CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10704|Reply: 45

Kebodohan Melayu Turut Menyebabkan Islam Nampak Bodoh

[Copy link]
Post time 15-3-2014 12:03 PM | Show all posts |Read mode
1) Imam masjid dalam kuliah maghrib berkata: Dan sebab kerajaan yang zalim telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anuar Ibrahim, esok terus MH370 hilang. Ini nak tunjuk balasan Allah kepada orang yang ingkar. Hukuman ke atas Anwar Ibrahim tu zalim.

- membuat andaian bahawa MH370 hilang sebab tak guna undang2 Islam ke atas Anuar Ibrahim adalah satu statement BODOH. Apa Ustaz ada dapat wahyu direct dari Allah pasal hal ini? Ustaz cuma memandai2 cakap.


2) Pakai seluar jeans tak boleh buat sembahyang. Kena pakai kain sarong baru Nampak Islam. Tuhan tak suka orang sembahyang pakai seluar jeans, ini pakaian orang kafir.

- ni lagi satu ayat bodoh. Kain sarong ni berasal dari India. Semua pakai sarong termasuk Hindu yang sembah tokong. Sapa pulak ada cakap Allah tak suka orang sembahyang pakai seluar jeans? Hello, ini jeans mahal laaa Bro, bukan koyak macam rockers. Apa Ustaz dapat cakap direct dengan Allah kah pasal seluar ni? memandai2 cakap.

3) Tak boleh pakai minyak Wangi sebab ada alcohol. Haram. Air syaitan.

- ni satu lagi statement bodoh. Tahukah apa alcohol? Ianya cuma sejenis cecair. Dalam dunia ni ada beribu jenis cecair. Yang haram itu ialah apabila alcohol dihasilkan dengan tujuan untuk membuat ARAK. Jika buat minyak Wangi dicampur arak, itu adalah HARAM. Seperti makan steak daging bakar yang dimasak dengan campuran wiskey Jack Daniel, itu haram. Bila cakap dengan orang bodoh yang mengaku alim, semua jadi haram. Apa beza air mineral water dengan air kencing? semua air kan? semua h2O. Kenapa tak keluar fatwa semua air itu najis? Majlis Fatwa kebangsaan dah keluarkan fatwa bahawa alcohol itu bukan semua haram, bukan semua najis. Hanya alcohol yang diproses sebagai arak sahaja yang najis. Tetapi golongan bodoh ni cakap pulak bahawa : semua mufti itu balaci Umno !!! Bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2014 12:09 PM | Show all posts
Kebodohan orang Melayu menyebabkan bangsa lain BENCI kepada Islam.

orang Melayu penuh dengan KEBENCIAN. Selalu cakap kamu banyak dosa, kamu masuk neraka, kamu jahil, hidup kamu sesat. Ini haram , semua haram.

Jika anda lihat betul2, adakah ajaran Buddha penuh dengan kebencian dan syak wasangka?

Adakah Jesus Christ mengajar kebencian?

Hanya Melayu jakun PPRT Felda sahaja yang penuh syak, penuh kebencian, penuh dengan haram yang menyusahkan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:20 PM | Show all posts
pasal aper ni tiba2 mengamuk? ustaz mana pulak yg cakap? dalam tv ke? siapa? kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:29 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 15-3-2014 12:09 PM
Kebodohan orang Melayu menyebabkan bangsa lain BENCI kepada Islam.

orang Melayu penuh dengan KEBE ...

biasala......

kerja kita ialah ambil iktibar dan educate people....both non-muslim dan muslim sekali....


1) tidak boleh tuju pada sesiapa secara spesifik atas musibah kerana tiada pengetahuan atas itu....jadi tak boleh tuju pada anwar dan sebagainya...

2) pemakaian celana ada yg bersikap berhati2 yakni melarangnya....ada yg kata boleh...nak selamat pakai lah kain, tapi tiada masalah dgn celana kerana ada pendapat mebolehkannya...tp kalau jumpa org yg pakai kain biar kat dia....

3) pndapat kuat tentang minyak wangi adalah boleh pakai yg beralkhohol, kerana description najis dlm Quran pada perkataan arak membawa maksud keji, bukan membawa maksud najis secara fizikal...tp jgn marajh pada org yg nak berhati2 , yakni dia tak mau pakai yg beralkohol, biar kat dia.....


wallahua'lam....

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:59 PM | Show all posts
Kira Melayu yang asal Islam kemudian pi Murtad kira cerdik ker ?

Paderi yang sokong GAY kira cerdik ker ?

Paderi yang menjadi 'Kadhi' pada Pengantin Bogel dalam Gereja kira cerdik ker ?


Tak kan kira sekoq dua Tok Imam nak sabit semua umat Islam ?


