CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ciksurie

♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥

  [Copy link]
Post time 11-2-2014 07:08 PM | Show all posts
kak_sall posted on 11-2-2014 03:44 PM
sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,

sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
saling menasihati amalan kita semua


********************************************
naik bukit pergi bertapa
sambil2 mahu berburu
lama sudah tidak menyapa
lantaran masa yang terlalu cemburu


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2014 07:12 PM | Show all posts
zadzamusa posted on 11-2-2014 03:36 PM
mata terarah hanya di pintu
menunggu si dia hati merindu
kalau dah memang harus begitu

sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,
tapi terlupa nak berkenalan dahulu..


*******************************

makin lama makin jemu
tapi harus jugak di telan
pantun seloka medan bertemu
Hai zaza selamat berkenalan



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:23 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 7-2-2014 02:27 PM
laparnya perut makan kebab
sambil melihat tarian kuda
punca menghilang ada bersebab


Bunga mawar di susun sepuluh
Buat hantaran Adik si Farhan
Buka CARI noti dah lebih seratus lima puluh
Nampaknya kena reply perlahan-lahan

*******************************

pulau pandan nampak berbayang
hujan pula sedang menitis
bertabahlah wahai nay sayang
sudah habiskah nay reply notis?..


Last edited by anniez08 on 12-2-2014 12:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:28 PM | Show all posts
moyas posted on 8-2-2014 10:52 AM
pergi ketaman mengejar rama-rama
berlari-lari hingga kepenatan
dah lama kita tak moyan bersama

nampak air baling-baling batu
batu dikutip oleh makcik mala
masa moyan sekarang di catu
di kuatiri kerja lain tergendala




*****************************************

masa periksa tak dapat nombor satu
kena denda berdiri depan pintu
N juga patut buat macam tu
sekarang pun N moyan tak tentu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:34 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:04 PM
pergi ketaman mengejar rama-rama
berlari-lari hingga kepenatan
dah lama kita tak moyan bersama

2013 sudah berlalu
begitu banyak kenangan lama
kalau macam tu moyan lah selalu
barulah boleh moyan bersama

************************

hendak bercakap terasa malu
minta disampaikan oleh cik Eja
tahun 2013 banyak kenangan lalu
tahun 2014 masa untuk santai saja..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 10:32 AM | Show all posts
kak_sall posted on 11-2-2014 03:44 PM
sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,

sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
saling menasihati amalan kita semua


######################


hendak ke utara menaikki kereta,
singgah sebentar di kedai nyonya,
saling menghormati sesama kita,
harap-harapnya begitulah hendaknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2014 10:49 AM | Show all posts
moyas posted on 11-2-2014 03:57 PM
Walau berdarah tetap ku tenang,
Kerana tercucuk  si duri semalu,
baik pekerti moy buat ku terken ...

unggas dihutan turut berdendang
bersiul riang sekawan merpati
bila terluang datanglah bertandang
rumah CARI senantiasa menanti


######################

Indah sungguh perabot jati,
Tampak menarik memenuhi ruang,
rumah CARI tetap di hati,
luangkan masa bila berpeluang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 11:21 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:12 PM
sedap sungguh kuih bahulu,
dikongsi bersama Encik Vellu
kata-kata nasihatmu ku junjung selalu,

makin lama makin jemu
tapi harus jugak di telan
pantun seloka medan bertemu
Hai zaza selamat berkenalan


#################

bercucuk tanam di tanah gambut,
keringat membasahi ditubuhku ini,
salam perkenalanmu ku sambut,
indahnya rasa nak bertamu di sini,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 11:41 AM | Show all posts
kak_sall posted on 11-2-2014 12:01 PM
nampak air baling-baling batu
batu dikutip oleh makcik mala
masa moyan sekarang di catu

malam-malam pasang pelita
habis minyak sumbu berasap
nampaknya dik moyas senasib lah kita
kerja bertimbun takut tak siap
+++++++++++++++++++++++++++++
pergi kehutan memburu rusa
membawa bekal kueh lepat
kalau pandai membahagi masa
kerja siap menCARI pun dapat



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 12:33 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:06 PM
unggas dihutan turut berdendang
bersiul riang sekawan merpati
bila terluang datanglah bertandang ...

cantik sungguh bersopan santun
menjadi kebanggan En Ilyas
sudah lama ikut berpantun
baru kini tersua moyas
+++++++++++++++++++++
ikan tenggiri juga daging sekati
dimasak pula di tepian pantai
daku ada saja disini memerhati
setiap inci kamu ku intai-intai






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 12:43 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 11-2-2014 07:08 PM
sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
...

naik bukit pergi bertapa
sambil2 mahu berburu
lama sudah tidak menyapa
lantaran masa yang terlalu cemburu

