|
SAMA seperti tahun-tahun lalu, penyanyi bersuara emas, Datuk Jamal Abdillah tidak pernah ketinggalan daripada membuat persembahan sempena meraikan Hari Ibu.
Terbaharu, raja pop kesayangan ramai ini bakal membuat persembahan istimewa di N’dah Mahligai, Seksyen 14, Shah Alam pada 11 Mei ini.
Persembahan satu jam setengah ini turut menampilkan Nas Adila sebagai penyanyi jemputan dan Jihan Raja Lawak sebagai pengacara.
“Saya rasa amat berbesar hati kerana tahu ini juga saya berpeluang meraikan hari yang besar buat mereka yang bergelar ibu.
“Ini adalah satu kepercayaan yang diberikan pihak penganjur untuk menghiburkan tetamu yang hadir nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media di N’dah Mahligai, baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut mengenai persembahan pada malam itu, Jamal menjanjikan persembahan yang akan memberi kepuasan kepada tetamu yang hadir.
“Bila ditanya mengenai kelainan persembahan, saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu jelaskannya.
“Tapi yang pasti kebiasaan penonton yang hadir menyaksikan persembahan saya sendiri akan menilai kelebihan dan keistimewaan setiap persembahan,” jelasnya panjang lebar.
Pada malam itu, Jamal bakal mendendangkan lebih kurang 14 buah lagu popularnya seperti Kekasih Awal Dan Akhir, Azura, Penghujung Rindu, Gadis Melayu, Penawar Kasih dan banyak lagi.
Tiket-tiket boleh diperoleh dengan harga RM300, RM400 dan RM450 namun ia terhad kepada 400 tetamu sahaja.
Majlis anjuran N’dah Mahligai dan turut di urus setia majalah popular, Media Hiburan terbitan Kumpulan Media Karangkraf ini juga menawarkan hadiah pakej perkahwinan bernilai RM35,000 kepada tetamu yang bertuah.
Kepada yang berminat boleh menghubungi 0355104187 atau 0132764368.
Jamal profesional
Menganggap kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan Nas Adila sebelum ini sebagai lumrah dan tuntutan buat seorang artis, Jamal menegaskan kerjasama yang dijalinkan mereka berdua kali ini adalah atas dasar profesional.
“Sebenarnya pemilihan artis jemputan ini adalah urusan pihak penganjur.
“Memang pada awalnya agak terkejut, tapi ketepikan segala perkara yang negatif dan ambil langkah profesional untuk terima tawaran ini,” jelasnya.
Tambahnya, dia tidak menolak pihak penganjur memiliki strategi tertentu dengan pemilihan itu.
“Saya fikir, ini mungkin strategi mereka. Secara jujurnya, saya tidak berasa apa-apa dan saya harus terima apa yang berlaku adalah satu tuntutan buat seseorang yang bergelar artis.
“Saya tidak kisah kalau perkara ini terus diperkatakan kerana saya sendiri tahu yang berlaku,” katanya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Nas Adila akui kecewa
Turut hadir pada majlis sama, Nas Adila akui banyak mendiamkan diri selepas kontroversi itu dihangatkan.
“Inilah kali pertama kami jumpa selepas timbulnya kontroversi itu. Di sebabkan saya meminati bakatnya dalam bidang nyanyian, jadi saya terima tawaran ini.
“Sebelum ini kami sudah tiga kali bekerjasama, jadi untuk persembahan kali ini memang tidak ada masalah,” katanya.
Tidak menafikan kecewa dengan kontroversi sebelum ini, bekas pelajar Akademi Fantasi musim ketujuh ini bagaimanapun tidak mahu memandang ke belakang lagi.
“Memang perasaan sedih itu ada sebab sebagai seorang wanita, bila timbul gosip seperti itu menampakkan saya seolah-olah melebih-lebih.
“Tapi saya hanya berfikir positif dan ketika itu mengambil keputusan untuk berdiam diri dan penglibatan saya dalam persembahan ini juga adalah atas dasar profesional.
“Jika perkara ini ditimbulkan lagi selepas, ini saya memang sudah bersedia untuk menghadapinya dan saya tidak kisah dengan semua itu lagi,” ujarnya.
PWiiittt!
Last edited by berun on 24-2-2014 12:28 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|