View: 3544|Reply: 18
|
Percaturan Nadiya Nisaa
[Copy link]
|
|
SUATU ketika dahulu nama Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin atau lebih mesra disapa Nadiya Nisa, 28, mungkin kurang dikenali di industri hiburan.
Namun penangan drama Adam dan Hawa, gandingannya bersama aktor kacak berjaya menaikkan namanya sebaris dengan pelakon wanita popular yang lain.
Berpegang pada prinsip bakat atasi rupa, ibu kepada seorang cahaya mata itu terus melangkah jauh dalam dunia lakonan.
Namanya mula meniti di bibir peminat drama Melayu yang kian menjadi perhatian dan wajahnya sering menghiasi TV setelah drama bersiri tersebut dipertontonkan di Astro Ria.
"Alhamdulillah, rezeki saya semakin baik dan tawaran yang diterima juga mencurah-curah.
"Tahun 2013 mencatat suka duka saya bergelar artis, saya harap 2014 segalanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang akan muncul dalam teater Jam Dinding Yang Berdetak, pertengahan Januari ini.
Sedikit mengenai kerjayanya, Nadiya mula mencipta nama dalam lakonan setelah berjaya memperoleh trofi Pelakon Pembantu Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) menerusi filem Cun.
Biarpun memegang watak sampingan, rezeki ternyata menyebelahinya walaupun filem tersebut yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Remy Ishak, Faezah Elai dan ramai lagi.
Pencapaian yang di kecapinya itu membuktikan penghayatan watak lakonannya telah memberi kesan kepada penonton.
Kini, tidak hairanlah setiap lakonannya sering mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah penerbit dan pengarah tempatan.
Sempat bertemu dengan wanita berwajah manis itu, Nadia meluahkan hasratnya untuk berhenti berlakon dan menumpukan perhatian dalam bidang lain.
Katanya, dia ingin mempelbagaikan kerjayanya dan tidak mahu hanya memfokuskan satu bidang sahaja iaitu lakonan.
Bergelar penulis skrip
Biarpun sejak kebelakangan ini wajahnya sering menghiasi kaca TV, Nadiya berkata berat hatinya meninggalkan dunia lakonan yang telah banyak menaikkan namanya.
Demi merealisasikan impiannya, dia mahu berehat seketika dari dunia lakonan dan menceburi bidang lain iaitu penulisan skrip filem.
Nadiya berkata keinginan untuk menulis skrip semakin membuak-buak setelah mengikuti kelas penulisan selama enam minggu, baru-baru ini.
"Saya bukannya mahu berhenti terus daripada berlakon tetapi mengurangkan aktiviti lakonan buat sementara.
"Fokus utama saya sekarang adalah menulis skrip ketika minda masih lagi segar untuk menulis," jelasnya mengikuti kelas yang dianjurkan penulis skrip terkenal, Al Jafri (Paloh dan Dukun).
Menurutnya, dia mengenali Al Jafri sewaktu berlakon dalam filem Dukun secara tidak langsung.
"Dari situ saya mula rapat dengannya, kemudian saya mendapat tahu bahawa dia juga menjadi tenaga pengajar di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dalam penulisan skrip.
"Selain saya, terdapat 10 pelajar yang belajar secara tidak formal dengannya. Saya begitu teruja dengan kelas ini kerana dia merupakan insan yang banyak memberi dorongan untuk saya menulis," katanya.
Tambah Nadiya, impiannya untuk bergelar penulis sudah lama dipendamkan kerana minatnya yang gemar menonton filem.
Setelah menghadiri kelas tersebut, dia semakin yakin untuk menulis dan nekad agar dapat menyiapkan skrip penulisannya itu pada awal tahun ini.
Di tebak dengan soalan persaingan yang ada sekarang, Nadiya berkata dia mahu bermula dengan TV dan telefilem terlebih dahulu.
"Saya sedar persaingan sangat ramai dalam bidang ini, sebab itulah saya mahu karya pertama disiarkan di kaca TV sebelum ke layar perak," katanya.
Tinggal dunia lakonan
Dalam masa yang sama, meskipun meluahkan hasrat untuk meninggalkan lakonan, Nadiya berkata dia akan mengambil masa untuk melakukannya.
"Saya ingin selesaikan terlebih dahulu beberapa perkara sebelum menumpukan perhatian pada penulisan.
"Lagipun saya telah menandatangani beberapa kontrak untuk filem dan enam telemovie," katanya.
Tegasnya, dia mahu perkara itu dilakukan secara perlahan-lahan dengan mengurangkan aktiviti seni.
"Bukannya tiada tawaran lakonan sebaliknya banyak yang terpaksa saya tolak buat masa ini.
"Saya ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam filem Adam dan Hawa yang akan memulakan penggambaran Mac ini.
"Selain filem ini, terdapat tiga lagi projek filem akan datang seperti Pengapit, Gila Baby dan Bikin Filem," katanya.
Kata Nadiya, jadual penggambaran tahun ini agak padat walaupun tiada sebarang penggambaran untuk drama.
"Bukan enggan berlakon drama, penggambaran yang agak panjang mungkin menjejaskan idea saya untuk manuskrip nanti," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ada bakat tp aura tk kuat....
|
|
|
|
|
|
|
|
smalam tgk die kt propanganza ulangan..die tak menafikan pon pasal tattoo laki die..
mmg ada tattoo la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak mau lar jd penulis novel picisan cinta/kahwin paksa yg melambak2 kt pasaran skrg ni
brp byk suite gaun kahwin nak kena tempah tiap kali drama disiarkan |
|
|
|
|
|
|
|
abbey posted on 9-1-2014 05:25 PM
dia ada bakat tp aura tk kuat....
Sbb muke kurang lawo...bkn x lawo ye tp kureng sket |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya dia bersuamikan lelaki bertattoo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia bawak watak lucu mcm didi alias maybe boleh g jauh Last edited by Leonarzi on 9-1-2014 05:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Giler banyak tawaran!,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
ada lg dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
watak manis dalam cerita cun je yang i rasa meninggalkan impak..
jadi hawani mcm x berapa berkenan di mata iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg xde aura mcm TZ..
tp belakon bagus...
laki dia boleh la g klinik kwn aku kat kelantan tuk buang tatoo tuh..
xmahal mane pon...
sila sila.. |
|
|
|
|
|
|
|
cemolot posted on 10-1-2014 12:24 AM
watak manis dalam cerita cun je yang i rasa meninggalkan impak..
jadi hawani mcm x berapa berkenan ...
Iols pun rasa gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
I pun ingt citer cun tu..adam hawa kureng |
|
|
|
|
|
|
|
Leonarzi posted on 9-1-2014 05:39 PM
Kesiannya dia bersuamikan lelaki bertattoo
itu taste dia kutt.. ada corak-corak
|
|
|
|
|
|
|
|
sapooo erk dio ni ??
kasi mantap !!
http://mantopbro.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Berbakat tapi biasa la kat Malaysia ni nak yang cun, cantik ja... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia berlakon kadang2 over acting jgk. Dlm adam hawa tu ada scene yg melebih2. Tp aku suka tgk muka dia sweet la jgkx |
|
|
|
|
|
|
| |
|