CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9842|Reply: 84

[Tempatan] {7} ‘Bomba dah penat’ kata Ketua Pengarah!

[Copy link]
Post time 12-3-2014 06:43 AM | Show all posts |Read mode
12 Mac 2014

Seremban: “Bomba sudah penat.” Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berikutan sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu melakukan pembakaran terbuka hingga menyebabkan keadaan bertambah kritikal terutama kualiti udara.


Keadaan itu menjejaskan kualiti udara terutamanya di Lembah Klang yang mencatat indeks pencemaran udara (IPU) dalam kategori ‘tidak sihat’ sejak 4 Mac lalu.


Wan Mohd Nor berkata, pihaknya mengendalikan 500 kes kebakaran terbuka di seluruh negara membabitkan hutan, belukar, ladang dan sampah sejak Februari lalu.


“Panggilan kebakaran itu adalah lima kali ganda berbanding sebelum ini.

Sudah tiba masanya orang ramai memberi perhatian serius dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka atau membuang sesuatu yang boleh menyebabkan kebakaran.


“Bomba rasa kepenatan kerana ramai pegawai dan anggota yang bertugas tidak sempat balik ke balai bomba dan penyelamat masing-masing kerana senarai panggilan tidak putus-putus,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Terpuji di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan, Seremban 2, di sini, semalam.


Katanya, walaupun kebakaran hanya membabitkan keluasan yang kecil, sekiranya tidak dipadam ia boleh merebak dan menjejaskan bangunan atau ladang berhampiran hingga menyebabkan kerugian besar.


“Hasil siasatan, kami mendapati kebakaran berlaku berikutan tindakan individu yang melakukan pembakaran terbuka sama ada pembakaran sampah dan kebun.


“Dalam keadaan cuaca panas ketika ini, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran sesuka hati, sekali gus mengelak jerebu berlaku,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya menyambut baik tindakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengeluarkan arahan menghentikan semua aktiviti pembakaran terbuka dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan aktiviti itu.


“Bomba bertindak memadamkan kebakaran dan menyiasat punca kebakaran itu, namun JAS akan menyiasat individu bertanggungjawab dan mengenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar,” katanya.-myMetro

p/s Betul ...senang belukar terbakar skrg...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 06:50 AM | Show all posts
Tangkap dan bakar je kaki bakar tersebut..btw bomba pun patut dpt elaun lbh mcm askar dan polis...teruk kerja diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 06:58 AM | Show all posts
Kesian aku dgn bomba2 nih. Tak abis2 org dok buat open burning. Bila lah JAS nak amik tindakan pd org2 yg suka bakar sampah/hutan bagai nih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:00 AM | Show all posts
ada semak, belukar especially yg kt tepi2 jalan raya terbakar sbb perokok yg buang puntung rokok sesuka hati dia je..... selagi ada perokok, selagi tu la pencemaran udara tak blh dielakkan & skrg risk kebakaran sana sini makin tinggi...

aku jd bomba pun aku penat..... baik concentrate pd kebakaran yg may be terlibat nyawa orang..... harta jdk yg kedua priority di waktu2 kemarau & kurang air ni..... semak, belukar pulak kemudian2 la... pandai2 la yg tinggal area situ laksanakan tanggungjawab sosial mereka...

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:09 AM | Show all posts
lalu hiway..byk pokok dah rentung...dengan keadaan skang nih, memang senang sgt nak terbakar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:15 AM | Show all posts
bomba penat?? tk leh pancut?? lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2014 07:32 AM | Show all posts
Salaam.

Kesian bomba.

Susah nak ajar rakyat Malaysia yang BENGAP2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:35 AM | Show all posts
aku teringat. sabtu lepas dalam 10malam. bomba datang kat flat kg baru.
ada orang nampak api kat flat tinggi tu. bila bomba datang, rupanya ada makhluk bijak bakar tilam kat tangga kecemasan
eeee...... xpasal2 abang2 bomba datang berlomba2 nak menyelamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 07:52 AM | Show all posts
byk gila skop keja bomba ni,patut dpt elaun lebih la mcm polis tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:58 AM | Show all posts
kalo kt gebeng,dkt dgn kilang lynas nehh,mmg teruk giler.byk hutan yg t'bakar@dibakar(?)...sape2 yg naik moto p keje pagi2,mmg mkn asap laa jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:00 AM | Show all posts
aku tgk encik2 bomba siap berkampung kt situ dok padam api & w/p api dh padam,tanah ttp berasap wooo....bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:03 AM | Show all posts
tu la..sama kat sini..dh hidu asap tiap2 hari. manusia mana la letak otak kat tapak kaki pi bakar hutan sesuka hati. kalau dapat tangkap, humban sekali manusia tu dalam hutan terbakar. menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:04 AM | Show all posts
tu la..sama kat sini..dh hidu asap tiap2 hari. manusia mana la letak otak kat tapak kaki pi bakar hutan sesuka hati. kalau dapat tangkap, humban sekali manusia tu dalam hutan terbakar. menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:06 AM | Show all posts
hari tu nampak bomba dok berkhemah tepi highway...diorg tdo situ rasenyer...kesian sgt
dalam keadaan cuaca panasssss melampau...kering...kene angkat hose yg berat gilerr..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:08 AM | Show all posts
kat kawasan umah aku nih banyak kebun kelapa sawit
time2 musim kering panas berangin nih laaa diaorg nih sibuk dok bakar2 kebun
dari petang semalam sampai malam tadi 4 kali bomba keluar masuk dok padamkan kebun
sehingga pagi tadi, masih berasap lagi
dh la punca air pun susah nk dapat

aku la yg makin tensen..hari2 dok sedut asap!
rasa nak bako aje tuan kebun tu!!!!     
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah...dah memang tugas dia. Kena la buat. Lagipun bukan sepanjang masa rakyat tak bertamadun bakar sampah secara terbuka. Musim kemarau je rajin sgt.

Lepas ni polis , misi n doktor pun kena akan komplen.ramai sgt org jahat .org sakit setiap hari.

Makcik pakcik tukang sapu pun kena buat komplen sebb hari2 dok sapu sampah yg dibuang oleh rakyat yg tidak berkesedaran sibik ni:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 08:10 AM | Show all posts
kesian weh abang bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:18 AM | Show all posts
mendidik tu kena dari anak anak kecik
masalahnya kat Msia ni masih ramai mak bapa yang bengap tak boleh diajar so macam mana nak ajar anak
buang sampah di dlm tong yg dikhaskan, meludah jangan merata rata
kalau puntung rokok tu di mana saja rakyat Msia buang
sikap tak apa nanti ada org bersihkan dah sebati dalam diri
tu jangan pelik kalau terbakar sana sini
dalam Majalah 3 semalam kisah bomba tangkap ular tedung,
bila tengok rumah yg dimasuki ular tu bukan macam rumah, bersepah
ni semua sikap org Msia yg mendorong kepada bahaya

Setuju bomba patut dapat elaun lebih sebab kerja yg dibuat tu macam-macam yg org lain tak berani buat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:20 AM | Show all posts
Dulu tempat keje lama, ada sorang staf baru ni suka hisap rokok dalam pejabat.

Oleh kerana dia ANAK EMAS bos, bos buat dek jer.

Lepas sebulan, aku jadi semput...nak tarik nafas dalam2 pun tak boleh.

Rokok staf tu punya pasal.

Tu baru rokok, kalau asap lain...lagi la teruk.

Kesian korang.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:28 AM | Show all posts
meme kesian tengok
kita sendiri xtahan cuaca panas skrg nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082464 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list