******************************************

sungguh erat tali persahabatan
bermula dengan pantun seloka
datanglah selalu bila berkesempatan
silaturrahim terjalin tetap terpelihara


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 12:47 PM | Show all posts
moyas posted on 12-2-2014 11:41 AM
malam-malam pasang pelita
habis minyak sumbu berasap
nampaknya dik moyas senasib lah kita

pergi kehutan memburu rusa
membawa bekal kueh lepat
kalau pandai membahagi masa
kerja siap menCARI pun dapat

**********************************************

semakin dekat hari periksa
hati di dalam ber dup dap dup dap
masalahnya bukan kerana masa
bos sentiasa kena mengadap

Last edited by kak_sall on 12-2-2014 03:58 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:38 PM | Show all posts
anniez08 posted on 11-2-2014 11:23 PM
Bunga mawar di susun sepuluh
Buat hantaran Adik si Farhan
Buka CARI noti dah lebih seratus lim ...

pulau pandan nampak berbayang
hujan pula sedang menitis
bertabahlah wahai nay sayang
sudah habiskah nay reply notis?..

******************************
cantik sungguh pancaran lampu
di beli oleh sepasang dekan
reply notis mana yang mampu
kalau tak mampu nay tinggalkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:57 PM | Show all posts
zadzamusa posted on 12-2-2014 10:32 AM
sungguh pantas berlalunya masa
tidak kusedari diri dah tua
salam perkenalan buat adik zadzamusa
...

hendak ke utara menaikki kereta,
singgah sebentar di kedai nyonya,
saling menghormati sesama kita,
harap-harapnya begitulah hendaknya

*************************************

memang benar pepatah berbicara
ambil yang jernih buang yang keruh

hidup kita hanya sementara
banyakkan berkawan jangan bermusuh



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 10:39 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-2-2014 03:38 PM
pulau pandan nampak berbayang
hujan pula sedang menitis
bertabahlah wahai nay sayang

cantik sungguh pancaran lampu
di beli oleh sepasang dekan
reply notis mana yang mampu
kalau tak mampu nay tinggalkan

**************************

badan sihat sebab bersukan
minda tenang senang belajar
kalau banyak notis ditinggalkan
bagaimana legend yang di kejar?..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 10:47 AM | Show all posts
kak_sall posted on 12-2-2014 12:47 PM
pergi kehutan memburu rusa
membawa bekal kueh lepat
kalau pandai membahagi masa

semakin dekat hari periksa
hati di dalam ber dup dap dup dap
masalahnya bukan kerana masa
bos sentiasa kena mengadap
++++++++++++++++++++++++++
pergi bercuti menaiki kereta
tak cukup berdua tambah berlima
jika begitu bagai kaksall kata
malam sahajalah dikau menjelma


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 01:38 PM | Show all posts
anniez08 posted on 11-2-2014 11:34 PM
2013 sudah berlalu
begitu banyak kenangan lama
kalau macam tu moyan lah selalu

hendak bercakap terasa malu
minta disampaikan oleh cik Eja
tahun 2013 banyak kenangan lalu
tahun 2014 masa untuk santai saja..


*****************************

sepanjang hari menghadap kerja
tiada masa untuk bersantai
siang malam gigih berkerja
hendak moyan tangan di rantai




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 01:41 PM | Show all posts
zadzamusa posted on 12-2-2014 11:21 AM
makin lama makin jemu
tapi harus jugak di telan
pantun seloka medan bertemu

bercucuk tanam di tanah gambut,
keringat membasahi ditubuhku ini,
salam perkenalanmu ku sambut,
indahnya rasa nak bertamu di sini,


******************************

pengantin di belai mandian lulur
pengantin di rai bertema barat
terima kasih salam di hulur
moga silaturahim semakin erat


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 01:43 PM | Show all posts
moyas posted on 12-2-2014 12:33 PM
cantik sungguh bersopan santun
menjadi kebanggan En Ilyas
sudah lama ikut berpantun

ikan tenggiri juga daging sekati
dimasak pula di tepian pantai
daku ada saja disini memerhati
setiap inci kamu ku intai-intai


*************************

bertaburan sampah hendak di kutip
dikutip oleh anak Pak Riyan
rupanya cik momoy jadi pengintip
melepas rasa tak dapat moyan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 01:45 PM | Show all posts
kak_sall posted on 12-2-2014 12:43 PM
naik bukit pergi bertapa
sambil2 mahu berburu
lama sudah tidak menyapa

sungguh erat tali persahabatan
bermula dengan pantun seloka
datanglah selalu bila berkesempatan
silaturrahim terjalin tetap terpelihara



*******************************

adik Fira mengadu sakit begnya berat
terpaksa di angkat oleh kak layla
pantun seloka jadi pengerat
antara kak sall dan juga Nayla


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.899007 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list