CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JulietTheOrange

Ex penyanyi ditahan polis

[Copy link]
Post time 28-1-2014 04:37 PM | Show all posts
siapakah..??xpopular pon..dikenalikah..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 04:43 PM | Show all posts
whadda posted on 28-1-2014 02:10 PM
kumpulan yg menjuarai satu pertandingan anjuran sebuah akhbar..?? bukan tahap sendu ni tp tahap tak  ...

ok tegelak iols bace komen uols


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 04:47 PM | Show all posts
Platform menjuarai pertandingan Bintang Idola BH (BIBH) 2012 anjuran Berita Harian menjadi langkah permulaan buat kumpulan Tiga untuk mewarnai persada seni tempatan. Di sebalik pasaran muzik yang tak menentu, kumpulan dibarisi anak muda empat orang ini optimis meneruskan survival mereka.

Ditubuhkan pada 1 Mac lalu, Tiga asal dan simboliknya hanya dianggotai tiga orang saja iaitu Arween (Mohd Qhairol Iqhssan, 28), Alfie (Syed Alfrizal, 26) dan sekuntum bunga iaitu Maya (Maya Hariyanto, 21). Tiga kali mencuba nasib secara solo, tuah ternyata gagal menyebelahi mereka dalam pertandingan berkenaan.

Idea bersatu dengan menubuhkan trio akhirnya membawa rezeki hingga memahat nama mereka dalam pertandingan BIBH 2012. Mengetengahkan konsep vokal secara berharmoni, kumpulan ini akhirnya sepakat menambah satu lagi anggota sekitar Jun 2013.

Ketika itu Zack Merican atau Zack berusia 20 tahun diserap masuk dan diharap mampu meneruskan lagi kelangsungan imej ‘voicing group’ yang dibawa kumpulan ini. Biar berempat, nama Tiga kekal di situ tanpa perlu diubah.



Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan

Menurut Arween selaku ketua kumpulan, mereka menyifatkan masa sekarang bersesuaian untuk memperkenalkan diri mereka dengan genre muzik pelbagai seperti world music, pop RNB dan pop rock. Berbekalkan dengan pengalaman muzik masing-masing, mereka enggan menoleh ke belakang lagi.
“Kami daripada pelbagai latar belakang muzik. Macam saya dan Maya pernah menyanyi di kelab malam . Zack sendiri datang daripada keluarga muzik. Alfie sendiri pernah menyertai pertandingan realiti nyanyian seperti Mentor musim kedua di mana Zaf daripada bekas anggota VE menjadi mentor kepadanya.

“Malah ada di antara kami yang pernah disenarai pendek dalam pertandingan Akademi Fantasia tetapi ternyata tuah boleh menyebelahi kami. Tapi itu bukan alasan untuk kami terus mengalah sebaliknya perlu mencari alternatif lain untuk membuktikan bakat yang ada. Lalu Tiga menjadi manifestasi kepada apa yang kami mahu perjuangkan.”

Memilih lagu Pengakuan ciptaan sepenuhnya penyanyi Alyah, Arween menjelaskan mereka yakin lagu itu boleh dianggap sebagai mesra radio dan mampu menambat hati pendengar. Malah ada cerita di sebalik lagu yang sudah terperap lama sejak 2008 itu.

“Alfie sendiri kenal rapat dengan Alyah dan itu antara benih permulaan yang mencetuskan kerjasama sulung ini. Malah kami juga cukup bangga dan senang dapat bekerjasama dengan Alyah menerusi lagu berkenaan. Moga apa yang kami rencanakan akan berjalan lancar. Insya-Allah.”

Sementara itu, Alyah pula berkata ada cerita di sebalik lagu Pengakuan. Lagu berkenaan juga menjadi pertaruhan sulung penyanyi ini dalam penciptaan lagu. Lagu itu diilhamkan Alyah sekitar 2005 ketika dia masih bergelut membuktikan hayat seninya.

“Rizal atau kini dikenali dengan nama Alfie memang sudah lama dikenali Alyah. Kami pernah merancang untuk mewujudkan kumpulan yang mana dua daripada diwakili kami dari Malaysia dan dua lagi anggota dari Indonesia untuk pertandingan Gangstarz di TV3. Tetapi nak dijadikan cerita hasrat kami itu tersekat apabila Alyah saja yang mara untuk uji bakat. Ketika itu Alyah bakal diserap untuk menyertai kumpulan One Nation Emcees yang turut bersaing dalam pertandingan berkenaan. Bagaimanapun Alyah akhirnya memilih untuk tidak bersama kumpulan itu kerana memikirkan tidak manis dan tak wajar meneruskan perjuangan sedang Rizal dan dua lagi teman dari Indonesia tidak.”

