CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7152|Reply: 73

[Tempatan] Kami xda Sultan-Gula Melaka

[Copy link]
Post time 9-1-2014 09:12 AM | Show all posts |Read mode
  • Idris dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar menunjukkan surat watikah yang diberikan Raja Noor Jan untuk mengadakan perbincangan.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


AYER KEROH – Kerajaan negeri menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang usaha dilakukan sesetengah pihak yang boleh membangkitkan suasana keliru dalam kalangan rakyat Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, menerusi mesyuarat Exco semalam, pihaknya sebulat suara memutuskan tanpa rasa simpati menolak mereka yang cuba menuntut pengiktirafan tertinggi di Melaka selain tidak mengiktiraf pemberian darjah kebesaran oleh pihak tertentu.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan sewajarnya kerana tindakan itu sudah bercanggah dengan perlembagaan negara.

Idris berkata, perkara itu membabitkan Raja Noor Jan Raja Tuah mengaku sebagai Sultan Melaka, kehadiran Bonda Ratu Nusantara ke negeri ini baru-baru ini, selain tidak mengiktiraf pemberian darjah kebesaran Adat Perpatih Naning kepada pelbagai individu.

“Apakah fungsi Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang boleh mengiktiraf seseorang itu sultan atau tidak.

“Kita menolak dokumen dan individu mengaku sebagai Sultan Melaka kerana Melaka sebuah negeri bersekutu yang ditadbir wakil persekutuan menjadi ketua negeri dan dikenali Yang Dipertua Negeri.

“Dia bukan lahir di Melaka pun untuk menuntut kesultanan yang juga membabitkan beberapa negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam.

Idris turut hairan berikutan masih ada individu kelihatan kurang siuman untuk bertindak sedemikian selepas Melaka menikmati pelbagai kemajuan.

Katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan warta melibatkan hanya darjah kebesaran, pingat dan bintang yang diberikan Yang Dipertua Negeri boleh diiktiraf peringkat negeri serta negara.

“Mereka yang terima darjah, bintang kebesaran dari kumpulan adat ini tidak layak menerima anugerah daripada Yang Dipertua Negeri dan mana-mana anugerah diberikan sebelum ini akan ditarik balik.

“Pemberian pingat oleh institusi adat ini seolah-olah sudah menjadi kerabat diraja. Ada doktor, peguam yang menerimanya,” katanya.

Manakala, penasihat undang-undang negeri akan mengkaji perkara berkenaan sebelum melakukan tindakan seterusnya.


http://www.sinarharian.com.my/melaka-tolak-raja-noor-jan-1.238562


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan kendi krush.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan kendi krush.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan kendi krush.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:15 AM | Show all posts
Yang Dipertua Melaka pon orang PAHANG.... bukan lahir kat melaka gak pon...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan kendi krush.. :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2014 09:29 AM | Show all posts
masih ada individu kelihatan kurang siuman untuk bertindak sedemikian selepas Melaka menikmati pelbagai kemajuan.


hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:30 AM | Show all posts
@najib888 mabuk kendi krush!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 09:32 AM | Show all posts
melaka negeri maju..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:37 AM | Show all posts
bagi je la apa dia nak..
kesian dah ni tengok dia merayu takhta, menagih simpati dan meratib kesusahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:38 AM | Show all posts
najib888 posted on 9-1-2014 01:16 AM
Sultan kendi krush.. :lol

nk request life ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
senah_tonggek posted on 9-1-2014 09:38 AM
nk request life ka?

Xtau la senah oii.. Cuba la add fb dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:44 AM | Show all posts
yenil95 posted on 9-1-2014 09:32 AM
melaka negeri maju..

Tapi Melaka negeri paling banyak hutang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:45 AM | Show all posts
istana kat mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:45 AM | Show all posts
mengarut betei sultan ni aih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:57 AM | Show all posts
gila nak jadi agong si ketum...gila nak jadi sultan Melaka si mamat nie...gila nak jadi PM..si tu si tutttt...


semua orang gila pangkat maaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm beta rasa beta nk umumkan cuti pada esok hari kpd rakyat jelata kerana berjaya naik level candy crush
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 10:11 AM | Show all posts
Penjelasan KM Melaka


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantang melayu derhaka pada sultan... ayat yg paling mengarut...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 10:26 AM | Show all posts
Benda macam ni baik buat taik telinga je.
Apa kes hingga KM pun nak kena layan benda sebegini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.255515 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list