CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3990|Reply: 37

[Tempatan] Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar

 Close [Copy link]
Post time 2-2-2014 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar
2 Februari 2014



CYBERJAYA - Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

"Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

"Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut," katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.

JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan," katanya. - Bernama

credit: sinarharian

p/s: kaya bebenor kerajaan kita yek? ngape la pepatah "Memberi Pancing lebih baik daripada Memberi Ikannya" tak dipraktikkan?

dan maaf la kalu benang pasal isu ni dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... Seribu sebulan free2 kot...

Ramai je pendapatan bawah 3000 tp pakai smartphone latest edition... Yang pasti ramai keturunan indon generasi kedua akan masuk senarai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 08:36 PM | Show all posts
tu lerr... katanyerr ada kriteria kalu nak dpt bantuan ni. tapi dr aku tgk, yang BR1M tu org yg tak layak pun blh lepas dapat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm apakah semata dpt rm35 perday tanpa apa2 kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 08:39 PM | Show all posts
dari bg duit gitu2 saje...baik govt bg upah keje bersihkan mana2 tempat yg patut mcm iklan ah long dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 08:41 PM | Show all posts
banyak tu peruntukkan tersebut...
baik dinaikkan gaji ka
kurangkan kos sara hidup + sediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak.
susah benor skrg ni nak dapat keje tetap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ekod79 posted on 2-2-2014 08:39 PM
dari bg duit gitu2 saje...baik govt bg upah keje bersihkan mana2 tempat yg patut mcm iklan ah long d ...

terbaik..
keje dulu baru dapat baucer.
kira macm community service pun blh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:19 PM | Show all posts
Satu lg idea BODOH KERAjaan umNGOK... Memang nk melingkup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 09:20 PM | Show all posts
miskin....tapi handset tak hagak jenis smartphone terbaru...pastu kereta mak aiii ....tengok facebook p cuti ke Vietnam dan ada yang pergi cuti ke Korea Selatan...takper sangka baik depa dapat bonus....tapi malam minggu ajak p hiburan di bandar KL....

tapi dalam posting fb dok ratib kerajaan naikkan harga barang la, duit yang ada tak cukup menampung kehidupan mereka....bla bla bla salahkan kerajaan...

tapi bila tengok gambar kat fb perghhhh makan kat tempat mewah2....McD dengan KFC jangan citer la...wajib p...lepas makan kenyang burrrpppp sendawa bukak fb dok ratib salahkan kerajaan....

metaliti orang Melayu penyokong tegar Pakatan Rakyat.

+ duit tiket tengok bola wajib + eksesori bolasepak + nak tukar sport rim baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 09:28 PM | Show all posts
adakah rakyat masih boleh digula-gulakan dengan cara sebegini?

hairan betul la, takkan kerajaan takde think tank yg boleh mengutarakan cara yang lebih bernas untuk mengatasi jurang pendapatan? tak kira la, tinggal kat bandar besar ka, kecik ka, kat ulu nun ka....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:29 PM | Show all posts
shamsadis posted on 2-2-2014 09:20 PM
miskin....tapi handset tak hagak jenis smartphone terbaru...pastu kereta mak aiii ....tengok faceboo ...

mentaliti pemimpin umngok jauh lebih simple
"bila kangkung turun, nape tak puji kerajaan??"
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:31 PM | Show all posts
Apa kejadah bodoh kerajaan ni. Dia nak decide macam mana tu? Bandar KL saja ke? Pendapatan tu kira payslip saja ke? Yang tak kerja, kerja sendiri? And berapa billion, dan selama mana ni bantuan ni? Apa kejadah bodohnya kerajaan kita ni. Can we afford this?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena ada kerja part time br dpt..wadehel!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:52 PM | Show all posts
Kurang 3000 aku rasa separuh Malaysia ni dia kena bagi, kecuali dia define bandar tu KL jer. Kebangga Penang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 09:54 PM | Show all posts
aku masih blur ngan kriteria yg ditetapkan. tadi tgk berita tv3 pun isi lebih kurang ngan berita sinar harian ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah. Last last aku nih jugak yg xdpt apa apa setelah dikerah bayar cukai dan terhimpit oleh komitmen sana sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 09:56 PM | Show all posts
miu84 posted on 2-2-2014 09:54 PM
Ah. Last last aku nih jugak yg xdpt apa apa setelah dikerah bayar cukai dan terhimpit oleh komitmen  ...

Senasib... Bulan2 kna potong tax beratus
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 09:57 PM | Show all posts
Kesian @stinger-attack pun pendapat-an kurang 3000 jugak, tak buleh ka skim ni diperluas ke bandar Singaporn?

Hang jangan maghah stinger, aku niat nak tolong hang. Amen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 10:04 PM | Show all posts
saman traffic aja setiap bulan  memang dah peruntukkan/put aside RM 1000 ..apalah sangat 35 hinggit ibarat belacan terselit dicelah gigi  nih?

ahakz





Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 10:09 PM | Show all posts
truly posted on 2-2-2014 09:31 PM
Apa kejadah bodoh kerajaan ni. Dia nak decide macam mana tu? Bandar KL saja ke? Pendapatan tu kira p ...

kau jelirkan putting seminit dah ada orang nak offer RM 350 hinggit kan? apa standard nak kena produce payslip untuk dfapatkan bantuan RM35 hinggit dari kerajaan?

hahaha

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.074591 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list