“Selepas itu, Alyah cuba berjinak-jinak mencipta lagu dengan menghasilkan melodi. Lagu Pengakuan yang mempunyai adunan pop dan rap pada asalnya dibuat atas dasar mencuba dan tak sangka pula karya itu yang diidamkan kumpulan Tiga. Pada saat itu Alyah berasakan lagu berkenaan masih belum memenuhi piawaian.

“Alyah sendiri tak rasa diri ini sudah bagus dalam dunia komposisi lagu. Ditambah pula dengan Alyah yang tak mempunyai pengetahuan dan selok belok mendalam dalam dunia berkenaan. Tak sangka selepas lapan tahun membikin lagu itu dan mendengar susunan baru yang dihasilkan kumpulan Tiga, ia jadi boleh tahan juga bunyinya.”

Mengenai kumpulan Tiga, Alyah memuji usaha anggota berkenaan untuk memeriahkan persada seni. Tambahnya lagi, setiap daripada anggota kumpulan Tiga mempunyai bakat tersendiri.

“Alfie sendiri yang Alyah kenal dulu juga bergelut seperti mana kemunculan Alyah dulu. Alyah harap kumpulan ini akan terus maju jaya. Lagu Pengakuan juga meninggalkan memori tersendiri buat Alyah dan harap ia dapat memberi tuah kepada mereka.”

Tiga Production beroperasi di Jalan Seri Permaisuri 5, Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, KL
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 05:48 PM | Show all posts
Sape yg dpt teka tu aku mcm kagum sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 06:31 PM | Show all posts
Mcm xglamer je huhu salute pd yg dapat teka ngan betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 06:45 PM | Show all posts
Siapakah? Haha. Kagum jugalah pada siapa yang tepat tekaannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2014 08:15 PM | Show all posts
sendu sedan..x berbaloi utk diteka
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 04:07 AM | Show all posts
pergh .. kumpulan apa ni ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 07:58 AM | Show all posts
enchikfitz posted on 28-1-2014 04:00 PM
Group TIGA kot. Yang sorg tu hilangkan diri lps dpt kluar first single PENGAKUAN.  Kalau silap iols  ...

aku pun rs org yg sama. yg songlap duit n g luar negara tu. budak tu bljr kat ums dulu. ada la jg bbrp kwn2 yg dia kenakan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:00 AM | Show all posts
gambar mana gambar...??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:47 AM | Show all posts
Tak tercapai akal nak meneka siapa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:33 AM | Show all posts
ohhhhh akhbar pun ada buat pertandingan nyanyi rupanya...hehehe baru aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:37 AM | Show all posts
akuMNdia posted on 29-1-2014 08:00 AM
gambar mana gambar...??



ni kump TIGA

arween, alfie , maya, zack


aku x tahu la kump ni terlibat ke x..kat ats tu ade mention psl kump ni..aku sje tepek utk korg kenal2 dgn kump tiga ni Last edited by peah311 on 29-1-2014 09:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:39 AM | Show all posts
Pakai spek tu bukan Asfan???





Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:41 AM | Show all posts
freekey posted on 29-1-2014 09:39 AM
Pakai spek tu bukan Asfan???

xde yg nama asfan group ni..

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:46 AM | Show all posts
leekamlee posted on 29-1-2014 07:58 AM
aku pun rs org yg sama. yg songlap duit n g luar negara tu. budak tu bljr kat ums dulu. ada la jg  ...

yg mane 1 dak ums tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 10:46 AM | Show all posts
dah tempek gambar pun harommm aku kenal diorg nih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:57 AM | Show all posts
peah311 posted on 29-1-2014 09:41 AM
xde yg nama asfan group ni..








Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 01:33 PM | Show all posts
x glemer langsung.. x nal langsung
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 02:11 PM | Show all posts
Bekas penyanyi berkumpulan dituduh menipu

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Bekas penyanyi kumpulan Tiga, Mohd. Qhairol Iqhssan Yusof, 28, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan menipu sembilan individu berhubung pinjaman perumahan membabitkan jumlah lebih RM300,000, tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.100612 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list