View: 11273|Reply: 75
|
[Tempatan]
Melaka Bakal Jadi 'The Next DUBAI' Dalam Masa 20 Tahun Lagi?
[Copy link]
|
|
Melaka Bakal Jadi 'The Next DUBAI' Dalam Masa 20 Tahun Lagi?
Malaysia bakal mempunyai klon bandaraya Dubai tidak lama lagi, dan lokasinya berada di Melaka. Sekurang-kurangnya tercatat kini terdapat 3 projek Mega-super-ambisius yang sedang dirancang dan telah diluluskan di Melaka. Dan ia menggunakan formula yang hampir sama dengan Dubai - penambakan laut. Laut yang ditambak hingga berpuluh kilometer ke tengah laut juga terdiri daripada beberapa pulau buatan manusia, seperti mana di Dubai.
Berikut 3 projek Mega yang dimaksudkan:
1. Melaka Gateway
Melaka Gateway merupakan projek pembangunan komersial bercampur bernilai RM 40billion di kawasan seluas 246.4 hektar yang terdiri daripada tiga pulau termasuk dua daripadanya adalah buatan manusia yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025.
Melaka Gateway menyediakan 15 projek istimewa antaranya ialah Malaysia Eye, Sunset Beach, International Designer Street, Melaka Cruise Shopping Gallery, Terminal Kapal Persiaran dan jeti Feri Antarabangsa Melaka dan Melaka Gateway Marina.
2. Melaka Gigaland
Jika Dubai terkenal dengan pulau buatan yang digelar 'Palm Jumeirah' iaitu pulau buatan berbentuk pokok kelapa/kurma, projek Melaka Gigaland pula bakal menyaksikan binaan pulau buatan berbentuk pohon bunga raya...hehehe. Ia dinamakan sebagai Pulau Warisan Antarabangsa Melaka Gigaland yang bakal dibina kira-kira 10 kilometer dari Pulau Besar, Melaka.
Pulau buatan itu melibatkan dua pulau sebelah menyebelah yang berbentuk dua kuntum bunga raya dengan keluasan masing- masing 364.21 dan 971.24 hektar. Setiap satu pulau mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk padang golf, taman tema, istana berhimpun kerabat diraja antarabangsa (seriusly??), perkampungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Universiti Cheng Ho Islam Antarabangsa, hospital dan masjid terapung.
Pulau berkenaan direka bentuk menepati pematuhan syariah dan akan mengembalikan kegemilangan zaman kesultanan Melayu Melaka melalui konsep bangunan zaman itu termasuk menyelitkan elemen seni bina zaman kolonial dan China.
Last edited by tykarib on 24-2-2014 03:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 20 tahun?inshaallah kalau hidup lagi dapat la merasa... |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak buat pulau bunga raya rupanya...ingatkan nak buat pulau pokok kelapa macam dubai buat pulau pokok kurma. |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan.... kne cari tanah kat sana skrg...harga akan naik berlipat kali ganda |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah kalau betul mejadi kenyataan..semoga memberi lebih kesehjateraan kepada rakyat melaka |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Bandar Hilir nak ke Coconut Shake tu ...BERLAMBAK lot lot kedai yg dah siap ...namun KOSONGGG je ....perancangan tak sistematik ...buat kedai bebanyak tapi rakyat sikit or kuasa membeli kurang ... ne nak buat bandar baru lak ala2 The Palm...yg Heritage yg dibuat oleh Haiten tu pun sampai sekarang tak laku2...dok cari pembeli ... |
|
|
|
|
|
|
|
Buleh la aku beli umah sebijik kat Melaka.... |
|
|
|
|
|
|
|
tepisket.. posted on 24-2-2014 04:30 PM
Angan2 pak derih
Bakal....
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi dubai pun tp kalau ada masalah punai kecik mcm forumer dari melaka itu buat apa??? worthless... |
|
|
|
|
|
|
|
melaka pengekport minyak terbesar di malaysia ka?.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jadi memang bagus. tapi kalau tak jadi alamat hancussssss |
|
|
|
|
|
|
|
Dubai.... dia terpaksa buat macam tu untuk 'memeriahkan' keadaan.
Melaka... kalau tak buat pun takpa sebab satu dunia sedia maklum yang Melaka ni dah lama ada tarikan tersendiri.
Kenapa nak ikut orang yang tak sama macam kita...?
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg x ambilkira ww3 ka ww4 ka |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramaila warga sumatera dtg bertandang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah bakal jadi angan-angan seperti projek mega Indonesia??? |
|
|
|
|
|
|
|
ni mana mau korek duit?? petik duit kat pokok ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|