CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vespa_oren

[Dunia] V11 MH370 : Hisham - Cannot confirm "no hijacking,"

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2014 08:44 PM | Show all posts
dugongCute posted on 13-3-2014 08:41 PM
aku terlepas menyebok pasal ni..
aah ada tak diberitahu sapa ek??
yang standby sapa??

takde cakap pun ... takde detail pe pun
cakap waiting list je 4 org tu boarding
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 08:44 PM | Show all posts
Moga-moga MH370 dijumpai segera ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:44 PM | Show all posts
Harapan kita semua agar diberi petunjuk untuk
menjejaki MH370..moga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa di Selatan Spratly  kan ? Act of terrorism .. :Q
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:45 PM | Show all posts
eyansss posted on 13-3-2014 08:42 PM
apa cite cinapek yang terlepas kat india tu?  masih kat india ke dah bawak ke sini?

~tak larat na ...

MAS menafikan ... berita tak benar lagi
takde pun katanya tersasar ke India


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:45 PM | Show all posts
Tiap2 malam iols buat solat hajat.. tiap2 waktu kalau berkesempatan. Harap orang dalam thread ni pun sama.. doakan saudara seislam kita dimana jasad,roh mereka berada agar dijumpai oleh orang yang mencari. sesungguhnya aku sendiri xmampu berfikir kesedihan yang mereka alami. minta dijauhkan dari aku dan keluarga aku musibah seperti ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 08:46 PM | Show all posts
Ada rumah baru dah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:47 PM | Show all posts
ladyxez posted on 13-3-2014 08:45 PM
MAS menafikan ... berita tak benar lagi
takde pun katanya tersasar ke India

abeh yang sampai wartawan taiwan meroyan sama tu?  lagipun diorang ni asek laporan tak benar jek dari hari pertama...  hahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 08:47 PM | Show all posts
carold posted on 13-3-2014 08:32 PM
Semua usaha dan ikhtiar telah digunakan
Harapan terakhir...tunggu hujan turun., seperti kata seorg  ...



Tadi i balik kerja hujan lebat area my house
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:48 PM | Show all posts
dugongCute posted on 13-3-2014 08:41 PM
aku terlepas menyebok pasal ni..
aah ada tak diberitahu sapa ek??
yang standby sapa??

tulah,xde lak ckp,diam cmtuje,ai nk tau gak kot2 ada kaitan ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pc tergempar Pc Tergembar ?? Takde ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:48 PM | Show all posts
stania83 posted on 13-3-2014 08:32 PM
siapa takde keje jom kita tour Nanming pakai google earth. Kat Nanming ade airport nama Guiyang Long ...



Imej dkt google earth bukan latest imej.. Diupdate beberapa bulan sekali
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:48 PM | Show all posts
dah rmh baru?aduii yg ke 10 pun aku belum habis rempit..ni nak start merempit lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:50 PM | Show all posts
eyansss posted on 13-3-2014 08:42 PM
apa cite cinapek yang terlepas kat india tu?  masih kat india ke dah bawak ke sini?

~tak larat na ...

ada ckp berita tu palsu, MAS xada flight terus hong kong ke india
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:50 PM | Show all posts
vespa oi, klu esok x jmpa jugak ko msuk porum pantau tred x?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 posted on 13-3-2014 08:45 PM
Dah jumpa di Selatan Spratly  kan ? Act of terrorism .. :Q

Spratly tu kt mn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 08:51 PM | Show all posts
Ada insan tidak berhati perut

BAGI sebahagian besar ahli keluarga, kering sudah si air mata. Namun dalam seribu keharuan dan kepiluan, masih ada satu harapan: bahawa akan terjadi keajaiban. Dan doa dipanjatkan dari detik ke detik, semoga MH370 ditemukan.

Tidak hanya keluarga dan sanak-saudara terdekat, seluruh rakyat Malaysia sebenarnya berkongsi kesedihan. Sejak pesawat dengan 227 penumpang dan 12 kru itu hilang dari radar awal pagi Sabtu lalu, seluruh negara berasa hiba dan penuh simpati.

Bukan di tempat kita sahaja, seluruh dunia kini memberi tumpuan, berdebar setiap masa, sambil mengulangi pertanyaan serupa: di manakah pesawat Mas dalam penerbangan dari KL ke Beijing itu? Sampai hari ini soalan itu belum berjawab.

Tentu sekali misteri ini mencengkam perasaan. Betapa sebuah pesawat Boeing 777-200ER – dengan enjin Rolls-Royce Trent 800 – yang dianggap sebagai paling selamat, boleh lenyap begitu sahaja. Tiada tanda-tanda ia terhempas, tiada serpihan pesawat ditemui, tiada signal kecemasan, dan tiada tanda kegagalan teknikal di udara.

