Disebuah kampung bermula cerita, jauh dipendalaman dan pelusuk Bandar tinggal lah penduduk yang masih lagi setia dengan tanah lahirnya sedangkan sudah ramai penduduk asal telah berpindah ke Ibu Kota untuk mencari rezeki dan kehidupan yang lebih selesa. Mamat dan Hafiz adalah antara golongan bujang yang masih lagi menetap dikampung itu.Tidak seperti orang bujang dibandar yang bekerja tinggi dan makan gaji besar,Mamat dan Hafiz memilih jalan rezekinya dengan menjadi petani dan seringkali dipandang rendah oleh kaum wanita oleh kerana mereka berdua tidak mempunyai pendidikan yang tinggi,namun begitu Mamat dan Hafiz langsung tidak memikirkan pasal hal itu,kerana mereka ini lebih selesa hidup bujang tanpa beban walaupun terpaksa menjadi petani.
Pernah sesekali mereka berfikir untuk mendirikan rumah tangga,tapi ada ke orang yang berkehendakan mereka ini,soal itu seringkali menjadi topic setiap kali Mamat dan Hafiz menghabiskan masa di kedai kopi,sindiran kaum tua yang turut ada di kedai itu seperti tidak diendahkan mereka “kahwin-kahwinlah oiii sampai bila korang nak bujang nie” riuhnya dengan gelak tawa sindiran kepada mereka,tapi mereka hanya senyum dan mendiamkan diri kerana mereka yakin jodoh mereka pasti akan tiba cuma waktunya belum sampai lagi.Begitulah rutin harian Mamat dan Hafiz yang selalu menghabiskan masa dengan melepak di kedai kopi setelah penat bertani.
Hari berganti hari dan bulan berganti bulan,kehidupan Mamat dan Hafiz masih belum Nampak perubahanya,sudah banyak kali mereka cuba memikat wanita-wanita dikampung itu tapi tidak ada siapa pun yang inginkan mereka berdua,dan mereka pernah berfikir untuk mengikuti jejak langkah kawan-kawan yang lain untuk ke ibu kota kerana mereka berpendapat jika mereka ke sana mungkin akan menemukan jodoh mereka,tapi jika mereka ke sana tidak ada siapa yang akan menguruskan kebun-kebun mereka ini sehinggalah Mamat membuat keputusan untuk terus tinggal dikampung dan terus menjadi petani di ikuti oleh Hafiz yang juga berfikiran sama seperti Mamat.
Pada suatu hari semasa mereka di kedai kopi,mereka terdengar perbualan Pak Abu dengan Hamid yang rancak bersembang pasal perkahwinan dengan Pontianak,hairan mula menganggu fikiran mereka berdua bagaimana nak berkahwin dengan Pontianak sedangkan mereka itu hantu.Sikap Mamat yang suka bertanya membuatkan dia berjalan ke arah meja Pak Abu dan Hamid lalu bertanya, ‘ada kah orang kahwin dengan hantu? Macam mana mereka kahwin?’ Hamid terus tersenyum dengan mata melihat ke arah muka Mamat,lantas Pak Abu menjawab ia dan ceritanya lagi pada Mamat sambil diperhatikan oleh Hafiz di meja sebelah,’mereka yang berkehendakan Pontianak menjadi isteri memiliki nya perlu lah memacak paku dileher Pontianak ketika teserempak denganya,kemudian Pontianak itu akan bertukar menjadi anak dara yang cantik’ Mamat yang mendengar cerita itu terus timbul rasa ingin cuba,beransur meninggalkan meja Pak Abu dan Hamid,Mamat terus ke meja Hafiz dan berbisik pada sahabatnya itu’eh jom fiz kita cuba buat seperti apa yang Pak Abu cakapkan tadi,manalah tahu tuah kita dapat anak dara cantik’ Hafiz membias ajakan Mamat “kau berani ke?kalau berani jom lah,malam ni kita cuba”.Mamat dan Hafiz berangkat ke rumah masing-masing sambil menghitung detik untuk malam,persiapan dibuat seperti paku panjang dan tukul telah tersedia menanti Pontianak.
