Dia mengepal penumbuk untuk Qayyum tapi sempat di tahan oleh Pakcik Leman.

Dengan mata berkaca menahan pedih di pipi, Azalea memandang Muaz kemudian Qayyum dan akhir sekali tiga lelaki tua yang tidak di kenali. Segalanya jelas tanpa perlu bersuluh.

“ Syukur Alhamdulillah! Terima kasih Muaz. Terima kasih Qayyum. Hanya Allah dapat membalas perbuatan korang“

Azalea senyum. Yes! Aku bebas !



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 05:19 PM | Show all posts
Sambunggg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:20 PM | Show all posts

tungguuuuu

minggu depan

banyak kerja lah

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 05:38 PM | Show all posts
Alaa...dh siap psg khemah tepi rumh en Bashir ni





Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya qayyum...  Mcm tu sekali taktik kotor yg dia buat utk miliki azalea...  Sungguh dayus jantan mcm ni :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 09:08 AM | Show all posts
yeayyyy lepas ni Zhafran boleh tekel Lea...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 09:22 AM | Show all posts

talak 3...!!!  



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 09:59 AM | Show all posts
awanjingga replied at 13-3-2015 09:08 AM
yeayyyy lepas ni Zhafran boleh tekel Lea...

kan....Zhafran blh dpt janda berhias gitu..

jgn harap la qayyum boleh dapat guna taktik kotor...

sedih kau qai...  


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 11:54 AM | Show all posts
Edited by juliet80 at 13-3-2015 02:54 PM

ohh talak 3..???


tak sangka ko ye Qayyum..!


yess..yesss tersuka la pulok ahakk..hakkk
Zhafrannnn......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070280 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list