CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2176|Reply: 14

[Tempatan] Serbu Pasar Pudu, pasar borong - PATI nak menega pun kaco kah lol

[Copy link]
Post time 25-2-2014 08:17 AM | Show all posts |Read mode

  • Warga asing yang ditahan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak.



KUALA LUMPUR - Aktiviti perniagaan oleh warga asing di Pasar Borong Selayang dan Pasar Pudu, awal pagi semalam terbantut apabila ‘port’ mereka diserbu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi secara bersepadu, Ops Tegas, di sini, semalam.

Ada yang cuba melarikan diri, tidak kurang juga yang meninggalkan barang peniagaan mereka begitu sahaja bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Namun kecekapan pihak berkuasa menyaksikan lebih 100 ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen yang sah.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Minhad  Ahmad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang didapati menjalankan perniagaan secara tidak sah dan juga menjadi pembantu gerai tanpa pemantauan pemilik.

Menurutnya, kesemua ditahan diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan lanjut.

“Selain tangkapan 108 warga asing, sebanyak  32 gerai juga dikenakan tindakan sita di bawah Akta 3(1)  Undang-Undang Kecil Pelesenan, Penjaja dan  Gerai 1989 kerana tidak mendapat kebenaran DBKL.

“Undang-undang tersebut jelas menyatakan warganegara yang ingin menjaja perlu mendapatkan kebenaran dan gerai mereka tidak  boleh disewakan kepada warga asing.

“Warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan ini dipercayai menyewa gerai dengan kadar RM4,000 hingga RM6,000 sebulan daripada pemilik lesen, jadi perkara ini akan dirujuk kepada jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut ,” katanya selepas operasi tersebut di  Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak, di sini semalam.

Operasi yang bermula jam 4.30 pagi hingga 11.30 pagi itu melibatkan 120 anggota dan  pegawai DBKL, PDRM,  jabatan  imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Difahamkan operasi sama akan terus dilakukan tiga kali sebulan bagi mengekang aktiviti perniagaan secara haram oleh warga asing.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2014 08:18 AM | Show all posts
“Undang-undang tersebut jelas menyatakan warganegara yang ingin menjaja perlu mendapatkan kebenaran dan gerai mereka tidak  boleh disewakan kepada warga asing.


deme nin semue patut di sule jxbx kasi bersihkan buasir deme je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:30 AM | Show all posts
gerai haram beroperasi berada dimana2 shj tambah2 di klang valley
malaysia ni mmg lubuk rezeki kepada pendatang asing
org kita plak duk goyang kaki kat kedai kopi..tunggu duit brim
tak dapat meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:32 AM | Show all posts
banyak berkonsepkan ali baba bujang lapok daa.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:35 AM | Show all posts
Warga kita ni nak short cut sahaja, nak kaya malas nak meniaga lesen sewakan kepada PATI, dia goyang kaki di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:23 AM | Show all posts
memang dah penuh dorang kat pasar selayang tu.. skg nieyh nak pegi pon rase cam tak berani.. nak lalu pon rase seriau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2014 09:42 AM | Show all posts
Eleh..yg kat area cenrral market..pudu tu berlambak2..siap gantung daging depan kedai lg..awat buat x nampak?? Ibu negara kunun..kokdiang lg aman..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 09:48 AM | Show all posts
gaara_X posted on 25-2-2014 08:32 AM
banyak berkonsepkan ali baba bujang lapok daa.....

cina pun da terjebak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 10:01 AM | Show all posts
rakyat asing sibuk bekerja mencari rezeki warga Malaysia sibuk baring atas jalan mohon BRIM lepas dapat BRIM dok sibuk belanja p KFC pas abes BRIM sibuk dok baring atas jalan menjerit mintak BRIM dalam masa yang sama warga asing gigih meniaga mencari rezeki kerana warga Malaysia yang dapat BRIM sibuk nak membeli apakah semua ini kebajikan negara katanya tukang baring atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 10:01 AM | Show all posts
DianKdeja posted on 25-2-2014 08:30 AM
gerai haram beroperasi berada dimana2 shj tambah2 di klang valley
malaysia ni mmg lubuk rezeki kepa ...

dpt lesen berniaga bg yindon..... pastu klau penguatkuasa mai.... klaim depa staff...
mmg sonok goyang kaki ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 10:31 AM | Show all posts
imikgrason ..mano poyi ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 10:32 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 25-2-2014 10:31 AM
imikgrason ..mano poyi ..

pigi bercuti luor nagaro

lols
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 10:34 AM | Show all posts
AdsMsia posted on 25-2-2014 10:32 AM
pigi bercuti luor nagaro

lols

lah lupa Beb ....meke bercuti ..sambil belajaq ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 10:37 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 25-2-2014 09:48 AM
cina pun da terjebak

mcm kat petaling street
siap ada anggota DBKL jaga situ
takdak hal pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:30 AM | Show all posts
byk lgi yg ptot diserbu, dlu dorg ni sorok2 je , itupon kt rumah2 sementara sbb pembinaan bgunan,
skrg, pergh bersepah kt sesuatu taman, kita plak yg kna pindah sbb dh xtahan.
PBT mmg buta tuli ke apa xnmpk ni semua. bangang. ntah ape menda la korg bekerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.485344 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list