CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2307|Reply: 7

[Tempatan] Paul Revington Letak Jawatan.

[Copy link]
Post time 20-1-2014 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Revington mahu letak jawatan


PERSIAPAN skuad hoki senior negara menjelang kempen Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda pada Mei depan terencat seketika apabila ketua jurulatih, Paul Revington membuat keputusan mengejut untuk melepaskan jawatannya.

Difahamkan, jurulatih kelahiran Afrika Selatan berusia 41 tahun itu memutus- kan untuk mengundur diri atas alasan kesihatan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang enggan menjelaskan lebih terperinci berhubung perkara tersebut berkata, satu sidang akhbar khas akan diadakan hari ini.

“Pihak MHC telah menerima surat peletakan jawatan daripada Revington pada Jumaat lalu.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana esok (hari ini) kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara sebenar,” kata Nur Azmi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Revington telah menghantar surat peletakan jawatannya sehari selepas sidang akhbar yang beliau turut hadir ketika mengumumkan 35 pelatih skuad senior negara yang dipengerusikan oleh Nur Azmi sendiri pada Khamis lalu.

Ini merupakan kali kedua Revington melepaskan jawatannya selepas beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan campur tangan bekas jurulatih skuad Projek 2013, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, Reving- ton menarik kembali keputusannya dan bersetuju meneruskan tugas dengan skuad hoki senior negara selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Revington dilantik sebagai jurulatih skuad senior pada 22 Ogos 2012 apabila menandatangani kontrak selama dua tahun serta pilihan sambungan kontrak selama dua tahun lagi.

Sementara itu, bekas kapten skuad negara, Nor Saiful Zaini menganggap keputusan Revington itu bakal mengundang masalah kepada anak- anak buahnya sebelum mereka berlepas ke Belanda.

“Daripada pandangan saya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana kita ada empat bulan sahaja lagi sebelum bermulanya Piala Dunia.

“Sepatutnya, dia (Reving- ton) meletakkan jawatannya lebih awal,” jelasnya.

Skuad senior negara akan berdepan jadual padat sepanjang tahun ini dengan menyertai beberapa kejohanan seperti
Piala Sultan Azlan Shah (13-23 Mac);
Cabaran Juara-Juara I (26 April-4 Mei);
Kejohanan Dusseldorf Jemputan Empat Negara (15-18 Mei);
Piala Dunia (31 Mei-15 Jun);
Sukan Komanwel (23 Julai-3 Ogos)
Sukan Asia (18 September-27 Oktober).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masuk barule diorg main best skit. Ni dah brenti plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:16 AM | Show all posts
ye ke masalah kesihatan....?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Alasan je ni. Ni mesti ada tak puas hati .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:35 AM | Show all posts
Mungkin beliau tersinggung dengan isu agama dan harga sayur di Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:35 AM | Show all posts
Herm, biasalah, bila hoki naik sure ada tangan mengacau, hehe. Budaya malaysia dari dulu ni. semua nak dpt credit gak bila satu satu team atau sport tu naik. cuba bila jatuh, semua cepat cepat lari dulu. huhuh. Malaysia malaysia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2014 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Noooooooo!!!!
Sape punya angkara ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 08:51 AM | Show all posts
Jurulatih profesional macam dia letak jawatan masalah kesihatan??. Umur baru 41. Hmm. Tak puas hati.. Berasa hati..Kecil hati..tak senang hati..Atau mungkin dia rasa tak serasi dengan penolong jurulatih kebangsaan yang baru yang dulunya memang dikatakan bermasalah dengan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.124553 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list