Salah satu langkah jangka pendek yang KAMI temui tanpa memerlukan modal yang banyak adalah menjalankan perniagaan menjual Kad Prabayar Tone Excel WOW dari pembekal perkhidmatan telepon Tune Talk.Setelah membuat kajian akan prospek perniagaan ini dan pulangannya yang berterusan terhadap pengguna kad prabayar,Tun Faisal telah mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menyediakan kemudahan awal untuk kami atau siapa saja "keyboard writers" yang berminat untuk mendapatkan pendapatan pasif setelah terpaksa menjadi penganggur setelah selesai PRU13.
Daripada kita membuang masa membela dan mempertahankan Umno secara PERCUMA ada lebih baik kita buat perniagaan ini demi mencari rezeki untuk bagi makan anak isteri dan keluarga kita.Kerja kerja membela dan mempertahankan Umno ni biar saja Lifestyler Lifestyler Ibdil dan mereka mereka "yang dibayar" lakukan kerana takkan nak mentekedarah gaji buta je...
Nanti bila tiba masanya PRU14 hampir dekat dan waktu tu Umno memerlukan khidmat kita,kita akan gunaKAEDAH THE HIGHEST BIDDER.Siapa BID paling tinggi masa itu kita pergi kerja untuk mereka...
Apa macam.....?
Jadi kepada teman teman yang senasib kalau berminat boleh je email akuazmiapa@gmail.com
P/S : Kalau korang rasa nak buat kerja FREE aku tak boleh nak larang kerana itu hak masing masing.Tapi dalam korang merasa korang ni PEJUANG MAYA UMNO tolong fikir balik...korang berjuang untuk mempertahankan parti atau mempertahankan PENYAMUN PENYAMUN dalam parti?
Korang makan KANGKONG...pemimpin makan ASPARAGUS.
Itupun nasib baik sebab "Kangkong yang naik hari ni dah turun...."