CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4742|Reply: 35

[Tempatan] PATI Pakistan pun dah ada MyKad yg baru

[Copy link]
Post time 12-2-2014 04:31 PM | Show all posts |Read mode
KAJANG 12 Feb. - Dua daripada tiga pemandu  teksi warga Pakistan yang ditahan dalam operasi  membanteras pemandu teksi warga asing oleh  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikatakan memperoleh MyKad mereka di Sabah melalui seorang rakan.
Malah, seorang daripada mereka yang didakwa  berusia 55 tahun melalui tahun lahir di MyKadnya,  mempunyai gambar yang amat berbeza iaitu jauh  lebih muda daripada gambaran sebenar.
Lebih menghairankan, MyKad lelaki yang  dikatakan berasal dari Pakistan itu adalah MyKad baharu yang dilancarkan awal Januari 2012  yang dikatakan mempunyai ciri-ciri tambahan lebih  baik termasuk 'ghost image' melalui teknologi  turisan laser berbanding MyKad versi lama.
Ketika diasak penguat kuasa SPAD mengenai  keadaan yang mencurigakan itu, lelaki berkenaan tetap mempertahankan beliau adalah  warganegara Malaysia walaupun mengatakan dia hanya tiba di negara ini pada 1986.
Ironinya, lelaki berkenaan 'terpaksa' dilepaskan  selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) terhadap MyKad versi  baharu itu mempunyai data lengkap di pusat  maklumat utama JPN.
Sementara dokumen pengenalan sementara  seorang lagi pemandu teksi yang dikatakan warga  asing itu telah dirampas JPN ekoran dia dikatakan  telah disenarai hitam.
Kedua-dua mereka tidak ditahan oleh SPAD dan  terpaksa dilepaskan ekoran mempunyai segala  dokumen yanjg diperlukan oleh suruhanjaya  berkenaan.
"Apa pun keadaannya, kami akan tetap dan terus  mengadakan operasi membanteras pemandu  teksi warga asing yang ada di Kuala Lumpur.
"Malah, kita juga sudah mengenal pasti beberapa  lokasi panas dan akan bila-bila menahan mereka  daripada terus beroperasi.
"SPAD tidak mempunyai hak untuk  mempersoalkan mengenai dokumen pengenalan  diri mereka dan hanya JPN dan juga Jabatan  Imigresen yang boleh mengambil tindakan, tapi  soal teksi, kita tidak akan berkompromi.
"Jika kita mempunyai fakta kes, bukan hanya  pemandu itu yang boleh dikenakan denda, malah  teksi berkenaan boleh disita dan syarikat yang  menggaji mereka juga boleh dikenakan tindakan  keras dan denda," kata Ketua Bahagian  Penguatkuasa SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk  Paduka Che Hasni Che Ahmad selepas mengetuai  operasi membanteras pemandu teksi warga asing  dan ingkar peraturan di R&R Bukit Dukong, di sini  hari ini.
Pada operasi bersepadu yang dijalankan selama  sejam bermula pukul 11 pagi itu, 13 pemandu  teksi tidak menggunakan guna meter, dua  pemandu teksi yang menetapkan tambang  manakala tiga warga asing yang disyaki  menggunakan MyKad palsu telah ditahan.
Operasi yang akan diteruskan hingga ke malam itu  turut disertai 84 anggota dan pegawai SPAD, JPN  dan Jabatan Imigresen.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 04:35 PM | Show all posts
aaa.. leh lak dpt ic... kn pksa die bgtau sape yg btjwb la.... nnt tgk2 rmi yg br smpi pun ade mykad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 04:36 PM | Show all posts
ckp la berdegar2 MyKad ada segala mcm ciri keselamatan
auta ja
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:36 PM | Show all posts
setakat ade mykad tapi cap jari takde rekod kat jpn kan?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 04:40 PM | Show all posts
Betara_Indera posted on 12-2-2014 04:36 PM
setakat ade mykad tapi cap jari takde rekod kat jpn kan?...

Ironinya, lelaki berkenaan 'terpaksa' dilepaskan  selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) terhadap MyKad versi  baharu itu mempunyai data lengkap di pusat  maklumat utama JPN.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:41 PM | Show all posts
Ironinya, lelaki berkenaan 'terpaksa' dilepaskan  selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) terhadap MyKad versi  baharu itu mempunyai data lengkap di pusat  maklumat utama JPN.