Berhati-hati membuat tuduhan . Mod pun satu . Jadi Tukang Angguk jer .




.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 01:03 PM | Show all posts
ussopp posted on 15-3-2014 12:29 PM
biasala......

kerja kita ialah ambil iktibar dan educate people....both non-muslim dan muslim s ...
pndapat kuat tentang minyak wangi adalah boleh pakai yg beralkhohol, kerana description najis dlm Quran pada perkataan arak membawa maksud keji, bukan membawa maksud najis secara fizikal...tp jgn marajh pada org yg nak berhati2 , yakni dia tak mau pakai yg beralkohol, biar kat dia.....

Ko ni kena belajar banyak2 lagik bab agama Islam . Ingat Mati banyak2 . Kerana dalam Islam mereka yang cerdik bukan ada banyak Phd tapi yang paling banyak mengingati MATI .

Banyak mengingati Mati bukan bermaksud militan tapi banyak mengingati Tuhan . Bila banyak mengingati Tuhan kira banyak banyaklah mengatasi kesemua masalah manusia.

Termasuklah bab memakai minyak wangi . Yang penting bab kusyuk dalam sembahyang . Nie sembahyang pun lintang pukang , dalam solat pun masih ingat doniya , Tuhan hanya sekadar minta bantuan bila susah , nak pikiaq bab alkohol atau najis ?

Tak pikiaq ker kalau pakai minyak wangi banyak2 tapi hati masih  busuk kusyam sebijik juga macam bernajis . Kira perbaikilah HATI agar mendekati Jalan Tuhan.  Insya Allah wangilah diri kita nanti ....






.

Last edited by mamicun on 15-3-2014 01:23 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2014 01:14 PM | Show all posts
Orang melayu atas nama bangsa melayu tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan kuasa politik. Kuasa politik tidak memberi erti apa-apa jika orang melayu masih di takuk lama dalam pelbagai bidang, ekonomi dan pendidikan terutamanya.

Mengapa saya berani berkata begini? Atas nama orang melayu, mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam.

Maksudnya atas nama bangsa, Tuhan tak tolong. Tapi Tuhan nak tolong atas nama Islam. Dalam Islam, jika bangsa itu bersedia mengubah diri mereka menjadi orang yang bertaqwa, maka di situ nanti terbuka segala macam bantuan Tuhan.

Firman Tuhan: Tuhan sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka.( TAQWA)

Ayat ini jelas memberitahu, Tuhan hanya akan bantu jika sesuatu kaum atau bangsa itu mahu berubah menjadi orang bertaqwa. Bukanlah ayat ini menyeru agar mengubah yang lahir-lahir. Yang lahir-lahir senang nak ubah. Tak ubah pun tak apa. Jika ubah sekalipun, kenalah atas dasar taqwa.

Barulah akan mendapat rahmat dari Tuhan. Kesan daripada sekadar mengubah yang lahir sahaja, telah timbul berbagai side-effect yang negatif. Negara kita, Malaysia sudah 50 tahun membuat perubahan lahir dan sejak 10 tahun kebelakangan ini perubahan berlaku secara drastik dan mega. Namun, apa yang terjadi, di sebalik pembangunan lahir yang terancang, maju dan moden, pembangunan insan menyembah bumi. Jatuh merudum tanpa kasihan.

Timbul berbagai masalah sosial yang merosakkan manusia, seperti rasuah, rompakan, pelacuran, permusuhan, penyalahgunaan dadah dan hiburan melampau ala barat. Inilah hasilnya bila kita mengenepikan pembangunan insan. Jangan salah faham dengan pembangunan insan. Ramai orang memperkatakan pembangunan modal insan dan yang difokuskan adalah memajukan akal fikiran dengan ilmu-ilmu keduniaan.

Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa. Dengan taqwa ini sahaja, bangsa kita mampu membangun dan berjaya. Kelemahan ketara bangsa melayu perlu diperhalusi daripada sekarang. Puncanya bukan kerana masalah lahir-lahir ini.

Tapi puncanya kerana tidak mengusahakan taqwa. Tidak menjadikan taqwa itu sebagai pakaian kehidupan. Ayuh, bangsaku melayu, sudah tiba masanya untuk tidak terus tersilap langkah. Mulakan daripada saat ini untuk mengusahakan taqwa dan kelak anda akan dapati hasilnya bangsa anda akan menguasai bukan sahaja negara tetapi dunia.

