CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mziskandar

[Dunia] Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 [Hari ke X]

[Copy link]
Post time 11-3-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MH370: Warga sukan adakan solat hajat esok

KUALA LUMPUR: Bagi mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan solat hajat esok.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong akan bersama warga sukan tanah air, temasuk atlet dan jurulatih kebangsaan akan hadir bagi menunaikan solat berkenaan.

Seluruh warga sukan dan petugas media turut dijemput agar bersama menunaikan solat hajat yang akan diadakan di Surau Casa 2, MSN, Bukit Jalil pada jam 1 petang esok.

Pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga kini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 18:34 (MYT)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 07:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 07:54 PM | Show all posts
Lapan penduduk dengar bunyi dentuman buat laporan polis di Marang


MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

- BERNAMA.


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ran-polis-di-Marang


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:10 PM | Show all posts

PETALING JAYA: Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
   
Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.
   
"Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang di sini  hari ini.
   
Turut melawat pusat itu ialah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.
   
Abdul Aziz berkata, bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.

Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu telah dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.
   
"Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 ini," katanya.
   
Pada Sabtu lepas, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
   
Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
MH370: Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4 beg

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 18:51 (MYT)-awani online Last edited by clarizsa on 11-3-2014 08:15 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2014 08:28 PM | Show all posts
MH370 latest: Interpol says terrorist act unlikely

he disappearance of Malaysian Airlines Flight MH370 was most likely not due to a terrorist attack, the secretary-general of international police agency Interpol said Tuesday.

"The more information we get, the more we are inclined to conclude it is not a terrorist incident," Ronald K. Noble told reporters.

"The focus of the world right now and of law enforcement…should be on trying to find the plane and hopefully find survivors, as difficult as they might be to believe that might occur, and to helping support the investigation on the ground."
He said the two passengers with stolen passports were Iranians who had swapped their passports in Kuala Lumpur and used stolen Italian and Austrian passports to board the missing plane.

Noble's news conference came hours after Malaysia's police chief said the investigation into the missing Malaysian Airlines flight was focused on four main areas that include personal and psychological problems, as the search effort for the missing jet expanded its reach.

Source : CNBC
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 08:29 PM | Show all posts



In Search of MH370: Press Conference on Missing MAS Plane said that the Austrian passport syndicate holder was a 19 years old Iranian who intended to migrate in Germany. The on going investigation is done on all aspects. #PrayforMH370 #MH370Coverage  #MH370

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:30 PM | Show all posts




Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein is scheduled to join the Search and Rescue mission at the site in locating the missing Malaysia Airlines MH370 today.

He also stated his intention on Twitter earlier, urging Malaysians to also continue to pray for the passengers, crew and their families.

#ntv7 #7Edition #MAS #MalaysiaAirlines #PrayForMH370


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 08:47 PM | Show all posts
http://www.malaysiakini.com/news/256795

Laporan: Pembantu juruterbang berpoya-poya

Satu laporan yang muncul di media Australia menggambarkan perspektif berbeza ke atas sikap seorang pembantu juruterbang untuk pesawat MH370, yang masih belum ditemui sehingga kini.

Laporan TV Channel 8 Australia itu menggariskan dengan terperinci tindakan pembantu juruterbang itu, Fariq Abdul Hamid ketika membantu mengemudi satu penerbangan lain dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut, Fariq merokok dan berpoya-poya dengan dua orang penumpang wanita di kokpit kapal, ketika pesawat yang dinaiki sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Roos memberitahu rancangan TV A Current Affair bahawa beliau dan Maree turut merakam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.

“Sepanjang penerbangan tersebut mereka berbual-bual dengan kami dan turut merokok ketika dalam penerbangan, yang saya rasa tidak dibenarkan.

"Pada satu peringkat, mereka turut berpaling ke arah kami sepanjang masa dan berbual dengan kami.

"Mereka sangat berminat dengan perbualan tersebut, dan dia turut memegang tangan kawan saya dan berkata, 'tangan anda sangat berkedut. Itu bermakna anda sangat kreatif' dan turut menegur pengilat kukunya,” kata Roos.

Menurut laporan berkenaan, Fariq mengenalpasti warga Afrika Selatan ketika kedua-duanya sedang menunggu untuk menaiki penerbangan tersebut di lapangan terbang Phuket pada Disember 2011.

Katanya, seorang pramugari menjemput mereka untuk ke kokpit kapal penerbangan Phuket-Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, juruterbang pesawat MH370 pula, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, digambarkan sebagai seorang yang amat meminati dunia penerbangan dan turut memasang sistem simulasi penerbangan di kediamannya.



Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 09:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 09:36 PM | Show all posts
alamak cemolot, posting camne xbest ek nk diterima ke idak....kalau betul , kesian ler dia n malu ler kita msia
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 09:45 PM | Show all posts
Malaysia secara rasmi meminta bantuan Jepun untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.

Sebagai permulaan Jepun akan menghantar 4 orang askarnya dan sebuah pesawat ke Malaysia secepat mungkin.

Lebih banyak askar dan pesawat susulan rancang  dihantar oleh Jepun.


http://headlines.yahoo.co.jp/hl?a=20140311-00000123-mai-pol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.105780 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list