CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 6

[Tempatan] Tiada kenaikan barang menjelang agihan BR1M

[Copy link]
Post time 17-2-2014 01:10 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan menaikkan harga barang sempena pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 bermula 22 Februari ini.
       
        Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga menaikkan harga barang sesuka hati.
       
        Beliau berkata, KPDNKK akan bertindak tegas tanpa sebarang amaran jika masih ada pihak tertentu cuba ambil kesempatan ke atas orang ramai.
       
        “Sebelum ini kita selalu memberi amaran kepada peniaga tapi sekarang akan mengambil tindakan terus tanpa amaran,” katanya selepas melancarkan Program ‘1 Business One Student’ (1BOS) anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Melayu Malaysia (Perdasama), di sini, semalam.
       
        Menurutnya, peniaga diberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang termasuk bukan kawalan.
       
        “Kita sudah beri tempoh. Jika masih ingkar, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya.
       
        Beliau berkata, sebelum ini harga barang naik disebabkan faktor cuaca menyebabkan bekalan kurang, tetapi kini keadaan kembali normal dan dan harga barang wajar ke paras biasa berbanding semasa Tahun Baharu Cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 05:40 PM | Show all posts
kata kerajaan tk leh kawal harga barang...mcmana tau harga tkkan naik??
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:46 PM | Show all posts
lemboo x kan x tahu..asal je peniaga tahu yang penguatkuasa ke..VIP2 nak mari jenguk..automatic..rega turun....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:54 PM | Show all posts
Tajuk direka sendiri.

tajuk asal dari Sinar Harian.

BR1M: Jangan naik harga
NOOR FAIZAL GHAZALI
17 Februari 2014


ALOR SETAR - Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan menaikkan harga barang sempena pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 bermula 22 Februari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga menaikkan harga barang sesuka hati.

Beliau berkata, KPDNKK akan bertindak tegas tanpa sebarang amaran jika masih ada pihak tertentu cuba ambil kesempatan ke atas orang ramai.

“Sebelum ini kita selalu memberi amaran kepada peniaga tapi sekarang akan mengambil tindakan terus tanpa amaran,” katanya selepas melancarkan Program ‘1 Business One Student’ (1BOS) anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Melayu Malaysia (Perdasama), di sini, semalam.

Menurutnya, peniaga diberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang termasuk bukan kawalan.

“Kita sudah beri tempoh. Jika masih ingkar, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini harga barang naik disebabkan faktor cuaca menyebabkan bekalan kurang, tetapi kini keadaan kembali normal dan dan harga barang wajar ke paras biasa berbanding semasa Tahun Baharu Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:57 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 17-2-2014 05:54 PM
Tajuk direka sendiri.

tajuk asal dari Sinar Harian.

tapi makna nya masih sama,lemboooo...tarak skolah kaaa.... bila diberi amaran makna nya peniaga2 di harap kan tidak menaikkan harga..tu pun payah nak digest kaaaa???????
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 06:04 PM | Show all posts
x sabar nk dpt brim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2014 08:55 AM | Show all posts
razhar: tapi makna nya masih sama,lemboooo...tarak skolah kaaa.... bila diberi amaran makna nya peniaga2 di harap kan tidak menaikkan harga..tu pun pa ...


macai selamanya brooooo. hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055612 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list