Seperti biasalah bila berbicara pasal hantu comfirm lah nak kena ada asap kemiyang,buah limau,dan kain kapan.Mamat dan Hafiz telah pun siapkan semua benda yang perlu ada untuk memanggil Pontianak,tepat jam 12.00 malam mereka melaksanakan upacara tersebut dengan menyeru Pontianak supaya hadir menemukan mereka berdua dengan harapan mereka dapat memaku leher Pontianak tersebut. Jenuh jugak lah mereka berdua tunggu,tanpa disedari jam dah menunjukan hampir 01.00 pagi,Hafiz mula berkata-kata “mamat kau ni betul ke tak?mana Pontianak yang kita seru tak keluar-kluar pun?”jawab Mamat sabar lah fiz,kita tunggu lah kejap lagi dan Hafiz hanya mengeluh ermmm saja.
Dalam waktu penantian mereka di dalam semak berhampiran kubur yang terletak di hujung kampong mereka itu,Hafiz tiba-tiba terdengar bunyi aneh yang datangnya dari salah satu kubur lama di kawasan tersebut,tanpa berbicara dan keadaan semakin sunyi, Hafiz tajamkan pendengaranya ke arah datangnya bunyi aneh itu,setelah beberapa lama kemudian barulah Hafiz sedar bahawa bunyi itu adalah bunyi perempuan menangis,Hafiz dengan lajunya mengelur Mamat yang duduk tidak jauh darinya dan memberitahu bahawa ada bunyi aneh datangnya dari arah kubur lama di kawasan itu,Mamat yang gelojoh dan sentiasa keras dengan sikap ingin tahu nya itu membuatkan mereka berdua memberanikan diri melangkah setapak demi setapak menuju ke kubur itu.Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat kelibat bayangan putih berada betul-betul di atas kubur tersebut.Mamat berlari laju ke arah banyangan putih itu lalu cuba untuk pasti apakah ini Pontianak mahupun hantu lain,ha ha ha ha gelak si Mamat lalu berkata “yes akhirnya hantu yang kita inginkan telah pun muncul” Hafiz yang ketakutan melarikan diri meninggalkan Mamat bersendirian,Mamat yang tidak pedulikan lagi dengan keadaan sekelilingnya lalu memacak paku di leher Pontianak tadi, jeritan hantu itu teramat lah kuat sehinggakan Hafiz yang melarikan diri dari kubur tersebut terhenti seketika sebelum menyambung larian kembali,dalam hati Hafiz berbisik “mampus lah kau Mamat dengan Pontianak kau tu,aku dah tak peduli biarkan kau saja yang kahwin dengan hantu”sambil berlari sambil berfikir bahawa Mamat kawanya itu telah mati di cekik Pontianak tersebut,Mamat yang masih lagi ditanah perkuburan itu nekad untuk melihat perubahan pada Pontianak yang telah di cucuk paku olehnya,
keadaan di tanah perkuburan itu riuh rendah seketika dengan tangisan Pontianak yang kesakitan dan diperhatikan oleh Mamat yang tidak sabar untuk melihat anak dara cantik yang muncul dari wajah Pontianak yang hodoh itu.Angin bagaikan taufan,daun pokok juga turut gugur ke tanah dan dengan tiba-tiba Pontianak itu menghilangkan diri.Mamat terkejut dengan apa yang terjadi lalu datangnya rasa takut pada dirinya itu,hendak lari takut rugi dan hendak tunggu takut mati,bagaikan mati hidup semula Mamat apabila disapa oleh suara lembut seorang anak dara yang cantik”ABANG” matanya terkebil-kebil