CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4262|Reply: 11

Tips penjagaan kanta lekap

[Copy link]
Post time 27-2-2014 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Mata adalah antara organ terpenting pada tubuh badan manusia dan merupakan satu anugerah daripada Allah S.W.T kepada manusia. Ini kerana tanpa mata sukar bagi seseorang untuk melakukan urusan harian.

Oleh itu penjagaan mata harus dititikberatkan oleh semua, terutamanya bagi anda yang memilih untuk menggunakan kanta lekap sebagai pengganti kepada cermin mata.
Kanta lekap merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Ramai yang memilih untuk memakai kanta lekap kerana lebih bebas bergerak dan turut dapat melakukan aktiviti lasak tanpa batasan. Ianya lebih ringan melekat di mata berbanding memakai cermin mata.

Namun dalam keselesaan memakai kanta lekap, kita harus fahami cara penjagaan yang betul sebelum memakai kanta lekap. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips penjagaan kanta lekap untuk panduan anda.

Basuh tangan sebelum guna
Harus mejadi kebiasaan membasuh tangan dengan sumber air yang bersih disertakan sabun untuk menghalang bakteria dari terus melekat di tangan. Jangan pula selepas membasuh tangan anda menyapu bahan kimia seperti serum rambut, losyen tangan kemudian memakai kanta. Bahan kimia yang ada nanti akan termasuk sekali ketika kita membasuh kanta lekap di tapak tangan. Akibatnya, apabila anda memakai kanta lekap, mata anda anda berasa pedih dan penglihatan menjadi kabur. Seeloknya, keringkan dengan tuala kering.

Sentiasa cuci kanta lekap anda menggunakan air pencuci khas (solution)
Cara penjagaan kanta lekap berbeza mengikut jenis kanta lekap yang dipilih. Apa yang penting, sentiasa cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan menggunakan air suam dan lap dahulu.

Jangan guna air paip
Walaupun anda menggunakan air paip yang sudah ditapis, ianya tidak menjamin kebersihan kualiti air tersebut. Pastikan anda membasuh kanta lekap dengan menggunakan air khas untuk kanta lekap.

Buang kanta lekap jika merasa pedih mata apabila guna
Apabila mata anda berasa pedih dan kelihatan kemerah-merahan, buang kanta lekap yang dikhuatiri telah lama digunakan dan mempunyai habuk di dalamnya. Cuci semula dengan air pencuci khas, kemudian pakai semula. Jika masalah berulang kembali, berhenti memakai dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Pakai cermin mata gelap dengan perlindungan UV
Apabila anda memilih untuk memakai kanta lekap, ianya akan menjadi lebih sensitif dengan sinaran cahaya matahari (UV) pastikan ketika anda memandu kereta atau berjalan di tempat terik matahari, pakai kacamata hitam untuk mengelakkan kanta lekap anda rosak.

Pakai kanta lekap sebelum mula bersolek
Seeloknya, letak dahulu kanta lekap di mata sebelum memakai alat solek. Jika anda memakai kanta lekap selepas bersolek, dikhuatiri alat solek akan masuk ke dalam mata dan menyebabka mata pedih. Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda di luar sana yang ingin memakai kanta lekap.
Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda di luar sana yang ingin memakai kanta lekap.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 03:39 PM | Show all posts
sentiasa ikut seperti di atas..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:49 PM | Show all posts
sentiasa ikut mcm di atas..

nk tnya..ok x kalo pakai lens masa berenang? kalo kena pku google..amik yg google xda power ok x?
lens+ google biasa je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2014 09:22 AM | Show all posts
lil_sparky posted on 28-2-2014 05:49 PM
sentiasa ikut mcm di atas..

nk tnya..ok x kalo pakai lens masa berenang? kalo kena pku google..am ...

kita tunggu forumer yg pakai lens n berenang jawab ek..sbb sy pakai 4 mata..
takut nak pakai lens wlpun keinginan tu dah lama ada..
suka nk pakai....tp................
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 05:27 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 1-3-2014 09:22 AM
kita tunggu forumer yg pakai lens n berenang jawab ek..sbb sy pakai 4 mata..
takut nak pakai lens ...

lil pki spek waktu mlm or masa dok umh. prefer pki lens..sng nk wat aktiviti..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 10:25 AM | Show all posts
aku dl nak tido je bukak contact lens..nak mandi laut pon pakai contact lens...gila betul ms tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2014 03:04 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 28-2-2014 05:49 PM
sentiasa ikut mcm di atas..

nk tnya..ok x kalo pakai lens masa berenang? kalo kena pku google..am ...

i pon nak taw gak jawapannyer..
lei ke pake lens n gogel dalam air masin??
means mcam scuba diving semua tue..

xbes la xnmpk ape2 kloe xpake spek..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 04:02 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 28-2-2014 05:49 PM
sentiasa ikut mcm di atas..

nk tnya..ok x kalo pakai lens masa berenang? kalo kena pku google..am ...

masa sy gi snorkeling kat pulau redang aritu sy pakai lense kaler2 & google xde power....google power leceh sbb klu bukak trs blurr....tp jgn air msuk mata la...pedih gile nak tenyeh2 x boleh sbb nnti lense tercampak dlm air....hahaha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2014 04:35 PM | Show all posts
saya selalu mekap dulu....tp sblm pakai maskara baru pakai contact lense.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 04:49 PM | Show all posts
220796 posted on 5-3-2014 04:02 PM
masa sy gi snorkeling kat pulau redang aritu sy pakai lense kaler2 & google xde power....google po ...

lil pon pki lens masa snorkelling..mmg xda mslh..cuma aritu btau kt trainer swimming..dia suh cari google yg ada power... jdnya...dok belah bahagi nk msk class swimming ka x
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 02:17 PM | Show all posts
dulu time belaja swimming memang pakai lens.. tapi bile trainer tau dia kata tak galakkan sangat.. tapi better kalau macam nak pakai lens especially nak gi diving ambik yang disposable daily.. for hygiene purpose la kalau was was.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 03:54 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 28-2-2014 05:49 PM
sentiasa ikut mcm di atas..

nk tnya..ok x kalo pakai lens masa berenang? kalo kena pku google..am ...

iols snorkeling pakai lens dengan jayanya! hahaa
siap ada abang tu kata, ni mesti lens mahalll. pdahal lens korea tu jek.
tapi habis tu iols tak berani nak pakai lens tu. even lepas snorkeling pakai lens tu ok je, kira macam tak pedih2 la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055906 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list