Macam mana buleh jadi lagu tu?? SPRM!!!! APA LAGI MAU TUNGGU????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2014 04:43 PM | Show all posts
sprm cuma siasat isu kek je
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 04:49 PM | Show all posts
mana deme yang dok laungkan cintakan malaysia nie.....senyap sunyi je.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:53 PM | Show all posts
Macai2 umno yg rapat dengan pemimpin tahu mmg banyak ic biru pendatang haram diberi secara legal dan mmg pegi mengundi, alasan mereka untuk meramaikan lagi bangsa melayu dan agama islam kat malaysia supaya dapat mengurangkan bangsa lain di malaysia macam singapore buat angkut prc jadi warganegara kat sana... bagi mereka takperlah untuk ramaikan rakyat malaysia...

Kalu macai yg tak tahu tuh, dia org bawahan yg sokong membabi buta jah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:54 PM | Show all posts
R2D2 posted on 12-2-2014 04:40 PM
Ironinya, lelaki berkenaan 'terpaksa' dilepaskan  selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan  Pendaf ...

abis la malaysia lepas ni.. segale mcm jenis org ade

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:06 PM | Show all posts
from pakistan tu sabah... lihat saja flip flop TUN pasal isu ini sebelum pru yg lalu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:08 PM | Show all posts
aritu ada org gebang kata gomen dah buat operasi dah tu. ni terlepas la kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:26 PM | Show all posts
NIXAR posted on 12-2-2014 05:08 PM
aritu ada org gebang kata gomen dah buat operasi dah tu. ni terlepas la kot

ala sikit2 la dulu lama lama banyak la tu kne tangkap
walaupun aku sebagai bekas penjilat tegar kaki BN rasa ragu ragu dengan operasi tangkap pendatang haram


mcm syok sdri je...mcm dah dekat xjadi je..macam batuk tepi tangga je
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:27 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 12-2-2014 05:26 PM
ala sikit2 la dulu lama lama banyak la tu kne tangkap
walaupun aku sebagai bekas penjilat tegar k ...

mana nak jadi. sebelum ops buat sidang media. masuk sotkabor. pati baca pun dh tau nak lari mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:30 PM | Show all posts
putr@polo posted on 12-2-2014 04:44 PM

bersangka baik... klu mengikut twisted mind penganut fanatik cerekarama piramid melayu dan dongeng2 blog shah paskal, cik srikandi

teori aku - operasi sulit kerajaan utk meramaikan ummah isle sunni aswj utk menetang cina dap,shia kafir,kristian lehanat...agar kerajaan tetap MELAYU dan Sunni selama lamanya

so terima je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 05:33 PM | Show all posts
R2D2 posted on 12-2-2014 04:40 PM
Ironinya, lelaki berkenaan 'terpaksa' dilepaskan  selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan  Pendaf ...

kekekekekeke.....

klu aku jadi PM dah lama pendatang2 nokharom ni kne genocide
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 05:38 PM | Show all posts
NIXAR posted on 12-2-2014 05:08 PM
aritu ada org gebang kata gomen dah buat operasi dah tu. ni terlepas la kot

tgk la mcm kes2 lain
kes  Khir Toyo, PKFZ, NFC
gempaq je lebih
last2 habuk pun tarak
so mcm kes PATI
iya-iya nk banteras habis-habisan
last2 dari 3 juta, 3,000 je dpt ditangkap

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:43 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 12-2-2014 05:33 PM
kekekekekeke.....

klu aku jadi PM dah lama pendatang2 nokharom ni kne genocide  :laugh3 ...

tapi tak mungkin akan jadi PM kan
kata mahcai.....

takpa paki tu muslim
bila muslim dia jadi melayu
satu usaha  murni meramaikan umat melayu di bumi msia bertuah ini

BR1M 22hb nin pakat ramai2 Paki dan bangla p amik
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:44 PM | Show all posts
R2D2 posted on 12-2-2014 05:38 PM
tgk la mcm kes2 lain
kes  Khir Toyo, PKFZ, NFC
gempaq je lebih

apa ?  tiga juta ???

dah macam lembu kat New Zealand


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054842 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list