Ada yang menghantar nota terakhir kepada ayah tersayang menerusi sms, sebelum berlepas dari KLIA malam itu: “Doakan saya selamat...”

Bayangkan perasaan si ayah setiap kali melihat sms tersebut dalam telefon bimbit.
Ada ibu yang terkedu dan tersedu apabila diberitahu anak kesayangannya adalah di antara penumpang dalam pesawat malang itu.

Ada anak yang luluh perasaan sebaik mengetahui ayah dan ibunya juga dalam penerbangan tersebut. Ada jiwa yang kosong kepiluan mengenang nasib kekasihnya. Betapa halnya dua bayi yang juga tersenarai sebagai penumpang.

Pendek kata setiap anggota keluarga terdekat – ayah, ibu, mertua, menantu, opah, anak, suami, isteri dan orang-orang tersayang – semua berduka nestapa atas kehilangan orang-orang tercinta.

Bayangkan apa perasaan kita sekiranya salah seorang penumpang tersebut adalah anggota keluarga kita. Pasti sedih sesedih-sedihnya.

Tetapi, sesetengah kita memang tidak tahu erti sedih. Sebab mereka tiada perasaan, tidak peka. Sebab mereka tidak pandai. Menerusi media sosial mereka meluahkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia normal. Memang mereka spesies tidak normal.

Ketika orang lain berduka, mereka bergembira melalui ‘posting’ yang entah apa-apa. Mereka mempersendakan misteri MH370, membuat andaian-andaian yang melucukan.

Mereka menggunakan media sosial untuk bersuka, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan keluarga terdekat mangsa. Kata-kata di media sosial menggores perasaan orang yang dalam duka nestapa. Sampainya hati!

Pemilik media sosial juga menghentam semahu-mahunya pihak berkuasa yang mengendalikan isu malang ini.

Baik pengurusan MAS, Malaysia Airport Berhad, Jabatan Penerbangan Awam, PDRM, Imigresen dan beberapa lagi agensi, semua digambarkan sebagai tidak cekap, korup, lembap dan lain-lain istilah negatif. Macamlah mereka yang menulis di media sosial itu pandai sangat menguruskan krisis seperti ini.

Mudah sahaja sesetengah pemilik media sosial – agaknya mereka buta! – menuduh kita tidak berbuat apa-apa. Pada hal pihak berkuasa telah berhempas pulas – sepanjang 24 jam, keletihan dan tidak cukup tidur – untuk mengendalikan masalah. Semua tahu usaha-usaha mencari dan menyelamat digerakkan tanpa henti sejak hari pertama, dengan aset sumbangan tujuh negara terdiri daripada 35 pesawat dan 47 kapal.

Malah, sesetengah media sosial mengeluarkan pelbagai teori, andaian, petua dan lain-lain kenyataan, seolah-olah merekalah paling bijak menangani masalah ini. Macamlah mereka lebih hebat dan serba tahu daripada juruterbang.

Macamlah mereka tahu sangat mengenai kejuruteraan udara. Pada hal orang biasa pun dapat menilai apa yang mereka teorikan itu semuanya auta. Bercakap menerusi perasaan, bukan fikiran.

Malang sekali dalam era ICT yang serba canggih ini, kita mempunyai sekian banyak pengendali laman sosial yang berlagak sebagai pakar, pada hal mereka kosong. Orang-orang inilah yang selalu muncul semasa krisis dan mengeluarkan pandangan secara hentam kromo untuk syok sendiri, tanpa sedikit pun belas dan peka terhadap perasaan orang lain.

Usah hiraukan mereka yang syok sendiri. Sebagai insan waras, marilah kita semua berdoa semoga MH370 berserta semua kru dan penumpang segera ditemui.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:51 PM | Show all posts
Thread starter update lah senarai negara2 terlibat dan berapa aset yang mereka hantar di page 1...sejarah tercipta hari in apabila begitu banyak negara yang hulurkan bantuan secara sukarela....akak tgk pc tadi....akak hishamuddin sampai tersebak seketika...akak pun jadi terharu rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:51 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 13-3-2014 08:50 PM
ada ckp berita tu palsu, MAS xada flight terus hong kong ke india



Bukan takde flight terus.. Takde transit

semua mas flight ke china & india are direct flight. Takde transit kat mana2
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:52 PM | Show all posts
AGENT CSI ANDEN...report duty boss??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.108481 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list