oreng tongah gembira dapek kehta baru ..yang ni ...lain pulak ...
Gara-gara kritik MB Perak: Hamidah bakal dipecat dari Umno?
PETALING JAYA: Pengerusi TEKUN, Datuk Hamidah Osman (gambar) dijangka dipecat dari Umno kerana mengkritik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di laman sosial Facebook.Umno Bahagian Gopeng telah menyerahkan laporan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung perkara tersebut. Laporan tersebut dikemukakan melalui peruntukan Perlembagaan Fasal 20.5. Mesyuarat khas semalam turut sebulat suara menyatakan Hamidah didapati melanggar tataetika parti di Perkara 3, Perkara 5.3 dan Perkara 7.1 Tataetika Parti. Perkara 3 Tataetika Parti ialah Kesetiaan iaitu setiap ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan tataetika, mengikut perintah parti, patuh dan menghormati keputusan parti, menjaga rahsia parti dan memelihara nama baik dan maruah parti. sepenuh:http://www.freemalaysiatoday.com/
|