Sekian. Last edited by mamicun on 15-3-2014 01:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 01:51 PM | Show all posts
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: "ANDAI KATA KAMU SEMUA DAPAT MENGETAHUI APA YANG AKU KETAHUI, NESCAYA ENGKAU SEMUA AKAN SEDIKIT KETAWA DAN BANYAK MENANGIS,PARA SAHABAT MENUTUPI WAJAH MASING-MASING SAMBIL MENDENGAR SUARA ESAKANNYA". (MUTAFFAQUN'ALAIH)





Last edited by nelayan on 15-3-2014 02:51 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 03:16 PM | Show all posts
Mengapa Umat Islam Lemah?

Apabila ahli ibadah tidak takutkan Tuhan,
akhlak mereka hilang,
mereka telah menjatuhkan maruah Islam
secara tidak sedar kepada pandangan orang

Apabila pejuang-pejuang Islam menjadi militan,
keindahan Islam hilang
Kepercayaan orang kepada Islam hilang,
mereka takut dengan Islam dan umat Islam

Apabila orang yang rajin ke masjid tidak ada disiplin
orang yang tidak datang lebih baik daripada yang datang
Orang yang datang telah mencemarkan rumah Allah,
yang tidak datang mungkin ada keuzuran

Apabila umat Islam mundur,
orang lain akan menyangka ajaran Islamlah
yang menjadi penyebab kemunduran

Padahal umat Islam telah lari daripada ajarannya
Di antaranya umat Islam hidup nafsi-nafsi
Rasa bersama dan bekerjasama
di antara yang miskin dan yang kaya tidak ada

Cerdik pandai dengan yang tidak terpelajar tidak seia sekata
Kekayaan individu tidak dapat dirasa merata dan bersama
Tenaga orang miskin tidak punya bersama masing-masing ada haluan

Orang bandar dengan orang kampung
macam ayam hutan dengan ayam kampung
Akhirnya perpaduan dan persatuan tidak ada
Tidak terjadi satu di dalam ramai,
ramai di dalam satu
Maka terjadilah salah satu sebab bangsa menjadi lemah
Lebih-lebih lagilah Tuhan sudah tidak dipeduli sekalipun ahli-ahli
ibadah

Tuhan ada dengan tiada sama saja pada mereka
Pejuang-pejuang Islam pula banyak memperkatakan syariat,
mempromosikan Tuhan amat sedikit sangat

Padahal Tuhan adalah aset pertama dan utama

Tuhan tidak dimanfaatkan oleh umat Islam
kerana harta lebih besar dan utama kepada mereka

Tuhan pun membiarkan kita
Padahnya kita rasa bersama,
kita hina di mana-mana

Insaflah wahai umat Islam!
Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa
Kita akan Tuhan bela












Last edited by Ayun_Maiden on 15-3-2014 03:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 03:49 PM | Show all posts
mamicun posted on 15-3-2014 01:03 PM
Ko ni kena belajar banyak2 lagik bab agama Islam . Ingat Mati banyak2 . Kerana dalam Islam merek ...

betul2....


yg utama ingat mati..taqwa....

dlm bab2 hukum pulam
tak pandai agama takpa, tapi  sampaikan ilmu setakat yg tahu  pun jadi la...

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 04:17 PM | Show all posts
ussopp posted on 15-3-2014 03:49 PM
betul2....


Tau tak apa


Kira otak ko masih serabut sebab banyak sangat ingat bab  doniya . Cepat buang2 semua .
Ingat mati jer . Insya Allah ko akan bijaksana nanti . Bukankah Dengan Mengingati Mati itu akan mengingatkan ko pada Tuhan ?

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 07:16 PM | Show all posts

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”


                                               



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 07:28 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 15-3-2014 12:09 PM
Kebodohan orang Melayu menyebabkan bangsa lain BENCI kepada Islam.

orang Melayu penuh dengan KEBE ...

Kebodohan orang Melayu menyebabkan bangsa lain BENCI kepada Islam.

orang Melayu penuh dengan KEBENCIAN. Selalu cakap kamu banyak dosa, kamu masuk neraka, kamu jahil, hidup kamu sesat. Ini haram , semua haram.

Jika anda lihat betul2, adakah ajaran Buddha penuh dengan kebencian dan syak wasangka?

Adakah Jesus Christ mengajar kebencian?

Hanya Melayu jakun PPRT Felda sahaja yang penuh syak, penuh kebencian, penuh dengan haram yang menyusahkan hidup.


boleh tahan gak ayat hang ni

cuma janganlah diperlekehkan yg jakun2 tuuuu
yg pandai2 berikanlah bimbingan kat depa2 tu
kan baru nampak kecantikan islam ni kannnn

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 07:54 PM | Show all posts
mamicun posted on 15-3-2014 04:17 PM
Tau tak apa

yaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 10:43 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 15-3-2014 12:09 PM
Kebodohan orang Melayu menyebabkan bangsa lain BENCI kepada Islam.

orang Melayu penuh dengan KEBE ...
Jika anda lihat betul2, adakah ajaran Buddha penuh dengan kebencian dan syak wasangka?