melihat keayuan anak dara itu dan ianya bertanya siapakah kamu wahai saudari?.Lalu dijawab “aku lah Pontianak yang di cucuk paku oleh mu wahai saudara” tersengih Mamat boleh Nampak sampai telinga.Mamat berasakan dirinya lah insan yang paling beruntung kerana usahanya tidak sia-sia untuk mendapatkan anak dara dari seorang Pontianak,rancak mereka bersembang hinggakan Mamat tidak sedar hari sudah mahu pagi,Azan subuh tidak lama lagi akan berkumandang dan Mamat pun membawa Pontianak itu pulang ke rumahnya.Dunia mereka yang dahulunya jauh berbeza kini bersatu di alam yang sama.Mamat yang tidak lagi dapat menahan anak mata nya yang mengantuk terus membaringkan badanya lalu lena di alam mimpi tanpa pedulikan lagi si Pontianak yang dibawanya pulang tadi.Alangkah terkejutnya Mamat apabila ia sedar dari tidur hari sudah pun siang dan perutnya pula bergendang lapar yang membuatkan dia berjalan ke dapur dan tersentap seketika apabila ia melihat banyak hidangan makanan yang sedap-sedap telah tersedia,dia mula berfikir siapakah yang menyediakan semua ini?dia mula teringatkan akan Pontianak yang dipaku olehnya semalam dan Mamat terus mencari Pontianak itu di sekitar rumah tapi tidak jumpa,Mamat mula hairan kemana kah perginya Pontianak itu?.Oleh kerana nafsu laparnya sudah membuak-buak Mamat lupakan seketika pasal Pontianak itu dan dengan gelojohnya Mamat memenuhkan perutnya yang lapar itu dengan makanan yang dimasak oleh Pontianak itu.
Biasalah bila dah kenyang,mata pun makin suram layu mengantuk Mamat datang lagi,terbaring di kerusi ia melelapkan matanya dengan niat hanya untuk tidur buat seketika.Tanpa ia sedari bahawa hari semakin jauh menuju senja lalu Mamat tersedar dari tidurnya dan terkejut melihat Pontianak itu ada di hujung kakinya sambil mata Pontianak itu memerhati manja ke arahnya.Mamat hanya mampu tersenyum dan bertanya ‘eh kemana kamu pergi hari ni?puas abang mencari kamu’Sahut Pontianak itu ‘saya tak kemana abang,saya sentiasa ada bersama abang’Mamat mula menjadi bingun dan tertanya-tanya,kalau betul dia bersama aku harini dimana dia? Ah tak apalah sayang apa pun abang berterima kasih kepada kamu kerana sudi jadi teman hidup abang ‘kata Mamat kepada Pontianak itu’ Di sebelah malamnya pula Mamat keluar bersama Pontianak itu ke warung kopi di pinggir kampungnya dengan niat hendak memperkenalkan teman hidupnya kepada kawan-kawan disana,setibanya Mamat disana semua orang kampung yang ada di kedai kopi pada malam itu terkejut dengan kejelitaan wajah Pontianak yang di bawa oleh Mamat,disana pula ada sahabat baiknya Hafiz yang terkebil-kebil melihat akan kecantikan anak dara yang ada di sebelah Mamat,Hafiz mula berfikir apakah ini Pontianak yang dipaku oleh Mamat semalam? Tak putus berfikir dan pandangan orang kampung yang ada di kedai kopi itu terhadap Mamat dan pasanganya dan ramai yang tertanya-tanya siapakah perempuan yang Mamat bawa itu dan dari manakah asal usulnya,tapi hanya Hafiz yang mengetahui segalanya.
