CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24520|Reply: 199

[Tempatan] Kak Mah buat surat terbuka menjawab fitnah katanyer!!

[Copy link]
Post time 17-12-2013 03:25 AM | Show all posts |Read mode
              

Rosmah Rasa Teraniaya, Jawab Semua Fitnah   


Sudah menjadi rahsia terbuka, terdapat bermacam-macam cerita negatif terhadap isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor bertebaran selama ini. Daripada pembabitan dalam pembunuhan Altantuya hinggalah bercita-cita mengganti tempat perdana menteri, cerita ini tidak pernah dibalas oleh Rosmah secara terbuka dan menyeluruh.


Bagaimanapun apabila berasakan tuduhan terhadapnya kian membukit sedangkan sikap berdiam diri umpama ‘membunuh diri sendiri’, Rosmah telah mengarang satu surat bagi menjawab segala isu yang bermain di minda masyarakat selama ini. Di bawah adalah surat berkenaan yang serba sedikit menjawab tuduhan termasuk yang paling kontroversi seperti isu pembunuhan Altantuya, cerita cincin berlian RM24  juta, gemar melaram dengan barangan mewah, suka berjoli di luar negara serta status ‘First Lady’.


Selepas membacanya, ia mungkin merungkai serba sedikit apa yang ingin diketahui ramai. Selain menjawab tuduhan yang disifatkannya fitnah semata-mata, Rosmah turut meluahkan perasaan kecewa kerana persepsi negatif terhadapnya turut mencalar imej suami dan kepimpinan negara.


Tulis Rosmah di hujung surat,
“Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.”
……………………………………



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.
Pembaca yang amat dikasihi;


Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurnian majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.


Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.


Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.


Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006


Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.


Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.


Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta


Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.


Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011. Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011





Ketiga: Berjoli di luar negara


Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan. Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.


Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).


Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.


Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.


Keempat: Pembaziran Projek Permata


Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.


Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah


Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.


Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.


Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan ‘kaku’ dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkarayang tidak masuk akal.
Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.




Keenam: Isu ‘First Lady’


Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).


Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.


Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.
Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.




Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam


Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.


Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.


Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.


Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.


Pembaca yang amat dikasihi;
Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.


Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

Last edited by xanderz on 17-12-2013 03:28 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 03:32 AM | Show all posts
mohon @dino balas surat kak ros
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:38 AM | Show all posts
tersentuh hati ai membacanya


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 04:17 AM | Show all posts
Kerlassss...tersentuh hati iollsss
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kak mah kena fitnah. Bertabah la kak mah. Dorang tu semua jeles dgn kak mah

#teamkakmah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak ko kak Mah masam jah muka bila ko lalu depan Jeanne Abdullah beberapa tahun lepas. Ko tak salam or senyum pun dengan Jeanne; Jeanne lak kesian tersenyum2 tapi kak Mah tetap buat muka ketat. Sedangkan Pak Lah dan Najib bersalaman. Dengar gossip, ko tak ngam ngan Jeanne masa tu, betul ka?

Masa tu Pak Lah PM - dan ini suma berlaku di TV. Siaran lansung lak tu.

See Rosmah; bagaimana kekekwatan ko terserlah live di TV untuk tontonan semua orang.

Oh, ko tak boros joli2?

Dah tu belanja main badminton untuk vini2 menteri sampai RM 1 JUTA untuk sehari di KK tu apa? Aku yakin belanja tu jadi begitu tinggi sebab ko juga; ko punya demand, nak dok VIP suite berseorangan sahaja, sedangkan bini2 menteri lain boleh pula berkongsi bilik?

Kalau ko ada ehsan fikir dari mana duit RM 1 JUTA tu datang untuk tanggung kos hobi bodo2 korang, sure ko tak la demand kekwat sebegitu bukan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 05:12 AM | Show all posts
bila masa orang tuduh kakmah panjat bukit dan bunuh altantuya by her own bare hand? orang2 cuma tuduh dia yg jadi mastermind pembunuhan tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 05:12 AM | Show all posts
lantik je dia ni jd pm msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 05:34 AM | Show all posts
ni kalu surat rosmah ni jawapan karangan dlm soalan spm, aku bagi markah E aja, psl surat ni tak menjawab soalan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 05:37 AM | Show all posts
bolih lah ..buek skrip ...pilem ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 06:38 AM | Show all posts
aku percaya rosmah berjimat
dia hanya makan nasik cap beras timbang tesco saja
ikan kembung pon belen2 saja
baju pon, ihsan designer saja
begnya, hanya pinjaman saja....
aku percaya...
aku percaya rosmah baik orangnya

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 06:44 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 17-12-2013 03:32 AM
mohon @dino balas surat kak ros

pecah kaca pecah gelas, sudah baca pasti dibalas....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dah la korg. jgn fitnah dia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:11 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 17-12-2013 06:52 AM
dah la korg. jgn fitnah dia lagi





Sokong . Kak Mah Kemetot baik apa . Pakai baju pun yang menutup aurat .  Kenapa nak fitnah kat dia ?


















Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:16 AM | Show all posts


Kesian aku kat Kak Mah . Dia senantiasa bercakap benar .



.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:23 AM | Show all posts
sapelahh yang tukang tulis surat neh?

takkan sorang bekas guru tulis surat mcm nehhh.

kalau cikgu leh tulis surat mcm neh, bayangkan anak2 murid tulis mcm mana laks?

adehh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah dlm sejarah org pertikaikan isteri pm Malaysia sblm ni, kecuali paling kuat pun psl isu x pakai tudung. Tapi aku bersangka baik, yg korang mmg jeles kat Kak Mah..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:34 AM | Show all posts


Kak Mah juga isteri PM yang paling banyak bersuami .  Si Najib tu kalau tak silap haku suami dia yang ketiga .


Haku sokong Kak Mah sebab dia amal Poligami .



.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:35 AM | Show all posts
mana mungkin siti hasmah kena pakai tudung, lupakah kamu dengan ayat holy koran bahawa orang tua tak payah bertudung?

wahyu tuhan Awloh S.W.T. 24:60



dibenarkan orang-orang tua tak payah pakai tudung


lagipun siti hasmah pakai rambut pelesu, itu pasal sepesen jah dan tak ada uban LANGSUNG
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:44 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 17-12-2013 07:35 AM
mana mungkin siti hasmah kena pakai tudung, lupakah kamu dengan ayat holy koran bahawa orang tua tak ...

Pada mereka yang munafik dan kapiaq yang cuba ubtuk menghina Islam ..


Kalau takat pakai AL Quran Terjemahan lepas tu nak hurai hukum hakam Islam baik tak payah berforum ..


Al Quran yang sebenar ialah dalam Bahasa Arab . Hukum hakam Islam buikan merangkumi Al Quran sahaja malah Hadis Nabi , Qias dan Ijmak Ulamak.  


Apa2 pun hukum menutup aurat bagi lelaki dari pusat hingga ke lutut dan bagi wanita yang menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan berkuasa kuasa sehingga di tanam di liang lahad . Tiada sumber sahih yang menyatakan setakat usia warga mas .


Wallahualam


.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.068848 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list