Adakah Jesus Christ mengajar kebencian?



Faham2lah haku akan fahaman agama kau .


Ayat-ayat kau semuanya himpunan ayat2 yang terbaik . Cuma heran haku kenapa bila selesai membacanya tak moh juga jadi baik ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari zaman Rasulullah saw lagi.org kafir tetap nenci dgn islam..Aakah nabi yang bersalah?
Nauzubillah tidak sama skali..
So toksah dok kesahlah dorg nak benci islam sbb sejak azali lagi dah mmg ada ja yang menentang Islam...Dorg tu dah sesat apa sj yang nak ajak dorg balik ke pangkal jalan mmglah dorg akan benci..
Mmgalh ada ja melayu yg membuatkan agama tu nampak bodoh...
Tapi bila kita takut dibenci oleh org kafir sedar xsedar kita akan cuba buat benda yang dorg rdha asalkan dorg xsalah faham dgn agam kita..
Sdgkan Rasulullah saw sendiir dah bersabda pasal yahudi nasrani aemua ni takkan redha dgn kita slagi kita xikut dorg...

So betulkan pendirian kita..kita nak Allah redha..Allah suka..bukan nak orang kafir suka...kita nak dakwah kat org kafir..jalan dakwah xsemeatinya alkafirun akan suka..

Last edited by mommymonster82 on 16-3-2014 03:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 06:18 AM | Show all posts
Salam @MMMonster82 dan juga para forumer..

"Sdgkan Rasulullah saw sendiir dah bersabda pasal yahudi nasrani aemua ni takkan redha dgn kita slagi kita xikut dorg..."

500 tahun sebelum Islam golongan yahudi & nasrani ini sudah pun berada di sekeliling musyrikin Mekah. Fahaman mereka sudah pasti telah mempengaruhi kaum arab quraisy yang masih menyembah berhala. Sedangkan Nabi dalam urusan perniagaannya sebelum diangkat menjadi Rasul sering berjumpa dengan pendeta-pendeta yahudi kerana minat beliau untuk mengenal Alloh. Dan dalam A-Quran, Maha Alloh telah memberi amaran tentang hadirnya ahli kitab ini. Banyak kefahaman mereka telah diterap oleh orang Islam.

"So betulkan pendirian kita..kita nak Allah redha..Allah suka..bukan nak orang kafir suka...kita nak dakwah kat org kafir..jalan dakwah xsemeatinya alkafirun akan suka.."

Cuba bayangkan jika tanpa keredhaan Alloh bolehkah mendapat pahala? Keredhaan Alloh itu sudah tentu jauh melebihi pahala. Orang Islam banyak beramal kerana ingin dapatkan pahala. Setiap hari berkira-kira untuk mendapatkan pahala. Dan banyaklah membuat amal dan melakukan yang wajib serta ditambah dengan segala yang sunnat dan yang kifayah. Jika berkira-kira tentang pahala sudah pasti akan dihitung Alloh, kerana itu permintaan diri kita. Adakah juga kita berkira-kira dengan anak-anak kita untuk membalas tanggungjawab untuk membesarkan dia orang?

Benar, berdakwah itu untuk semua manusia kerana semua manusia itu mempunya hanya SATU ALLOH. Hormati mereka yang tidak percaya (Kafir) kerana mereka juga adalah ciptaan Alloh, dan tidak patut orang Islam menghina mereka. Gunakan dakwah yang penuh kelembutan terhadap mereka, dan ubahlah pandangan buruk mereka terhadap Islam dengan perlakuan yang baik-baik .. Sedangkan perkataan 'kafir' sahaja sudah membawa konotasi merendahkan martabat dan pengasingan identiti yang amat ketara, pada hal artinya hanya 'tidak percaya'
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 06:29 AM | Show all posts





Last edited by budakecik on 16-3-2014 06:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ussopp posted on 15-3-2014 12:29 PM
biasala......

kerja kita ialah ambil iktibar dan educate people....both non-muslim dan muslim s ...

Alkohol tu salah satu resepi nk buat arak. Anggur pun salah satu bahan nk buat arak? Haramkah anggur?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 07:09 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 16-3-2014 07:00 AM
Alkohol tu salah satu resepi nk buat arak. Anggur pun salah satu bahan nk buat arak? Haramkah angg ...

Senang cerita apa2 yang memabukkan itulah yang HARAM. Walau pun asalnya HALAL tapi bila di proses , di adun dan di olah sampai memudaratkan baru kira HARAM .


.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.082394 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list