Sikap Hafiz mula berubah,rasa dengki terhadap sahabat baik nya itu mula timbul dan Hafiz memikirkan satu jalan untuk memusnahkan kebahagian Mamat dengan hantu tersebut oleh kerana ia merasakan bahawa Mamat tidak layak untuk memiliki pasangan yang secantik Pontianak itu.Hari-hari Mamat bahagia di samping Pontianak itu dan sikap mereka berdua tak ubah macam suami isteri yang romantic dan sentiasa dalam kegembiraan,oleh kerana ketidakpuasan hati Hafiz terhadap Mamat,ia telah pun mengambil keputusan untuk bertindak mencabut paku yang ada di leher Pontianak itu dan ia ingin Mamat rasakan apa yang dia rasakan.Sikap Hafiz memang melampau dan pada suatu senja saat Pontianak itu sedang mengangkat kain jemuran di ampaian belakang rumahnya,Hafiz berjalan berpura-pura sambil bertanyakan kepada Pontianak itu dimanakah Mamat? Lalu Pontianak itu membalas abang Mamat tak ada di rumah,katanya nak ke kampung seberang kerana ada urusan,Hafiz pula hanya menganguk kepalanya tanda ia sudah bersedia untuk bertindak jahat terhadap Pontianak itu.Hafiz yang terlalu ikutkan perasaanya yang sedang gila terus menerkam kearah Pontianak itu lalu menyelak rambutnya dan tangan Hafiz menjadi bukti bahawa paku di leher Pontianak itu telah pun dicabut olehnya.Alangkah terkejutnya Hafiz apabila melihat Pontianak itu menjerit kesakitan dan keadaan sekitar kawasan rumah Mamat jadi riuh rendah dengan pusaran angin yang kuat dan jeritan Pontianak itu yang terlalu nyaring membuatkan Hafiz terduduk dan melihat apa yang bakal terjadi.Sekelip mata wajah Pontianak yang cantik itu tadi berubah menjadi lebih buruk dan keadaan Pontianak itu tak ubah seperti mayat yang telah pun busuk.Hafiz yang ketakutan melarikan diri meninggalkan kawasan rumah Mamat dan dalam pejalanan itu Hafiz terserempak dengan Mamat yang sedang menuju pulang ke rumahnya.Mamat melihat Hafiz yang berlari laju tak sempat bertanyakan apa-apa padanya.Setibanya Mamat ke rumahnya dia terkejut melihat Pontianak itu sedang menangis dan Mamat merasakan ini adalah perbuatan khianat oleh kawan baiknya Hafiz.Mamat terus memegang tangan Pontianak itu yang semakin saat semakin hilang dibawa kabus,dan suara sayut-sayut keluar dari mulut Pontianak itu ‘lepas ni abang jaga lah diri abang elok-elok,sayang dah tak mampu lagi dan sayang terpaksa pergi sekarang’Mamat yang kesedihan melihat keadaan pasanganya itu hanya menganguk kepalanya tanda faham akan hasrat Pontianak itu,Di Azan mahgrid tangan Pontianak yang dipegang Mamat telah pun hilang dan perasaan Mamat yang selama ini mengharapkan kebahagian oleh pasanganya musnah oleh sikap dengki kawan baiknya itu.
Tapi Mamat tidak menyalahkan Hafiz kerana ia juga tahu mana mungkin ada manusia yang memperisterikan hantu sedangkan mereka hidup di dua alam yang berbeza.Kenangan Mamat bersama Pontianak itu menjadi kenangan yang abadi dan cerita Mamat dengan Pontianak pula heboh menjadi perbualan penduduk setempat dan kini mamat hidup sendirian,Hafiz yang pernah dulu menjadi kawan baiknya kini tidak lagi bersama nya dan Mamat kini hidup tanpa kebahagian,bersendirian dan bayangan hantu yang pernah dulu hidup bersamanya sentiasa ada dimimpinya.
Cerita ini adalah rekaan dan khayalan oleh saya sendiri,sebarang kesamaan mahupun bersabit dengan peribadi pembaca di luar mohon diampunkan dan ini ada rekaan semata-mata dan ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia…
Last edited by lokmanwawa on 24-2-2014 12:46 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
dah agak citer khayalan semata2. Nak ckp pasal pontianak ni..org ckp dia ngilai tp sebenarnye dia menagis macam bunyi kucing. Tiap2 mlm nangis depan umah aku. Dia tenggek kat pokok jambu mawar kit orang. Jiran aku siap hambat pakai penyapu..mmg epik..
clarizsa posted on 24-2-2014 01:29 AM
bru td tgk filem PAKU... menarik gak..
tp kan ade yg ckp crite PAKU tu dari kejadian sebenar, x tau la sebenar tang mana, tang apartment runtuh tu ke, tang maid indonyg terselamat tu ke...wallahualam