View: 1305|Reply: 5
|
[Tempatan]
Kebakaran: Dua warga emas terselamat
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - Dua warga emas terselamat apabila rumah mereka di Kampung Ladang, di sini hangus dalam kebakaran ketika mereka sedang nyenyak tidur malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam, Alang Jaleha Zakaria, 67, dan kakak iparnya Hasnah Ismail, 77, dikejutkan oleh jeritan yang memberitahu rumah terbakar.
Anak seorang daripada mereka, Normaliza Mohamad, 45, berkata ketika kejadian dia bersama enam lagi anggota keluarga termasuk ibu dan ibu saudaranya sedang tidur.
Katanya dia tiba-tiba terhidu bau asap dan bergegas ke bahagian dapur sebelum melihat api di ruang berkenaan.
"Saya menjerit meminta tolong dan mengarahkan adik serta tiga anak saya menyelamat diri manakala jiran-jiran meluru masuk ke rumah saya untuk menyelamatkan emak saudara yang terlantar sakit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Normaliza berkata ibu dan ibu saudaranya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah disebabkan sesak nafas.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Khairul Ariffin Che Ramli berkata sebaik menerima laporan, 56 anggota dan enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran dan kebakaran itu memusnahkan dua buah rumah separuh kekal yang didiami dua buah keluarga," katanya.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
dengar kata terbakar sebab lupa tutup api time masak
lupa ada masak kat dapur....
ralib buat menda lain....
erm... |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur tak ada nyawa yang melayang |
|
|
|
|
|
|
|
aduduh. nsb baek hidup lgi . careless ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|