|
View: 4494|Reply: 14
|
[Tempatan]
Panasonic jual kilang cipnya di Malaysia, Indonesia & Singapura
[Copy link]
|
|
|
Panasonic Corporation akan menjual kilang pemasangan cipnya di Malaysia, Indonesia dan Singapura kepada syarikat Singapura, UTAC Holdings Ltd sebagai sebahagian langkah penyusunan semula perniagaan dengan memisahkan operasi bukan terasnya.
Susulan itu, syarikat elektronik Jepun itu semalam memeterai perjanjian pemindahan saham dengan UTAC Manufacturing Services Ltd, anak syarikat milik penuh UTAC Holdings, untuk memindahkan kepentingan ekuitinya dalam kilang pemasangan di tiga negara itu.
Pemindahan pemilikan kepada syarikat Singapura yang bergiat dalam perniagaan pemasangan semikonduktor itu berkuat kuasa 1 Jun ini.
Pada masa sama, Panasonic juga bakal melaksanakan proses pemisahan dalaman syarikat berkuat kuasa 1 Jun ini untuk memindahkan perniagaan berkaitan pembangunan, pengeluaran dan jualan semikonduktor serta produk berkaitan lain, yang ketika ini dimiliki jabatan perniagaan semikonduktor Panasonic kepada sebuah anak syarikat baharu yang akan ditubuhkan Mac ini.
“Panasonic mahu mengambil kesempatan daripada merit skala pengeluaran UTAC untuk meningkatkan daya saing tiga syarikat berkenaan sebagai kontraktor pengeluaran pemasangan semikonduktor susulan urus niaga pemindahan saham itu,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan di Osaka, semalam.
Panasonic dalam kenyataannya itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran kewangan lanjut berhubung urus niaga berkenaan.
Anak syarikat Panasonic di Malaysia yang terbabit dalam urus niaga itu ialah Panasonic Industrial Devices Semiconductor (M) Sdn Bhd (PIDSCMY) yang mempunyai kemudahan pemasangan di Batu Berendam, Melaka.
Aktiviti teras PIDSCMY ialah memasang dan mengeluarkan capahan diskrit semikonduktor.
PIDSCMY yang ditubuhkan sejak Oktober 1990 mempunyai aset bernilai RM143 juta setakat 31 Mac 2013 dan jualan bersih yang dicatatkannya dalam tempoh itu ialah RM219 juta.
Dua lagi syarikat yang terbabit dengan urus niaga pemindahan saham itu ialah PT Panasonic Industrial Devices Indonesia (PIPID) dan Panasonic Automotive & Industrial Systems Semiconductor Singapore Ptr Ltd (PAISSCSG).
UTAC Holdings pula ialah pengeluar semikonduktor bagi rangkaian meluas litar bersepadu termasuk isyarat bercampur, memori serta analog.
Ia mengendalikan kemudahan pengeluaran di Singapura, Thailand, Taiwan dan China serta memiliki rangkaian jualan global.
Panasonic berkata, perniagaan semikonduktor syarikat itu mula mengorak langkah ke hadapan termasuk melaksanakan transformasi struktur yang menyaksikan pemindahannya daripada pasaran audio visual kepada pasaran perindustrian serta automotif, pembangunan barisan produk dan penyelesaian teknologi penggunaan kuasa rendah, teknologi pemprosesan imejan serta teknologi bersepadu.
Selain itu, katanya Panasonic meneruskan usahanya untuk meningkatkan daya saing perniagaan semikonduktor.
“Sebagai contoh, pada 20 Disember lalu Panasonic membuat keputusan untuk membentuk sebuah usaha sama kilang peresapan di wilayah Hokuriku, Jepun yang mensasarkan pengembangan operasi dengan meraih jualan baharu menjelang April ini,” katanya.
Bagi tujuan itu, Panasonic berkata, ia membuat keputusan untuk melaksanakan langkah pemisahan berkenaan dalam usahanya menambah baik keupayaan penyelesaiannya dengan memberikan tumpuan lebih tinggi kepada pembangunan dan pemasaran produk di samping meminimumkan risiko perniagaan melalui strategi aset ringkas.
“Langkah sedemikian akan terus meningkatkan daya saing kami dalam perniagaan semikonduktor,” katanya.
Panasonic baru-baru ini turut memindahkan pemilikan kemudahan pengeluaran cipnya di Jepun kepada sebuah syarikat usaha sama yang majoritinya dimiliki oleh pembuat cip global, TowerJazz Semiconductor Ltd.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
term2 elektronik ni kalau di translate ke bahasa melayu memang kelakar bunyinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
so ada downsizing staff ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kordi posted on 5-2-2014 11:58 AM 
term2 elektronik ni kalau di translate ke bahasa melayu memang kelakar bunyinya..
bkn sahaja term elektronik, cuba tukar term automotif plak...gegancu, aci engkol, omboh...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia pun bijak sangat beli...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
evolutionary posted on 5-2-2014 12:06 PM 
so ada downsizing staff ke tak?
ramai la kena VSS
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LOL dgr gak panasonic nk jual kilang2 yg ada kt asia tggara. rupenye btul, ambang2 bankrap la tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan bangkrap diorg nk dah xmo spent buat bisnes area asia tenggara ni sbb ekonomi negara terlibat tak stabil |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alah... kat malaysia berapa banyak kilang panasonic dah larikan diri dari malaysia.. sebelum nih kilang yg kat seksyen 20 tuh dah pindah ke filipina, pastuh kilang jual kat pos malaysia jadi pusat mel POS.... lepas tuh sebiji lagi kilang area seksyen 18 pun tutup gak.... sekraang kasi jual semua...
tapi takper laa... malaysia masih aman.... pemerintah pandai tarik pelabur katanya... prfghhh jerk laa selagi tak bangkrup.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
azharuchan posted on 5-2-2014 12:37 PM 
bkn sahaja term elektronik, cuba tukar term automotif plak...gegancu, aci engkol, omboh...
term ni diguna pakai dalam subjek kemahiran hidup.. cam kelakar je
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb msia dah x selamat dorg blah cecepat. mana tahan lori asik kne ambush |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 7-2-2014 05:53 PM 
LOL dgr gak panasonic nk jual kilang2 yg ada kt asia tggara. rupenye btul, ambang2 bankrap la tu
Nope la. yen dah rendah skrg, derang dah start ambek alih kilang2 kecik kat negara sendiri. Dlm artikel tuh pun ada sebut. Toyota pun bukak factory baru kat Jepun tahun 2011 (after 20 years), Honda lak last year (after 49 years). Sbb yen rendah, pelancong ramai masuk & kampeni2 besar pun dah stat ambil alih kilang2 yg dah ada atau bukak yg baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kittie posted on 10-2-2014 12:31 AM 
Nope la. yen dah rendah skrg, derang dah start ambek alih kilang2 kecik kat negara sendiri. Dlm ar ...
oh yeke, tq2. sbb ade kwn kje panasonic bgtaw. xtaw plak sbb yen rendah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik adik aku resign last year.Panasonic teramatla ciput gaji pastu perah engineer mcm kain buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat jepun skrg ni mcm bermasalah sahaja? Ga mampu bersaing dengan syarikat elektronik dari korea?
Baru-baru ni Sony announce akan stop buat PC utk lebih concentrate kepada mobile.
Jadi bye-bye Sony Vaio
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|