CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mziskandar

[Dunia] Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 [Hari ke X]

[Copy link]
Post time 11-3-2014 03:51 PM | Show all posts
RM16,000 initial aid for MH370 families

Malaysia Airlines (MAS) regional Senior Vice president for China Joshua Law Kok Hwa said MAS will provide a total of 31,000 Yuan (RM16,577) in initial financial assistance to all families over and above
their basic needs.
   
He said the airline would bear all the expenses for at least one week for the families who decide to stay in Beijing or leave for Kuala Lumpur, Chinese state-run newspaper People's Daily reported.
   
It has been more than 48 hours since MAS Flight MH370 went missing while en route from Kuala Lumpur to Beijing.
   
In the latest statement issued by MAS on Monday, it said it was working closely with the government of China to expedite the issuance of passports for the families intending to travel to Malaysia, as well as with Malaysian
Immigration on facilitating their visas.
   
The national carrier was deploying an additional aircraft to bring the families from Beijing to Kuala Lumpur on 11 March 2014, the statement said. – Bernama, March 11, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
SEPANG: Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand. Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 15:59 (MYT)
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua penumpang misteri tidak mungkin tidak mungkin pengganas, kata polis pengganas, kata polis Thailand


KUALA LUMPUR: Polis Thailand tidak yakin dua lelaki yang menaiki pesawat Malaysia Airlines yang dengan menggunakan pasport yang dicuri adalah pengganas, sebaliknya percaya mereka mungkin pelarian yang mencari suaka.

"Kami belum mengenepikan (kemungkinan
mereka pengganas) tetapi bukti-bukti yang kami dapat bertentangan dengan pandangan bahawa mereka pernah terlibat atau terlibat dengan keganasan," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome kepada Reuters di Bangkok.

Bukti-bukti itu termasuk penglibatan dua lelaki Iran yang membuat tempahan dengan sebuah agensi pelancongan dan memungut tiket tersebut bagi pihak dua penumpang misteri itu.

Akhbar Financial Times pada Selasa mendedahkan dua lelaki itu membeli tiket penerbangan mereka melalui orang tengah yang dikenali dengan nama Ali.

Mereka membeli tiket dengan harga yang paling murah untuk penerbangan ke Beijing dan seterusnya ke Eropah.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki.

"Sebaliknya, mereka meminta tiket dengan harga tambang murah serta tidak menyatakan dengan khusus laluan atau syarikat penerbangan," tambah Supachai.

Polis Thailand turut mencari seorang warga Iran yang mengambil tiket mereka daripada agensi pelancongan itu dan membayarnya dengan tunai. Lelaki itu dikenali dengan nama Hasem dan diketahui berada di Pattaya.

Ia percaya dua lelaki Iran itu mungkin terlibat dengan perdagangan penyeludupan manusia kerana Ali dikatakan sudah berlanggan tiket penerbangan dengan agensi pelancongan itu sejak tiga tahun lalu.

Ia juga percaya Ali menempah tiket-tiket penerbangan sepanjang tiga tahun itu untuk warganegara Iran.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin menegaskan bahawa pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mematuhi semua protokol keselamatan yang ditetapkan standard antarabangsa.

Oleh itu, siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan untuk menaiki pesawat MH370 itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan pemalsuan pasport.

Beliau juga mengesahkan, selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki Asia.



Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 15:12 (MYT)
Last edited by clarizsa on 11-3-2014 04:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:31 PM | Show all posts
gambar 2 org suspek yg dikenalpasti menggunakan passport palsu

source: http://www.theguardian.com/world ... traits-live-updates

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:33 PM | Show all posts
A man travelling on a stolen passport on a missing Malaysian jet was a young Iranian who is not believed to have terrorist links, Malaysian police say.

They say the 19-year-old - named as Pouria Nour Mohammad Mehrdad - was probably migrating to Germany.

Investigations are continuing into a second man using stolen documents.

Malaysia Airlines Flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing went missing on Saturday, after taking off with 239 on board. The search has been widened.

Group shot
Pouria Nour Mohammad Mehrdad is second from the left. The young man on the far right is believed to have travelled with him on the missing plane.
Experts have said the presence of two people with stolen passports on a plane was a breach of security, but is relatively common in a region regarded as a hub for illegal migration.

Malaysia's police chief Inspector Gen Khalid Abu Bakar said the young Iranian was "not likely to be a member of a terrorist group", adding that the authorities were in contact with his mother in Germany, who had been expecting her son to arrive in Frankfurt.

