RAWANG - Penduduk Taman Rawang Putra dalam dilema mengenangkan nasib mereka yang tinggal di kawasan perumahan bermasalah dari segi kemudahan dan keselamatan disebabkan tiada jawatankuasa bangunan sejak beberapa tahun lalu.
Selepas ambil alih sistem pengurusan pemaju kepada penduduk, beberapa masalah mula dikesan termasuk kegagalan penghuni menjelaskan bil penyelenggaraan dan beberapa pemilik mula menyewakan rumah.
Sebanyak 30 peratus unit tersebut kini kosong dan terdapat di antaranya telah dirosakkan, diceroboh dan dijadikan rumah sampah.
Seorang penduduk, Sabariah Abd Hamid, 43, berkata, untuk Blok B yang didudukinya hanya enam unit diduduki pemilik asal dan bakinya adalah penyewa selain banyak unit kosong dijadikan kawasan lepak didakwa kumpulan samseng.
“Saya beli rumah masa tahun 2006 dan ketika itu pengurusan berada dalam keadaan baik, berbeza dengan sekarang apabila kawasan di sini tidak terurus dan kotor.
“Faktor terlalu ramai penyewa menyebabkan usaha mengumpulkan yuran penyelenggaraan buntu menyebabkan kini perkarangan kawasan perumahan tidak berpagar menyumbang kepada perlakuan jenayah termasuk kereta saya pernah hilang dua tahun lalu dan sehingga kini belum ditemui,” katanya.
Seperti kampung warga asing
Seorang lagi penduduk, Siti Noraizi Soid, 33, berkata, penyelesaian perlu ada iaitu dengan melantik jawatankuasa dan ia perlu dilakukan dengan kerjasama semua penduduk.
“Kami seperti hidup dalam perkampungan warga asing dan kami mahu hidup seperti dulu.
“Sekarang masalah kerosakan, penyelenggaraan, pengurusan sampah dan kecurian tiada pihak yang menguruskan menyebabkan kebajikan kami terabai,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Tan Lay Hoon, 46, berkata, ada merancang untuk berpindah namun sayangkan rumahnya di kawasan itu dan bimbang sekiranya dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Rumah di sini tidak boleh dijual kerana sudah empat tahun tidak bayar cukai tanah menyebabkan tiada wang untuk menyewa atau membeli rumah lain.
“Saya sangat berharap jawatankuasa dapat dilantik dan menyelesaikan permasalahan secara baik kerana tidak sanggup hidup dalam tekanan apabila terlalu banyak kecurian berlaku,” katanya.
Kassim_Patalon posted on 22-12-2013 09:48 AM
pilis tak nak pantau karena mureka hanya sekadar melepak
tak salah pun melepak kalau melepak pun kena pantau
samseng dah tak boleh lepak cuma boleh lepak kat
rumah mak pak aje , apa standard telur samseng kan?
aku rasa umno akan terus pimpin sampai 20 tahun lagi ...so sebagai rakyat mesia elok la stenbai duit yg cukup utk sentiasa pindah bila kawasan sekitar rumah dah dibanjiri warga asing atau mat rempit
ada kawan aku pon menghadapi masalah camni, jiran dia cuma satu keluarga melayu dan satu lagi cina, yg lain semua india dan bangla, dgr citer cina tu dah sedang kumpul duit utk pindah
nak tanya camner islam boleh bantu Melayu cari lebih banyak duit utk sentiasa pindah ke kawasan perumahan lain bila tempat tinggal asal dah kd kampung rempit, hisap, warga asing, india ?
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 11:05 AM
nangis jelah kebanggaan ketuanan pulak noor tak kenal
dia ada belakon pilem yusuf selam tak? hiks...i ni bukan suka duk puja2 org.. tu sebab i tak kenal sapa pun...nak sebut nama pelakon pun payah...cuma kenal lakonan ja...
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 10:21 AM
aku rasa umno akan terus pimpin sampai 20 tahun lagi ...so sebagai rakyat mesia elok la stenbai duit ...
Irwan-Ahmad
nak tanya camner islam boleh bantu Melayu cari lebih banyak duit utk sentiasa pindah ke kawasan perumahan lain bila tempat tinggal asal dah kd kampung rempit, hisap, warga asing, india ?
Apakah terdapat dalam hukum Islam menyuruh umatnya pindah ke kawasan perumahan lain apabila tempat tinggal asal dah jadi seperti yg anda cakap?