Without a trace
The authorities' statement supports an account given to the BBC by a young Iranian in Kuala Lumpur who says he was a school-friend of one of the men who boarded the airliner using a stolen passport.
[img]http://news.bbcimg.co.uk/media/images/73496000/jpg/_73496407_guy.jpg[/img]
He says the friend and another Iranian, also using a stolen passport, stayed with him before taking the Malaysia Airlines flight, and that they had hoped to settle in Europe.

Reports from Thailand suggest that the tickets of the two men, routing them to Amsterdam via Beijing, had been bought through a Thai travel agent and an Iranian middleman.

Officials say they still have no idea what went wrong with the aircraft.


The BBC's Richard Westcott examines how a plane can vanish without trace
None of the debris and oil slicks spotted in the water so far have proved to be linked to the disappearance.

Four areas of investigation were focused on the possibility of human agency, the police chief said: hijacking, sabotage, psychological problems or personal problems with passengers or crew.

The passengers on the flight were of 14 different nationalities. Two-thirds were from China, while others were from elsewhere in Asia, North America and Europe.

Police hold handout pics
Police released pictures of the young Iranian man
At least 40 ships and 34 aircraft are taking part in the search in the seas off Vietnam and Malaysia.

Search teams from Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, Philippines, New Zealand and the United States of America are assisting.

Malaysian civil aviation chief Azharuddin Abdul Rahman said the search was being conducted "on both sides" of the peninsula.

The area has been expanded from 50 nautical miles from where the plane had disappeared - over waters between Malaysia and Vietnam - to 100 nautical miles (115 miles; 185km).

http://www.bbc.com/news/world-asia-26525281
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2014 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:35 PM | Show all posts
clarizsa posted on 11-3-2014 04:22 PM
http://img.astroawani.com/2014-03/61394524753_295x200.jpg

tolong tempekkan....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 04:48 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:48 PM | Show all posts
Ong Ka Ting ditugas menyelaras hal operasi MAS di Beijing
Haider Yutim | Kemas kini: Mac 11, 2014
Tweet

Pin It email comments
Ong Ka Ting ditugas menyelaras hal operasi MAS di Beijing
Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting telah ditugaskan untuk membantu dan menyelaras semua perkara berkaitan operasi dengan Penerbangan Malaysia (MAS) di Beijing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam sebuah kenyataan pada Selasa berkata, MAS akan memastikan segala keperluan asas, keselesaan dan sokongan mental diberikan kepada keluarga penumpang MH370 yang hilang sejak Sabtu.

"Kepada keluarga kru yang berada di atas MH370, kami turut merasakan kepedihan dan kebimbangan anda. Mereka adalah keluarga MAS dan kami sangat terkesan dengan peristiwa malang ini," katanya.

Kata beliau, MAS mempunyai tugas khas untuk menjaga keluarga penumpang-penumpang tersebut di mana ia turut dibantu oleh Mercy Malaysia dan Tzu Chi dari segi kaunseling dan psikologi.

Selain itu kata Ahmad Jauhari, pegawai-pegawai kerajaan China di Malaysia juga sedang bekerjasama rapat dengan MAS dengan menempatkan wakil kedutaan mereka di Pusat Operasi Kecemasan bagi membantu dalam hal-hal kecemasan.

MAS turut memberitahu akan sentiasa bersikap telus dalam berhubung dengan orang awam melalui media dalam apa jua perkara berkaitan pesawat Boeing 777-200 MH370 itu.

Usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak lebih 80 jam lalu diteruskan hari ini dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.

Kawasan itu meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... di-beijing-31652?cp
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:06 PM | Show all posts


wajah asal pemilik passport yg dicuri(kiri) dan wajah org yg menggunakan passport yg dicuri(kanan)
seiraskan?
Last edited by alahai on 11-3-2014 05:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:14 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MH370: Polis siasat 4 faktor utama termasuk faktor utama termasuk kemungkinan rampasan kemungkinan rampasan pesawat


KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memberi tumpuan kepada empat faktor utama di dalam penyiasatan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah memasuki hari keempat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata empat faktor tersebut adalah kemungkinan rampasan pesawat, sabotaj, masalah psikologi penumpang serta anak kapal dan masalah peribadi mereka.

Apabila ditanya mengapa faktor seperti masalah mekanikal pesawat dan kesilapan juruterbang tidak disiasat, Khalid berkata polis hanya akan terlibat dengan empat fokus utama di dalam penyiasatan yang diketuai oleh Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah.

“Pihak pakar pesawat seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airports Berhad (MAB) akan menyiasat faktor lain seperti masalah mekanikal pesawat dan kesilapan juruterbang,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata beliau telah mendapatkan gambar dan profil 153 warganegara China yang menaiki pesawat MH370 daripada pihak keselamatan awam negara itu.

“Kami juga telah mendapatkan rakaman video bertarikh 7 dan 8 Mac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain itu, kami sedang berhubung dan memeriksa dengan pegawai daripada jabatan lain untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang kesemua penumpang,” katanya.

Khalid turut berkata pihaknya telah berkomunikasi dengan 14 negara lain dari mana kebanyakan penumpang berasal dan telah bertukar informasi dengan pihak risikan.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 16:31 (MYT)


p/s: @alahai , thanx tolong tepek picca td, dan yes sgt seiras dgn pemilik asal passport.. (*^﹏^*)
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:16 PM | Show all posts
ok..aku agak lost kat sini..yg berdua ni naik ke tidak flight tu? Kalau tak naik, kenapa diaorang cehck in?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:21 PM | Show all posts
AngsaMerah posted on 11-3-2014 05:16 PM
ok..aku agak lost kat sini..yg berdua ni naik ke tidak flight tu? Kalau tak naik, kenapa diaorang ce ...

segala perbincangan - soalan sila ke thread ni ya
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

kat sini cuma maklumat - info terkini MH370
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:30 PM | Show all posts
AngsaMerah posted on 11-3-2014 05:16 PM
ok..aku agak lost kat sini..yg berdua ni naik ke tidak flight tu? Kalau tak naik, kenapa diaorang ce ...

Penumpang pasport curi disahkan warga Iran, kata KPNAstro Awani| Kemas kini: Mac 11, 2014
Eoria Nour Mohammad Mehrdad, warga Iran yang menggunakan pasport curi - Foto Astro AWANI

SEPANG: Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/penumpang-pasport-curi-disahkan-warga-iran-kata-kpn-31662?cp

Last edited by JoyahJay on 11-3-2014 05:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 06:47 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MH370: Masih tiada MH370: Masih tiada petunjuk -petunjuk -Hishammuddin Hishammuddin


SUBANG: Operasi mencari yang dilakukan bagi mengesan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ketiga hari ini, masih gagal mengesan sebarang penunjuk.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Tun Hishammuddin berkata usaha bagaimanapun akan terus diperhebat dengan memperluaskan kawasan carian selain penglibatan pelbagai pihak termasuk nelayan.

"Saya mahu nyatakan di sini bahawa kawasan yang kita mahu cari pesawat terbabit merupakan kawasan yang cukup luas dan ini menginsafkan saya kerana memang sukar untuk mengesan.

"Tetapi kita tidak akan putus asa dan saya gembira kerana ramai yang tampil untuk membantu dengan terbaharu dari negara Brunei yang turut menyertai usaha pencarian," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang hari ini.

Katanya sehingga kini jumlah aset yang dikerahkan untuk operasi itu meningkat kepada 42 kapal dan 35 pesawat yang merangkumi pencarian di kawasan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Katanya pada masa ini sebanyak 16 buah kapal dan 14 pesawat sedang melaksanakan operasi mencari pesawat MH370 itu di Selat Melaka, sementara di Laut China Selatan membabitkan 26 buah kapal dan 21 pesawat.

Dalam pada itu Hishammuddin turut mengalu-alukan penyertaan pihak lain seperti nelayan yang dikatakan mampu menjadi mata dan telinga bagi mencari atau mengesan sebarang penunjuk mengenai pesawat MH370.

"Tadi sewaktu saya meninjau operasi pencarian di Selat Melaka dengan menaiki pesawat, saya dapati banyak kapal-kapal nelayan beroperasi di sana dan saya yakin mereka boleh membantu," katanya.

Beliau berkata dengan penyertaan pelbagai pihak diharapkan akan dapat mengesan penunjuk yang boleh membawa kepada perkembangan yang lebih bermakna terhadap operasi mencari pesawat itu.

Pada Sabtu lepas, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal itu hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 11, 2014 17:47 (MYT)
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
identiti individu kedua dikenalpasti sebagai DELAVAR SEYED MOHAMMAD REZA, 30 , warga Iran..

sumber, astro awani..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.159129 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list